saya kongsikan cerita ini semoga dapat beri pengajaran dan ibrah pada bisnessman dan bisnesswoman diluar sana. maklumlah. dunia perniagaan sekarang semakin berkembang pesat
saya mula buat bisness setahun yang lepas. alhamdulillah. bisness makin berkembang dari hari ke hari. dari hanya terjual sehelai dua. saya dah dapat jual beratus ratus shawl dalam sebulan. alhamdulillah.
sampailah tiga bulan yang lepas. masa tuh bisness memang tengah dekat puncak. pelanggan tetap makin ramai. shawl makin banyak terjual. bilangan dropshipper shawl saya pun makin meningkat. shawl dah boleh masuk butik. alhamdulillah.
saya semakin tenggelam dengan kesibukan berbisness. sampailah ustazah mengaji saya tegur. katanya prestasi mengaji saya semakin jatuh. saya pun perasan yang saya semakin malas nak pergi kelas mengaji. walaupun ada je masa tapi saya sering bagi alasan penat dekat diri sendiri. sampai sekarang saya masih ingat ayat saya pada ustazah.
" saya sibuk la ustazah. tak ada masa nak mengaji "
dan mungkin Allah nak tunjuk pada saya. dan dan seminggu selepas saya bagi alasan itu. macam macam ujian saya dapat.
bisness saya disailang kawan sendiri. dropshipper semakin lari. shawl banyak tak laku. ditipu pihak butik. potogerafer buat hal. dan sekarang. dah tiga bulan saya tak dapat jual walau sehelai pun shawl.
macam macam dah saya buat. tapi bisness makin teruk. sedih. down. semua ada. sebab saya dah laburkan banyak untuk bisness saya. sedih bila semua doa saya tak dimakbulkan. pernah saya rasa macam Allah dah tak sayang saya.
sekarang saya sedar. bisness sepatutnya mendekatkan diri kite pada Allah. bukannya menjauhkan diri kita pada Allah. apa kita lupa Allah yang memberi rezeki?
semoga dengan keberkatan ramadhan kali nih. saya dapat sucikan balik hati saya yang kotor ini. taubat saya diterima Allah. diberikan kekuatan untuk kuat menghadapi ujian yang diberikan. dimurahkan rezeki olehNya.
doakan saya yer
– peniaga insaf
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Semoga istiqomah.
Afiqah Abdul Rahim pesanan utk kita
Oh. kadang2 apa kita ckp tu doa. macam ko cakap “sy bz, xde masa nak ngaji”.
so DIA bagi ko tak bz. tengok ko ada masa x ngaji time tak bz ni.
dah2 p join group ngaji ko tu n see how pintu rezeki dr segi lain plk yg dibukakan utk ko.