Jangan sibuk jadi penilai tak bertauliah

Nak tegur pun salah ke? Kan wajib cegah kemungkaran

Selalu dengar kan ayat ni? Lagi-lagi oleh golongan yang rajin follow public figure dan gigih juga menghentam gambar2 yg diupload. N lately trend menghentam niqabis yg selfie lak. Bila comment kita tak diterima, kena bash balik, kena delete atau kena block, tahu pula melenting. Habis ingat org tu tak tahu sakit hati ke?

Sejak ada media sosial ni, semua orang sibuk nak jadi penilai tak bertauliah dgn alasan 'nak tegur' 'nak cegah kemungkaran' 'nak nasihat'. Cuma aku boleh cakap, kalau cara ni lah yang Nabi Muhammad s.a.w guna untuk sebarkan Islam dulu, rasanya Islam tak akan berkembang hingga pada kita sekarang

Nabi tak menghakimi.
Nabi tak bersangka-sangka.
Nabi berdakwah penuh hikmah
Hati Nabi penuh dengan kasih sayang. 
Walaupun disakiti, Nabi tetap doakan orang yang dah menyakiti Nabi tu.

Cuba pula bandingkan dengan situasi di bawah.

Anak disuruh solat seawal 7 tahun. Sampai umur 10 tahun dipukul jika enggan. Tiga tahun masa diberi sebagai latihan sebelum hukuman rotan dibenarkan. Kalau anak tak pernah disuruh solat, sampai umur 10 tahun terus dipukul sebab tak solat, adakah itu adil?

Nabi Nuh berdakwah 950 tahun sebelum kaumnya dimusnahkan dalam satu banjir besar. Sembilan ratus lima puluh tahun, bayangkan!

Tapi di zaman ini, kitalah penghukum yang paling cepat. Pantang nampak salah, kitalah pengkritik yang paling lantang menegur. Kononnya nak mencegah kemungkaran. Tapi kita lupa sebelum itu….

Di mana doa kita? (doa tu tanda kita betul2 concern nak dia berubah)
Di mana dakwah kita?
Di mana lemah lembut kita? (Firaun yang mengaku tuhan pun masih diperintahkan untuk berlemah lembut dalam berdakwah)
Di mana hak mereka untuk tak diaibkan? Tak merasa direndahkan? (komen public mcm tu tak aib ke?)
Adilkah kita terus menghukum tanpa memahami situasi dan keadaan terlebih dahulu? (dah check background dia, cara didikan mak ayah dia?)
Wajarkah penilaian kita atau kita hanya bersangka-sangka?
Adakah dalam menasihati, ada terdetik rasa yang kita lebih baik daripada mereka?
Adakah niat kita kerana Allah, untuk kebaikan mereka semata-mata. Atau terselit niat nak menjatuhkan atau nak berlagak superior kerana kita sebenarnya cemburu pada orang tu?
Atau teguran tu sebenarnya satu escapism untuk kita. Pelepas diri dari rasa bersalah sebab kita belum mampu untuk buat macam orang tu. Contoh bila kawan kita yang dulu sama-sama free hair dah pakai tudung. Kita cakap apa guna pakai tudung, baju ketat. Apa yang kita cakap tu sebenarnya pelepas diri supaya tak rasa bersalah sebab tak mampu buat macam dia buat.

Kepada orang yang suka sangat pertikaikan orang lain ni. Tolonglah. Everyone had their own struggle. They had their own demon.

Kalau nak pakai tudung tu senang untuk kita, mungkin benda tu sangat susah untuk orang lain. Orang yang hidup di kalangan mereka yang tak pakai tudung (family, kawan-kawan, masyarakat sekeliling)
Kalau solat tu senang untuk kita, mungkin susah untuk orang lain. Orang yang kerja dengan majikan yang tak bagi solat ke, yang kena sorok-sorok sebab family atau kawan tak solat.
Dan baca al-quran mungkin senang bagi kita yang dah belajar sejak kecil. Tapi cukup susah untuk orang yang dah besar baru nak mula belajar. Banyak lagi la contoh lain. 

Aku paling tak boleh blah bila artis baru nak pakai tudung, or mualaf yg baru peluk Islam or pempuan yg baru nak berniqab tp org dah bash macam2. Nak berubah bukan senang. Aku pernah dan masih alami benda ni. Dengan tarikan dunia, gelojak hawa nafsu, bisikan syaitan. Tolonglah jangan tambah lagi susah untuk orang-orang yang ada keinginan untuk jadi lebih baik ni. Kalau tak boleh bagi semangat, paling kurang ketap bibir rapat-rapat (verbal) atau kepal tangan kuat-kuat (writing). Tahan diri daripada nak mempertikai, menghakimi, menyindir, mengutuk, menghina.

Contoh aku bagi psl tudung dgn niqab la….Sebab benda tu luaran, paling senang nak dinilai oleh penilai-penilai tak bertauliah ni.  

Kata dah masuk Islam, tak pakai tudung pun 

Pakai tudung, tapi baju ketat lagi 

Harap je tudung labuh tapi perangai #####

Tak payah la berpurdah bagai kalau masih lagi gedik.

Allah. Kalau pasal tudung, kita tak tahu macam mana susahnya seseorang tu nak meletakkan sekeping kain atas kepala dia tu. Mungkin hanya dengan sekeping kain tu dia disindir kawan-kawan, merasa asing dalam family, disisihkan kat tempat kerja. Dan kita tambah lagi sakit dia dengan statement judgmental macam tu. 

Daripada pandang yang tak baik, kenapa tak pandang yang baik?

Walaupun dia belum pakai tudung, sekurang-kurangnya dia dah Islam

Walaupun baju dia ketat lagi, at least dia dah pakai tudung daripada tak pakai dulu.

Walaupun perangai dia tu salah, tapi dia tutup aurat dah sempurna. Pakaian dan perangai dua perkara yang berbeza.

Pakai purdah sekalipun, orang tu tetap manusia. Mesti ada salah dan silap. Pakai semua tu bukan tanda sempurna. Cuma usaha untuk jadi lebih baik. Mungkin kalau tak pakai niqab dia akan jadi lebih gedik.

Dalam asyik nak cari salah orang tu, cuba banding dengan diri sendiri. Diri aku dah cukup sempurna ke?

Dan kalau betul kita rasa kita dah sempurna, apa beza kita dengan syaitan? 
Syaitan mengakui Allah itu Allah. Syaitan tak pernah leka dari tugasnya selama ini. Silapnya, dia merasakan diri dia lebih baik daripada Adam r.a. Dan kesombongan dia menyebabkan dia ingkar untuk bersujud pada Nabi Adam r.a

We are too busy correcting others without connecting with them first.

Bak kata Ustazah Fatimah Syarha, connecting 90% correcting 10%. Baru dakwah akan berjaya.

Ni tak. Kenal pun tidak alih2 nak tegur2 laser gitu. Ingat org boleh terus insaf ke? Ke org lg menjauh dr agama? Ingat kalau zaman Safiey Ilias masih jadi perempuan dlu korang 'dakwah' terang2 kat gambar yg dia upload, dia nak berubah jd dia yg hari ni ke? Cuba baca macam mana cara Sheikh Sulaiman mendekati dia sampai dia boleh jadi Din yg hari ni. Haih, pjg lg la kalau nak tulis.

Dah la tu jadi penilai tak bertauliah ni. Cukup cukuplah

– Dila

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

9 Comments

    • mostly org buat benda yg diorang rs betul, yg dah jadi tabiat.. nak ubah semua tu tak semudah abc 123.. common sense la.. kalau ego dan emosi org dah tercalar dgn cara teguran kita, rasanya dia nak ikut ke teguran kita

  1. setuju.. pernah baca sorng pempuan mualaf yg kawen dgn lelaki melayu.. laki dia tak bimbing dia. tp dia tergerak nak cari sendiri psl islam.. dia ke masjid nak teraweh tp ada sorg makcik tu tegur psl dia pakai pewarna kuku dgn cara yg dia rasa merendahkan.. so sampai skrg dia stay dgn cara hidup western dia

    Ali r.a. berkata, “Hendaklah kamu menasihati orang lain sesuai dengan tingkat kemampuan mereka. Adakah kamu semua senang sekiranya Allah dan Rasul-Nya itu didustakan sebab kurangnya pengertian yang ada pada mereka itu?” (HR. Bukhari)

  2. Ada benda aku setuju,ada benda aku tak setuju with what u wrote.

    Soalan.so dalam case mualaf yang hang cita ni,siapa orang yang bertauliah nak nilai?kalau yang bertauliah tu tak jalankan tugas,yang tak bertauliah patut duduk diam ka tengok kemungkaran terus berlaku?

    Di mana doa kita?-macam mana hang tau orang yang tegur tu tak doa langsung untuk yang ditegur?

    Di mana dakwah kita?-teguran tak kira dakwah?

    Di mana lemah lembut kita?-ok,ni aku sangat setuju.kadang2 orang yang menegur ni memang ikut sedap dia ja.

    Adilkah kita terus menghukum tanpa memahami situasi -aku ambek contoh seorang artis malaysia yang beragama islam.orang tegur pemakaian dia.u are right,maybe dari kecik dia dididik tanpa penekanan agama but this is where akal memainkan peranan.dia tak pikir kenapa orang kecam pakaian dia and worse,dia tak berubah2 pun lagi from what i see.so adakah alasan tiada didikan tu melepaskan dia 100% dari kesalahan tu?

    Pasal mualaf tu,aku setuju la ngan hang.orang expect too much,too soon.tambah dengan perangai orang kita,i can see ur point but to say we should not tegur,to me its wrong.

    • apa yg sy faham drpd confessor ni, bukan maknanya jgn tegur langsung.. tp sblm corecting, make sure ada connecting dulu.. baru dakwah akan lebih berjaya… dan apa yg awk listkan di ats tu bukan tuduhan confessor pd org2 yg nak menegur, tp checklist diri sndiri sblm nak menegur.. tegur kesilapan tu satu benda tp dakwah tu sesuatu yg lebih luas.. kita buat baik dgn dia, tunjuk akhlak yg baik, dgr mslh dia.. itu dakwah yg lbh baik.. bila dia dah rapat dgn kita, percaya kita barulah dia akan lebih mudah terima teguran kita..

    • dan psl artis tu, yup tiada didikan agama sejak kecil bukan alasan utk lepas dr kesalahan.. bukan juga hujah yg menyatakan dia tak boleh ditegur sbb tu. tp sesuatu yg kita kena consider supaya dakwah kita sesuai dgn tahap dia.. macam org yg dah ada basic agama mgkin blh disentap utk ingatkan dia perkara yg dia lupa atau lalai.. yg mmg dah dididik mcm tu dr kecik, tak kan kita nak main sentap2 juga.. itulah dakwah bil hikmah.. setiap org lain caranya sesuai dgn tahap2 dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *