jangan suka-suka kutuk rupa dan fizikal orang lain

Mohon admin approve. Thanks heee.

Aku suka baca confession kat sini yg mostly cerita tentang betapa rendah dirinya mereka kerana gemuk la, hitam la, juling la, macam-macam. Ada yang cerita walaupun fizikal kurang menarik tapi masih ada yang berkenan lantas jatuh cinta hingga ke jinjang pelamin. Ada jugak yang tercari2 erti cinta sejati dek kerana rasa dirinya tidak sesempurna yang lain. Ermm penting sangat ke rupa dan fizikal nih?

Meh aku ceritakan tentang aku pulak. Harap jangan ada yg boring or meluat pulak. Aku berketinggian 169cm, berkulit putih, kurus tapi takdela tahap underweight. Muka agak chinese look, dalam erti kata yang lain agak manis dipandang, seorang yang kelakar dan Alhamdulillah sekarang ada kerja tetap (gov sector) di Lembah Klang. Dulu aku dengan riaknya selalu beranggapan dengan rupa dan fizikal yg Allah kurniakan ni aku ada ramai peminat, akan cepat dapat jodoh, tak mudah dipermainkan oleh lelaki, ramai yang suka dan akan masuk meminang, macam2 angan2 yang aku semai dari remaja lagi. Sehinggakan satu tahap aku perlekehkan kawan2 aku yang mempunyai rupa paras biasa2 sahaja tapi ada pakwe. Selalu aku fikir mcam mana la rupa macam tu ada orang berkenan. Takde taste ke pakwe diorang tu. Teruknya kalau aku teringat betapa jahilnya aku hina ciptaan Dia. Bodohnya aku sebab selalu fikirkan rupa paras tu segala-galanya.

Dan akhirnya Allah uji aku. Seorang demi seorang lelaki yang datang dalam hidup aku akhirnya tinggalkan aku terkontang kanting tanpa sebab kukuh. Bila ditanya mereka lari tanpa sebarang kata. Hendak kata kerana aku ni gedik or mulut jahat, tak jugak sebab luarannya aku agak jaga tutur kata even tho dalam hati of course la ada je benda nak kutuk tentang seseorang. Perangai pun aku jaga kalau depan public sebab taknak nnti hilang kawan dsb. First love aku tetiba jalinkan hubungan dgn orang sekampungnya secara senyap2. Sedar2 diorang dah menikah. Sakitnya Dia saja yang tahu. Bila aku buka lagi hati aku untuk yang lain, aku dipermainkan utk yang kesekian kalinya. Alasannya tidak sekufu la, bukan senegeri la, macam2. Masa dia approach takde pulak dia fikir camtu. Hanat betul. Semua tu buat aku down gila. Dan pernah sekali ada hamba Allah nak masuk meminang kerana melihat aku dalam sekeping gambar, tapi tak tahu kenapa seminggu sebelum majlis merisik tu dia back off. Menangis lagi aku. Apa salah aku? Aku tak cukup menarik ke pada mata diorang? But still, Alhamdulillah kehormatan aku masih aku jaga sampai sekarang. Prinsip tu sampai bila2 aku pegang sebab bagi aku tu la benda paling berharga utk seorang wanita.

Dan akhirnya aku sedar, sebenarnya ni adalah kifarah buat aku. Bila aku reflect balik, orang yang aku kutuk dalam diam tentang rupa paras tu lah yang makin bahagia sekarang. Bahagia dikurniakan suami dan anak2. Cinta tanpa syarat. Walaupun tak cantik, Allah kurniakan mereka keluarga yg hampir sempurna, hari2 cerita betapa bahagianya mereka. Dan aku yg dulunya bangga dengan rupa paras ni sampai sekarang masih sendiri walaupun usia sudah mencecah suku abad. Semuanya membuatkan aku kembali bermuhasabah diri. Rupa paras tidak seratus penting. Yang penting hati kita. Allah tak pernah pandang rupa paras dan bentuk fizikal seorang. Yang Dia mahu hanyalah amal dan keikhlasan kita dalam mengerjakan sesuatu.

Buktinya rupa paras yang aku agung-agungkan dari dulu sampai sekarang ni lah yang 'menghancurkan' aku, yakni membuatkan aku jadi takbur lantas aku lupa siapa yg lebih berkuasa dan sempurna. Aku rasa nilah yang dipanggil istidraj. Tapi syukur Allah cepat2 tarik aku supaya aku kembali sedar bahawa semua tu tak penting. Rupa paras ni muda2 ni memang la nampak cantik, bila dah tua berkerepot la sana sini.

Dan sekarang, aku masih lagi sendiri. Setakat ni takde keinginan pun nak cari calon suami ke apa, mungkin kesan dari peristiwa dulu meninggalkan trauma yg agak besar. Tapi aku yakin janji Dia pasti akan tiba. Semua itu berlaku dgn izinNya.

So, korang yang muka agak lawa and flawless, tak payahla suka2 je nak kecam orang tu, hentam orang ni. Bila2 masa je Allah tunjuk kt korang langit tu tinggi ke rendah. Memang la kadang2 kita terlepas cakap, tapi muhasabah balik. Yg layak menilai, yang layak menghukum, hanyalah Dia. Korang yang manusia biasa ni, duduk diam2. Baiki mana yg kurang.

– miss valencia

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

16 Comments

  1. aku menantikan artikel camni. bagus. sbb yg bg rezeki ni Allah. jgn ingat yg cantik akan dpt hensem, kaya etc. sama jugak jgn ingat hensem leh dpt cantik. tak semestinya. tu semua kuasa Allah.

    kita ada rupa pun ujian, xde rupa pun ujian.

    hati kena dijauhkan dari ujub dan takbur (rasa diri hebat sgt berbanding org lain)

  2. betul2 .. Buruk ke cantik ke pandai ke semua tu ujian .. Kdang2 terpikir jugak even i look like korean but still single *bngga jap hahahahA.. Gurau2.. insyaallah nabi kite akan smbut kt syurga nnti bg kite2 y tiada jodoh kat sini.. Berbakti kepada org tua lbh baik slagi mreka masih ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *