Jangan Terlalu Percaya pada pakaian muslimah/purdah dan PEREMPUAN

Assalamualaikum. Diharap dapat baca penuh sebelum buat apa2 pertikaian.

Kisah ni memang betul terjadi pada aku. Secara kasarnya, ni memang kisah persahabatan dan cinta. Okay, aku mulakan dulu dengan kisah persahabatan. Aku ada kenal dengan seorang hamba Allah ni, kawan aku. Dia dari luaran memang nampak bagus, siap pakai purdah lagi. Tak rapat pun, tiba2 satu hari, aku ada dpt mesej dri dia ni. Katanya perlukan duit untuk belajar. Aku ni mudah kesian, sebab katanya takda duit untuk bayar yuran pengajian, okayla, aku bagila pinjam nilai sekian2 (rm xx). Katanya, dia kerja part itme, gaji dia lambat sedikit bulan tu, jadi, dia bayar bila dapat gajinya.

Okay, bila hari dia sepatutnya dapat gaji, aku pun mcm tertunggu-tunggu, ada tak dia nak minta nombor akaun ke nak bayar balik kan. Tapi takda, sehari, 2 hari takda, hari ketiga, aku wasap kata nak minta balik duit yg dipinjam DENGAN BAIK. Tapi dia tak bals, baca, SEEN lagi tu, okayla aku assume dia busy kot ke. Sampaila krik2 aku tunggu, masuk seminggu dah. Aku wasap lagi, dia SEEN ja lagi, haish, manalah minah ni, tak bayar duit aku, aku pun takpela, aku kol. Tak angkat la dol. Puas aku wasap, aku kol semua tak berbalas, last2 aku wasap balik, dengan nada agak "KERAS" sedikit,

"Cik, cik ni berpurdah semua, mesti tau hukum agama kalau tak bayar hutang sebab saya pun perlukan duit tu untuk saya guna". Di balas, "Jangan KACAU aku". Uish, sentap mak nak, nak pinjam duit punyala baik, kita minta balik, kita kena marah balik. Geram aku.

Untuk pengetahuan kakak2/abang2, saya ni dahla tak berduit sgt, siap kerja part time lagi nak tampung duit makan, btw duit yg saya pinjam pada dia tu gaji sebulan saya tau (rm xx). Susah2 sya kumpul untuk makan saya, tapi dia boleh buat mcm ni, geram pun ada. Saya selidik sikit background perempuan berpurdah ni. Mungkin dia org susah.

Tapi tgk, dia ada kereta dia sendiri kot. Saya pun naik moto je. Siap bole up gamba pergi makan kedai2 hipster. Esh, duit aku tak bayar T_T. Ya Allah, apa lah nasib aku jadi baik, tapi jumpa perempuan berpurdah mcm ni.

Sejak haritu, aku pegang prinsip, PAKAIAN tak melambangkan akhlak sebab sebelum ni, aku mmg pandang tinggi org yg berpurdah/pakaian muslimah. Tapi kadang2 benda2 cmtu,tak semua yg okay. Aku akui ada yg okay, dan ADA JUGA YANG TAK OKAY. JANGANLAH TERPEDAYA.
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

81 Comments

  1. Sedih2. Dah kata sebahagian kecil melambangkan sebahagian yg lain. Tp itulah. Dia tak fikir yg dia bawak imej tu imej kwn2 dan org ‘seangkatan’ dgn dia.

  2. Dlu2 pon rse hormat je ngn golongan alim2 berpurdah bagai ni..tp bile dh tau sndiri prangai,mmg x laa..baik yg muda or tua..kdg2 diorg ni lg ‘dasatttt’..

    • Ade kenal someone yg berpurdah. Tp bab mengata org ya rabbi dasyat smpai boleh buat pecah belah . Kdg2 xpaham kenapa solat rajin ilmu agama tau banyak tp selalu duk mengata org.

    • orang ckp, lebih baik cari org yg mudah dibimbing walaupun tudung dia bukan bidang 60. lama2 t elok la dia kalau betul cara bimbing. yg sedia berpurdah blom tentu akhlak bagus walaupun pakaian dia ikut syariat.

    • Cri yg elok2…kenal hati budi..kenal parent..kenal perangai…dh serasi…dh tau die boleh ikut ckp..kwin dh mntk die purdah…wanita yg fham agama akn taat suami dn ikut printth suami

    • Takda masalah nak cari yg berpurdah pun. Yang penting selidik dulu dia macam mana. Tanya melalui keluarga,kawan rapat, sedara mara, jiran, media sosial dan lain2 yg berkaitan.
      InsyaAllah. Moga dapat yg terbaik bro..

  3. Aku pun pernah kena. Tapi bukan hutang la. Baik orangnya, friendly. Hafizah lagi, al-Quran di dada. Pegi wayang pukul 2 pagi, pastu up selfie berpurdah. Nak tengok wayang tu boleh la tapi kenapa ambik midnight? Hmm lama2 daripada purdah tutup litup ke legging/shawl pendek/crop top. Malam2 up gambar dengan laki berdua. Tangan dekat pinggang. Pastu sebulan lebih tukar laki pulak. Dua tiga hari lepas tetiba naik gambar dia freehair kat instagram. Uishhhh terkezut kawe. Tak sangka. Ramai dah yg aku perati. Kawan dekat U pun sama, bertutup litup semua malam malam jalan berdua dengan laki. Yang geng islamik lain pulak luar islamik, tutup litup labuh handsock semua bagai aihhh usrah tak pernah miss tapi bila dah berkumpul mulut tak habis2 cerita bakal zauj, laki korea tu laki korea ni. Malas la nak condemn byk2. Aku dulu respect gila golongan2 mcm ni. Tapi bila dah jumpa segelintir mcm ni, baru la aku sedar kita semua manusia biasa je tak kira la berpurdah ke tak. Jgn kerana segelintir berkelakuan macam ni kita terus chop geng2 berpurdah semua ni teruk. Iman kita tak terletak dekat purdah/pakaian. So konklusinya kita semua sama je. Chill, jangan ada yang bash aku pulak.

    • Purdah dah jadi mcm trending, sama mcm geng artis bertudung, tup2 buka bisnes tudung. Harap sangat geng mcm ni betul2 dapat hidayah dan bukan sekadar pakai ikot trend. Klu tidak habis golongan yg betul2 ikhlas terpalit sama.

    • Kita melihat burung dri luar sngkar…bnyk yg kita nmpk kurg…bila kte duduk sbgai burung ad bnde yg baik rupenya dlm sngkar ni…

      Sy cdgkn sis try msuk dlm golongn mcm tu…dn cek puncanya..ckp dri luar mudh sngt..bile kte msuk dlm golgn tu kdg2 kite pn due kli lima je…

      tu kte ujian stiap org ni lain..Bukan mudh mnjdi org yg disnjung masyrkt..sbb tu imam ahmad ckp di khalyk “andai kalian melihat aibku..kalian bukn memujiku sebaliknya menburkan pasir di ats keplaku”….ikut la ustz dn ustzh yg mmg layak untk di rujuk..bukn jdikan kwn kite yg ‘elok pakaiannya’ sbgai conth sbb mreka mnusia yg sdg beljr mcm kita

    • Mmg la semua manusia sama aje..siapa yg suh label org itu ini..org purdah baik org smoke x baik or etc..masyarakat kita ni mmg..suka nau melabel…

    • saya setuju dgn Mohd Hariz, bile kita dh masuk dlm golongan dorng, kita pun 2X5 je. Syaitan selalu ada nk goda manusia.

      Bg saya,yg mulut dok ckp psl bakal zauj, xslh pn,mereka manusia biasa jgk,minat dgn benda2 yg bertentangan dgn mereka,lelaki pasangannya perempuan,begitu jugak sebaliknya. Mereka pakai bertutup litup semua tu, antara usaha mereka utk menjadi lebih baik, utk menjadi muslimah, dosa bab aurat mereka mungkin dh terjaga. Apa pun semua depends pada personaliti diri mereka, mereka suka gosip2 bab lelaki tu?

    • Pucuk pngkalnyer iman kene jge…hidayah kene cr n salu igt hidayah bulih pergi begitu sj disbbkan kelalaian… ade org permulaan sgt bgus tp pengakhiran nauzubillahi min zalik..ade org bermula dgn jahil tp pengakhirannya masyaAllah… yg mn kite nak? Tpuk dada tnyerla hati msg2… semoga hati kite sntiasa hidup tuk Allah dan Rasul.. Aamin

  4. Aku pernah kena macam ni.
    Aku bagi pinjam sebab nak selamatkan kawan aku dr kena pecat sebab brg kedai short. Punya la lama dia tak bayar2 balik. Pastu update gi jalan2 sini sana. Last2 aku terjah tempat kerja dia terus. Ada plak duit nak bayar!

  5. Jangan memandang pada pakaian.. mereka tidak sempurna.. pakai jubah purdah sekalipun pakai jubah serban sekalipun..dalam berkawan selidik hatinya dan imannya..sebelum tahu itu jangan mudah percaya. Byk jugak saya jumpa yang munafik .. maaf memang ada.. tapi 90% yang jumpa baik..Allah pelihara saya.. Alhamdulillah..berhati2 bila berkawan.. Dia menurut perintah Allah dari satu segi ..dan ingkar dari satu segi.. so moralnya berkawan kene tahu perangai baru boleh consider tolong atau tak.sekian.

  6. Ada jumpa geng tudung labuh yg racist.. Ngn org yg pkai biasa2 menyombong je.. Ble tego dia bt bodo je..Campur pun tak nak..sembang pn malas..tp bila jumpa ngn geng dia..kemain lg hingaq..

    • Setuju…ada seorg kawan tgk yg tk.pakai tudung ni terus boikot..
      Skrng solat seorg2 tk.join dh d surau..
      Kdg2.pelik pulak…dn sya hilng hormat pd org mcm nie

    • Betul berlaku depan mata saya..kawan saya free hair..ada nak bertanya pada mereka memandangkan depa berdiri dekat dengan atm..just tanya atm rosak ke..2 kali tanya boleh pandang atas bawah atas bawah tak jawab buat tak tau lagi.. kesian kawan saya… balik bilik terus dia luah perasan..aku hormat kawan kawan baik mcm tu..tp buat aku nampak hina mcm anjing..dari nak berubah terus tak jadi… jgn jadikan sikap kita asbab orang memandang serong pada ajaran islam… sedih je rasa… nasib baik last2 kwan baik saya bertudung juga akhirnya.. kita dari latarbelakang berbeza.dibesarkan dlm cara berbeza..tp jgn pernah memandang rendah pada mereka yang kurang bernasib baik mendapat pendidikan agama yang baik..kita manusia sama ja..jgn angkuh.

  7. Pakian tidk melambangkan akhlak…tapi sehebat mana pun niat kita manusia tetap pndg pada luaran…

    Rse nya dlm isu bro ni…bnde ni boleh jdi dekat sesiapa je bro..tpi bro jdi panas dn melenting sbb bro rse die dilakukan oleh ‘org beragama’…bgi sy bro yg trsilap menilai luaran dr awal lgi…

    Kdg2 org beragama ni pun bukan nk sngt org jdikan mreka rujukan..smpai silap mreka trus gologn mreka di fitnah truk2…mreka pun dlm prubhan…dn mngkin ad akhlak2 mreka yg belum cermat…apath lgi mngkin mreka kurg ilmu dlm melaksankan tuntutn trsbut…cume tindkan bro menegur tntg pakaian die tu sy stuju…dn tndakan wanita tu ckup untk menunjkkan die msih kurg ilmu dn ego dlm menerima nsiht..

    Pngjan akn mtgkan bro..jgn sewengnya bgi pnjm kt org sngt..tpi untk prkara yg brlalu tu..anggp je la tu stu rahmat dlm musibah…sy x tau brp bnyk yg bro bg pinjam..tp cube semak…klau kte sndri x rjin nk sedekah kdg2 Allah ambk rezeki kita dgn cra lain…wlaupn cra tu kte x rela..smpai bile nk mengeluh dgn dugaan Allah

  8. Aq mmg dah anti geng purdah2 ni. . . Crita2 cmni mmg menambahkan lg keantian aq. . . Pakaian xmelambgkan iman dlm dada kau. . Purdah litup pun penuh yg jumud. . . N xpula kata yg xpurdah tu baik jg . . Konklusi. . Jgn sebb purdah tdg labuh xpun serban berjela jubah putih terus ahli syurga. . Skrg zaman ftnah akhir zmn. .

  9. Indeed, golongan yang berpurdah dan berlitup, pandang yang tak tutup aurat macam sah ke neraka. Seolah-olah tak layak untuk dibuat kawan. Islam itu indah, tapi dirosakkan oleh orang macam ni. Berdakwah tetapi tak paham istilah hikmah

  10. dik, jaman skrg ni mmg pelik2.. jangankan dari segi pakaian, org ada title imam muda pun boleh mengeluarkan statement mcm baru togak ketum 6 kilo!

  11. Manusia tak sempurna… Iman kita ni ada masa turun… Ada masa naik… Bila kita tgk keadaan mcm tu… Kita doakan utk mereka… Doakan utk diri gak… Sebab kita ni belum kene uji lagi… Kalau kita diuji dan terduduk… Kita mesti nak ada org yg support kita ke arah yg lebih baik…

  12. Halalkan dan maafkan dier… rdha jerla, anggap itu bkn rzki sis… insyaAllah kalo sis rdha, Allah akn limpahkan rezeki sis dgn cre len..mgkin lps ni dpt dekan, waallahualam… kite xthu rzki Allah nk bg dkt kite dr sudut mn… psl die pakai purdah dan p pggung wayang tu, itu urusan die dgn Tuhan…kite xboleh nk jgde org, arini ari dier..esok luse kite xthu lg kite cmner…. sis,arini die wat dkt awak..esok luse kite xthu lg org buat dkt die cmner… serahkan pd Allah… sis pom thu kan roh org berhutang cmner? lps ni sis beringatla nk bg hutang dkt sape2 n jgn disbbkan perngai die cm2 kite kaitkan dgn appearance die… peace no war :)

  13. pengajarannya..mcm confessor katakan..jgn mudah percaya & terpedaya dgn pakaian & luaran..baik lelaki mahupun perempuan sama shj..berjubah, berserban, berpurdah, berniqab, hafiz & hafizah sekalipun, hanya org yg telah melalui je fhm sebenar2 kebenaran skg ni..kita melabel bkn bermksud mghina pakaian sunnah, cuma kecewa & punah harapan bila sudah melalui pglmn tertipu dgn luaran & pakaian sbhgian org..malah hakikatnya org jahil tdk akan semena2 melabel org alim kalau org alim sendiri, tdk pernah mghkum org yg jahil..pd yg masih belum mengalami, mgkin dikala ini tdk berstuju & tdk mgerti..tpi percayalah sakitnya tdk terperi bila kita meletakkan expectation sebelum mgenal..pndangan ini hnya lah diertikan kpd sebahagian di antara mereka..jd berhati2 lah..pd ibubapa yg nk cri menantu kne lebih berhati2..juga perempuan atau lelaki yg ingin mencari psgn hdup..hati2 lah dlm memilih psgn..carilah kesederhanaan dlm diri calon teman hdupmu masing2..jgn cari kesempurnaan..sama2 memperbaiki diri, hati, lisan & amalan itu kan lebih manis…in shaa allah.. wallahua’lam

  14. Xsmua yg brpurdah tu prngai xelok, ad je yg very down to earth, soft spoken etc. TRUE niqabis yg biasanya sy knl dorg jnis bkn update selfie tnjuk mata brcelak kt insta,fb bagai,tp they r like hidden germ :)

  15. Saya setuju, memang pakaian tak melambangkan akhlak. Tapi perkara macam ni saya dah pernah lihat apabila terjadi kepada kawan sendiri. Dulu waktu sekolah sibuk berusrah, pakai tudung labuh semua. Siap komen kata facebook tak bagus pada awal2 laman sosial ni naik. Tapi sekarang aku tengok dia lah yang paling sibuk muat naik gambar selfie untuk tayang muka. Kadang-kadang naik menyampah ada jugak sebab dulu sibuk sangat pung-pang hentam orang sekarang dia pulak yang terkinja-kinja

  16. Ini mungkin terjadi pada sesiapa sahaja, tetapi tak adil sekiranya kita mengatakn semua yang berpurdah begitu. Takut sentimen skeptikal pada wanita berpurdah ini akan merosakkan institusi islam itu sendiri. Bagi saya, itu salah si pemakai, bukan salah yang berpurdah. Perlu di fokuskan pada akhlak si pemakai, bukan pakaian yang dipakai pemakai. Takut sentimen skeptikal ini menjadi trend untuk menyalahkan golongan berpurdah. Tukar kan fokus kalau hendak menyalahkan kepada akhlak si pemakai, bukan pakaian si pemakai.

  17. Ni juz pendapat aku bab hutang..klu kesian kn kwn tu,bg lah pinjam hutang tp jgn smpi kte xde duit nak mkn..tp klu kawan tu x byr hutang sbb SENGAJA,jgn risau sbb dia dah jamin dosa kita bila di padang mahsyar nnt..bleh claim blek kat sana..

  18. Satu je pesanan akak dekat adik2 semua. Kalau org tu x rapat sangat ngan hang tetiba nak pinjam duit hang, jangan bagi. Sebabnya kenapa dia x pinjam dgn org yg rapat dgn dia? Mesti sbb yg rapat dah tau prangai dia. Kalau akak la, akak x kan pinjam ngan org yg x rapat. Pinjam ngan yg rapat je. Dan lagi sebelum pinjam, selidik la dulu dia. Tgk fb asyik upload makan hipster je memanjang, percayalah dia bukannya takde duit tapi mmg nak tipu duit hang.

  19. wahai awak yg cantik lg bergaya.. bayarlah balik duit sy.. dlm poket tinggal 20 je ni.. nak tnggu gaji lambat lg.. sy nak pakai duit nak kawen.nak bayar mcm2.. kalau x mampu nak bayar jangan hari2 post kat insta awak kuar g makan kedai mahal2..hari2 tunjuk g shopping.. hari2 tunjuk mak awak beli itu ini..hari tu ckp mak ayah awk xde duit langsung tp nape umah awak besar mashaallah.. sy tgok pun mcm anak org kaya..bohong la kalau kat dlm bank xde ongkos langsungg…bayar eh..sy dah xlarat nak husnuzon dgn awak ni.. *harap awak terbaca mcj ni..

  20. Ha ha ha.. Aku pun ada sedara Mara juga yg mcmni.. Walaupon xberpurdah tapi tudung labuh n menutup aurat Dah bagus sesgt.. Tapi kalau balik kg, Ku perhati jek suka wat hal sendiri. Duduk bilik xkuar2.. Kalau kitaowg makan bekpes CTH kat kedai. Diowg mesti duduk jauh Dr kelompok family2 kitaoeg padahainya sedara Mara juga tuh.. Mungkin diowg rasa kitaowg ni xbagus kot, yela kitaowg bkn pakai tudung labuh mcm diowg. Tapi xsalah pun bergaul sesama kitaowg. Merapatkan siratulrahim sesama sedara dhla balik setahun sekali.. Tapi yg xboleh blah. Kalau citer pasal k-pop.. Perghhh.. A Giler!! Kalau ade kene kutuk k-pop diowg, cptla status dkt fb naik sebab nak backup si k-pop ni.. Ha ha ha.. Pelikla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *