JANGAN TERPEDAYA DENGAN USTAZ/USTAZAH FACEBOOK

Salam semua…Aku harap admin dapat siarkan confession aku ni ye.

Kalau korang perasan akhir-akhir ni, doktor-doktor dan ustaz ustazah muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. Kalau yang betul bertauliah tu takpe, ni yang segera punya. Yang setakat baca buku, search google, tengok video tapi bila keluarkan statement berapi-api macam dah mengaji bertahun-tahun. Lagi zaman ada facebook ni. Makin terserlah la kejaguhan masing-masing.

Aku kenal satu nama ustaz ni kat facebook sebab dia jenis suka komen kat status personaliti fb lain yang ada nama. Dia pakai nama sendiri, tapi dalam kurungan dia letak gelaran ustaz.

Kalau tengok status dia boleh cecah ribu2 juga like. Kira dia ramai follower la. Ustaz ni aku tak tahu background agama dia, tapi rasanya dia ni muda lagi. Belum kahwin sebab dia pernah hint nak tanya hal hati boleh msg mak dia. Dia banyak juga bangkit isu2 khilaf ni, so kadang2 ramai gak komen membangkang. Dan boleh kata semua kalah hujah dengan dia. So aku rasa dia ni hebat la.

Sampailah dia bangkitkan satu hal khilaf yang aku tak setuju dengan dia. Dekat bawah komen orang lain, aku tanya dia something. Dia jwb. Dan dari jawapan dia kitorang mula berhujah. Bahasa dia mula2 formal je (ustaz la katakan) lama2 keluar la bahasa budak2 muda zaman sekarang (kau, hang, soalan bodoh sepanjang zaman).

Aku tak nak la cerita isu apa yang jadi perdebatan, nanti jadi panjang sangat. Yang jadi masalahnya sekarang, cara yang dia gunakan untuk jatuhkan kredibiliti orang yang tak sependapat dengan dia.

Aku ada beri satu hadis dr hadis sahih ibnu majah siap dengan nombornya (jujurnya aku copy paste dr google) Hadis tu hadis mashyur, dah biasa dengar so bagi aku tak ada masalah. Tapi dia cakap nombor hadis yang aku letak tu salah. Siap dia screenshot hadis tentang taharah najis berat, kononnya tu la hadis yg betul utk nombor hadis yg aku bagi tu.

Bila aku check balik (siap aku minta kawan aku yang lebih tahu pasal hadis tolong check) nombor hadis yang aku bagi tu memang betul, tak ada mslh. Hadis yang dia siap screenshot tu hadis dari sahih bukhari, nombor hadis je sama.

Bila aku nak komen balik, rupanya aku dah kena blok. Padahal tadi dia juga yang beria minta aku lawan balik hujah dia. Nak balas camne kalau aku dah kena blok.

Sebelum tu aku dah perasan mana2 komen yg membangkang dia kena delete. Komen aku sendiri kena delete. Komen aku yg berhujah pjg2 tu bawah komen org lain so tak kena delete. Tapi bila dah kena blok, memang nampak macam aku yg salah dan habis hujah.

Bila aku tegur salah dia guna akaun fb lain, dia delete komen aku. Dua kali aku komen, dua kali dia delete. Siap ada sorang pengikut dia ni cakap aku hati hitam, bagi nombor hadis salah, ingat ustaz ni budak2 ke kena tipu senang2. Hehe, nampaknya sorang lagi dah kena tipu dgn 'kealiman' dia ni.

So sekarang baru aku faham kenapa dalam fb dia nampak betul dan kenapa dia nampak macam asyik menang hujah. Rupanya ni taktik yg dia pakai selama ni.

Now everything really make sense. Kenapa org mcam ni ramai pengikut. Sebab orang yang ikut dia ni banyaknya budak2 muda yg baru nak mendalami agama juga. Sebab tu tak ada orang pun yang perasan sbnrnya yg bg nombor hadis salah adalah dia, bukan aku.

Ustaz ni kata jgn taqlid buta, tapi aku nampak sebenarnya dia yg menggalakkan pengikut dia taqlid buta. Kalau tak kenapa dia nak delete komen2 yg dia rasa boleh menggugat dia. Kenapa dia blok org lps dia minta hujah balas?

Nasihat aku pada orang2 yg baru nak belajar agama, berhati2 dgn siapa yg korang follow kat fb. Orang yg nampak gah, hebat, pandai berhujah, ramai follower, siap tampal dalil sana dalil sini dlm fb tu belum tentu betul. Lagi2 yg guna ID yang samar2 ni. Yang tak ada orang kenal pun dia dekat dunia luar macam mana. Dalam fb, sesiapa boleh menyamar.

Aku menulis ni bukan sebab aku perasan aku betul. Mungkin juga aku salah. Kalau betul dia jujur nak menyampaikan kebenaran, kenapa blok aku tengah2 jalan. Kalau betul dia dapat jawab segala persoalan aku, aku ok je ikut pandangan dia. Yang penting bukan menang, tapi betul.

Nasihat aku berhati2 dalam belajar agama. Ilmu agama patut buat kita rasa lebih tak tahu, bukan baru belajar sikit dah sibuk nak claim diri ustaz dan terus nak ketegaq dalam hal2 khilaf yg dah lama habis dibincangkan ni.

Golongan ni akan keluarkan segala dalil yang bila kau baca kau pun akan rasa oh, macam ni rupanya. Tapi jangan lupa setiap hadis tu ada perbincangannya. Kita yg bahasa arab pun tak mahir jangan perasan sangat nak berijtihad hanya dengan baca satu dua hadis. Bahasa arab tu kaya. Satu perkataan boleh ada mcm2 tafsiran. Tu perlunya tafsiran ulama2 tu. Kalau serius nak mendalami agama, cari guru yg sebenarnya, bukan main tebuk2 belajar dengan buku, you tube, google.

Agama bukan boleh ditafsir ikut otak semata2, macam tu juga dengan ilmu perubatan yg aku nampak hari ni org cenderung cakap ikut rasa2 je padahal bukan bidang dia pun. Hormati pendapat org yg ahli dalam bidang dia.

Aku bercakap ni sebab suatu ketika dulu aku pun pernah berada dalam situasi follower2 org-org macam ustaz ni. Bila aku mula nak berhijrah, aku mula mempersoalkan banyak benda. Aku mula nampak banyak benda yg tak betul dlm masyarakat. Aku rasa semangat nak jadi asing dari org lain sbb nabi kan dah cakap akhir zaman nanti org Islam akan berada dlm keadaan asing. Tapi masa tu aku tak taksub dengan satu aliran je. Aku baca juga aliran2 pendapat lain dan akhirnya aku sedar hal2 yg dah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita ni bukan semuanya songsang. Ada hujahnya untuk setiap perkara.

Dan nasihat aku juga, jangan perasan ilmu kita ni setanding dengan ilmu2 ulama2 silam. Kita ni dah la akhir zaman, lebih selamat ikut je la aliran2 mazhab yg ada. Tak payah nak campur2 konon ikut dalil macam kita yg paling hebat dalam menafsir dalil ni. Nak jadi asing, bukanlah asing dalam kalangan umat Islam sendiri. Maksud asing ni asing bila dinilai nisbah kita umat Islam dgn jumlah umat sekarang ni.

Dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa ditunjukkan jalan yg lurus. Doakan aku sekali.

– Dilla

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

58 Comments

  1. Pernah juga sekali tu FB saya diserang oleh seorang hamba Allah ni menggelarkan dirinya sebagai ustaz atau orang agama. Kat wall dia , penuh dengan pesanan agama , bahasa indah-indah belaka dan penuh berhikmah , tapi ada sekali tu saya tulis status tentang sejarah atau perihal orang Melayu , dia komen macam-macam dan burukkan orang Melayu.

    Mula-mula saya dan kekawan jelaskan secara baik , dia pun mula dengan ayat yang baik , sampailah satu tahap bila kami bagi hujah-hujah dan sumber sahih , dia mula cakap kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat.

    Kemudian lepas tu , dia delete semua komen dia yang ada kata-kata kesat tu , dia tulis komen-komen murni pulak , itu yang kawan saya tegur , “aik ustaz , tadi komen dengan kata-kata kasar , then delete pastu tulis komen baru dengan bahasa murni pulak?”. Macam munafik pulak.

    Kami bukan orang yang kuat ilmu agama seperti dia. Tapi benarlah kata orang , kalau ilmu tinggi di dada , akhlak tiada , takda guna , semakin tinggi ilmu , sepatutnya semakin kita dekat diri dengan Tuhan , rendah diri , hormat orang lain , akhlak bagus.

    Contohi Imam As-Syafie , sangat tawadhu (y)

  2. Haha. Aku tetap kuat dengan kutukan budak – budak usrah yang ak pernah join dlm group wasep. Asalny aku cuma bertanya, kenapa sambut new year haram. Lepas tu ak mmg kena hentam kaw kaw punya. Siap kata berdosa bagai lagi. The end aku reply ikut apa yg aku tau dan jawapan ustazah ak bbrp belas tahun lepas. finally aku dipulaukan. Hebat ini org org. Diorg punya judgement tahap dewa dewi.

  3. Sng cite nak belajar agama, bukak al quran cukup. Tak perlu dgr ustaz ustazah bagai. Al quran dah mmg ada segala jawapan bagi segala persoalan.

    • Yup.

      Better dgr daripada ustaz yg bertauliah. sbb kalau kita salah interpret lagi buatkan kita lagi sesat. Unless kita mmg power Arabic dan boleh faham istilah disebalik setiap perkataan sbb setiap perkataan dlm Quran tu unik :D

      Kdg2 ustaz/ah segera dlm FB ni pun mcm tu la. Petik hadith atau ayat Quran lps tu beri kefahaman yg salah kepada org lain. Sbb ambil literally daripada apa yg dibaca tu.

      Moga kita dijauhi daripada kesesatan (1: 6-7)

    • X ckup sis…tafsir shja x ckup..bhasa arb..badi’..maanii..nahu..sorof..maakulat..smue ilmu kte x fham..maka prlu juga rujuk ulama…dn ulama ni pulak kne tngk..bukan title yg kte prlu lihat pd zaman ni…sbb title pun kdg2 boleh beli…

      Tips nk cri guru :
      1. Apabila die brckp..hati keliru semakin teng mendpt petnjuk
      2. Apabila selesai die berckap..masyrkt yg berpecah bersatu..
      3. Apabila selesai dia bicra..brtambah amalan..

      Tips ulama jahat :
      1. apabila die brckp…maslah yg fham pun jdi mkin x fham..
      2. Apabila selesai die bercakap…masyrakt berpech belah…org keliru habis
      3. Apabila selesai die bicra…amalan kite mkin dicantas..mkin di minta kurang..

      Moga bermanfaat

    • Raja Haziq yupe tapi dia seorang yang bertauliah, belajar bnyk agama etc. cakap based on logic and science and kaitkan dgn al quran. Bukan semua org yg berpelajaran can terima and digest why al quran says this and that even me. Rasa tak adil etc. tapi bila dgr explanation dia jadi faham and clear not just terima because Allah said so ?

    • Kalau al-Quran sahaja, barangkali kita akan memahami kalam Allah berdasarkan nafsu .

      Sebaiknya, kalau guna al-Quran tuh kena juga rujuk kepada hadith Nabi SAW yang sahih berpandukan tafsiran ulama seperti Ibnu Abbas r.a(sahabat nabi), al-Hafidz Ibnu Katsir r.h dan selainnya .

      Allah bagi wahyu kepada Nabi SAW . Maka, baginda SAW lebih memahami wahyu dari kita .

    • Mohd Hariz memandai je ko reka tips yg ntah ape2… mushrikin mekah sblum nabi dtg bsatu ats nama berhala, bila nabi dtg ajak kpd tauhid.. adkh nabi xleh pakai sbb pecah belah umat manusia kat mekah?

    • Bro…tips tu untk zaman skrg…nabi tu x prlu sngkal dah..bile sbut kata nabi utusn Allah..maka ia sempurna dn prlu ikut..x perlu tilik ikut cri guru cm yg ak bgi tu…

      Tips tu bukn reka ye…tp mmg guru ak bgi memndgkn rmai ulama su’ kt dunia skrg ni…aku ikut tips tu..klau kau x nak ikut trpulang…tpi ayt ak reka tu sakittt bro nk telan

      Stu lgi..silap ak x terang..brsatu tu..mksdnya brsatu dgn harmoni…nabi dtg pecah belahkan yahudi (cm kau ckp) dn nabi membina stu kesatuan baru (yg ak mention) jauh lebih hebt…lihat kesatuan aus dn khazraj..tpi org arab x de pun kesatuan tu..bile nk ke depan msing2 slahkan stu sme lain..kot mana brsatu yg duk crite tu?

  4. Setuju, aku setuju dgn dilla…sbb aku sek agama..tp takat smpai spm je la…xdak la terrer sgt…tp basic ada…aku tgk la ni minah2 purdah ajet2 baru 4 tahun purdah approx sblm ni dok lagha sana sini dh berani nk bersoal jwb hukum hakam fiqh agama. I was like…errrr~ ko bkn tahap org yg layak lg nk jwb bab2 tu sbb aku tau backround ukhti tu. Plus dia bkn graduate dlm bidang agama pn. Tgk hubby dia pn cukuplah….pakai 3quarter xtutup lutut. Pada aku berani gila dia nk mempersendakan agama dgn ilmu yg dia xabis blaja lg…jgn kata org xtegur..ramai dh tegur…pesen klu tegur xley terima then dia delete. tp atas sbb modal dia niqab tu yg still ad lg bbnu yg trust ap dia ckp. Aku harap org yg betul2 nk blajar agama, mendalami agama….p lah masjid ad kelas free, xyah byr pn..xyah la ikutkn sgt ustaz ustazah segera fb yg acah2 bertauliah tp nan hado…sadis bila agama dorg buat modal nk jd fofular…..huhu

  5. Sy pun nak share. Perkara tntg ISIS ialah my expertise tp bila semakin mendalam kajian yg sy buat sendiri melalui sumber2 yg memg sahih,x de pengaruh mane2,terkejut bila tgok pemahaman mereka ialah pemahaman yg sama yg extreme mcm ustaz yg awk ckap tu..cuma isis lagi extreme la..

  6. Eyh…masuk jgk isu ni dlam confession…ingt x de yg prihatin….rmai sngt ustz jadian ni skrg..malah bukn stkt ustz..ulama jadian pun rmai…die ad phd..die ad kajian..dia boleh slahkan ulama trdhulu..kajiannya btul..ulama yg mngaji brpuluh2 thun x jmpe ap yg die kji slama 8 thun..pelik org cmni…

    Bab debat die meng tu…klau sis tngk kt fb mmg itu realitinya..fb ni bukan tmpt pengumpulan ulama..tmpt2 org awam mcm kite je…ulama dn asatizah masa mreka trpenuhi dgn mengajr umat…jdi ‘ustz’ mng la berhujah…buku tak bertemu ruas…dn kdg2 mreka ni bukak isu tnggi2…nk jwb pun gune ilmu yg tnggi..jdi bila ad asatizah yg jwb dgn betul…kte org awam ni x fham..tu nmpk ‘ustz’ betul..sbb ‘ustz’ tu x jwb pun..twist point org je gune logik bgi org awam fham….stu lgi sbb, rmai asatizah malas brhujah dgn mreka sbb mreka tiada disiplin ilmu…nak bncg isu cabang tpi pokok mreka x fham..sia2 je berhujah..

    Point die..mengaji ni bukn dkt google..lgi2 mostly media dimonopoli ‘ustz2’ mcm ni…yg bnyk mse mnghadap fb brbndg mngajr umat..p la cri guru…p cri majlis ilmu..kebebasan brsuara tu boleh tpi bukn dlm isu agama..trutma bab aqidah..feqah msih x kafir kalau slah..kalau rse x fham..x tau..jgn share…diam..dn tnggu yg arif menjwb

    **kalau rse panas dgn komen ni..mungkin anda lah ustz yg disebut..

    Wallahullam..

  7. Dkat fb ni kena faham….memg bgus buat post pasl dakwah pe sume….cume dari kita x leh ikot2 sgt…lgi bagus di cari ksahihannya…tgok, cam kes ustad ni la kalo btul.kan da pning…sbb yg nk bhujah dgn die pn kdg2 kuliah agma pn x nk dtg.dah tu cam ne nk bangkang?kaaan?

  8. Kalau nak belajar apa2, belajar dari ahlinya. Bukan dari google. Ramai skrg ustaz, doktor yang graduate dr University of Google. Bila bercakap berhujah, kalah ahli/ pakar yg belajar bertahun2. Diorg mmg ramai followers sbb yg follow tu pun semua baru nk start blaja jg, senang terpengaruh sbb xtau mana yg btul dan salah.

  9. ade sorg bekas gitaris tu pun sama…kat facebook kn main alim…quotes die siap org share…padahal membongak je semua tu…dahla buat bekas bini mcm sampah…bile aku komen pasal bini die…die block aku…nmpk sgt die salah

  10. sebab tu nak menuntut ilmu kena berguru , bukan guru jadian . ehh? hahaha . berhujah dengan orang tk berilmu , kompom lah kau kalah a.k.a kena block . kahkahkah . tapi kan orang yg belajar agama 4 5 tahun balik malaysia sibuk nak mengwahabi kan orang . errr. apakah? (ehh salah topik ke ni) huhu

    menuntut ilmu ni penting , bukan membaca dr gugel ke kopipes org punya ke . bab kopipes ni pun aku naik bengang . huhuhu . (salah topik lagi ke?)
    haish entah lah , aku pun bukan ustazah , ilmu aku pun lh kecik dr kuman . huhuhu . tah tah aku ni tak berilmu . *sad

    semoga Allah pelihara . okbye~~

  11. Ada yg sampai mengkafirkan org yg tak sependapat dgn ustaz fb ni.. kdg saya terfikir, menyerupai syiah ke tak ek diorang ni sebab syiah kan salah satu ciri2 dia, kafirkan org tak sehaluan fahaman.. bkn lah nak kata ustaz fb ni sesat, just terkilan dgn perangai yg oh dia je betul kita ni kafir takde agama huhu

  12. Kesimpulannya. Kalau dapat info pape dr somebody, kaji selidik apa yg diperkatakannya. Kalau yg dia bgtau tu sesat, jangan percaya jangan ambik ilmu dia. Kalau betul ambik iktibar. Bukan pe, kdg2 kalau ada yg cuba nasihat benda simple contohnya bab aurat. Tapi ada yg kata haa mai dah ustaz/ustazah jadian. Padahal apa yg org bg nasihat tu betul n nasihat tu kdg2 ustaz/ustazah betul. Sbb tak boleh terima teguran, so ayat yg digunakan ha mai dah ustazah fb dsb. Jadi sampai bila2 tak boleh nak berdakwah/ beri nasihat bila ayat tu digunakan. Pokok pangkalnya, kene kaji selidik then kalau betul info tu ambik iktibar dan perbaiki.

  13. Well said . Kalau ustaz facebook, memang dia akan letak gelaran ustaz pada nama facebooknya untuk mencari kemasyuran . Belum lagi dia letak nama Syeikh, Imam dan seumpamanya .

    Aku lihat, asatizah yang bermanhaj sunnah, tidak pula meletakkan gelaran Ustaz pada nama facebook mereka, bahkan kitab-kitab mereka pun tidak ada title tersebut .

    Senang cakap, kitab ihya ulum ad-din . Ada tak title ustaz, syeikh, imam pada nama imam al-ghazali ?

    Dari situ kita boleh lihat siapa yang bersungguh-sungguh dalam agama, dan siapa yang bersungguh-sungguh mencari kemasyuran .

  14. My experience, bila si ustaz mula ayat, ada ayat mengandungi

    “subhanallah, masyaAllah Madihah.. Astaghfirullah anti.. Ana berlindung dari… Allahu Akbar ukhti..”

    Memang dia la mulia tak kira dia cakap apa. And I just left, no use of staying. Lantak lah orang nak judge pun. Redhooo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *