Assalamualaikum semua. Kalau artikel aku ni disiarkan terima kasih la ye. Aku pernah juga hantar artikel “Di Mana Hak Aku” (https://iiumc.com/dimana-hak-aku/), dan sudah pun disiarkan.
Selepas confession tersebut, setelah aku fight naik la sikit gaji aku selepas aku minta bersungguh dengan majikan aku. Bersyukur juga la aku sebab akhirnya aku dapat hak aku. Ada juga komen kenapa aku tak berhenti je kan? Well kalau aku berhenti kerja sesen pun aku tak merasa sebab aku takde backup kerja lain.
Setelah aku renung dan muhasabah diri, aku baru sedar banyak benda yang aku rasa aku terlambat untuk buat sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan. Kiranya ni sekali nasihat aku pada bakal graduan atau yang masih lagi struggle cari kerja.
Dulu masa aku tahun akhir, aku tak pernah explore pasal dunia pekerjaan. Resume apatah lagi tak ada langsung. Aku juga kurang aktif berpersatuan dalam universiti dan aku juga sentiasa berada dalam kelompok kawan-kawan aku sahaja. Pointer aku juga aku tak berapa jaga dan bawah 3.
Jadi nasihat aku kat sini ialah first korang jaga lah pointer korang sebaik mungkin. Aku nak post kat fb aku sendiri aku malu sebab aku rasa aku tak pandai. Selepas pointer korang jaga, korang dah boleh mula set up akaun pekerjaan macam Jobstreet ke Linkedin ke. Akaun-akaun ni korang lengkap kan details korang selengkapnya. Google je tips isi jobstreet ni, sebab banyak dah rasanya yang share tips korang boleh follow.
Selain daripada tu korang rajinkan la diri google pekerjaan lain dari portal-portal GLC ke. Ada portal-portal ni mereka sediakan borang online je. So isi lah segala apa yang mereka nak macam gambar passport ke apa. Aku kira terlambat sebab bila aku dah kerja baru aku explore benda-benda ni semua.
Second thing is cuba bergaul dengan orang yang berlainan umur dari korang. Buka la circle lingkungan kawan-kawan korang. Kalau dekat universiti, cuba korang bergaul lebih sikit dengan lecturer ke, jangan pergi kelas balik kelas je, mak cik kafe ke, akak photostat ke.
Sebab bila kau kerja nanti kau bukan bergaul dengan orang-orang baya kau sahaja, mungkin boss kau tu nanti sebaya parents kau ke kan kita tak tahu. Kalau korang jenis pemalu, korang start practice sikit-sikit sebab aku pun pemalu juga dengan bos aku. Tapi aku belajar bergaul dengan semua orang and now aku dah kurang sikit malu tu. Kurang malu bukan tergedik-gedik ya. Maksud aku sekarang aku lagi yakin sikit nak bercakap dengan bos aku.
Third thing is kalau tak tahu tanya. Jangan pandai assume sendiri. Yelah fresh grads kan kadang banyak benda tak tahu sebab korang baru keluar dari kelompok universiti. Malu bertanya sesat jalan. Kalau korang kat universiti jenis tak suka tanya lecturer lepas habis kelas, cuba ubah. lagi banyak kita tanya lagi banyak korang tahu. Bak kata bos aku, biar nampak bodoh asalkan tak assume sendiri.
Fourth thing is banyakkan membaca. Okay aku pun tak suka membaca actually. Tapi ada satu tips yang aku rasa berguna daripada officemate aku. Dia kata setiap hari mesti dia akan baca news atleast 1 berita supaya dia tak ketinggalan dengan dunia luar.
Aku masa zaman universiti aku tak pernah tahu hal dunia luar. Setiap orang pun sekarang kan ada handphone canggih-canggih jadi gunakan untuk google hal-hal dunia. 1 lagi juga dengan membaca mungkin korang boleh bersedia dengan soalan interview ke kan. Mana la tahu.
So aku rasa ini antara yang aku nak share dengan korang since aku tak pernah buat benda ni semua masa aku kat universiti dulu. Jadinya aku tak nak adik-adik bakal graduan buat kesilapan macam aku. Sebab adakalanya aku menyesal kot kenapa aku tak rebut peluang ruang dan masa yang aku ada masa kat universiti dulu.
Aku tahu korang suka main socmed ni macam aku juga. Tapi dalam masa yang sama jangan lupa upgrade diri dan maju ke depan. Akhir sekali, aku ucapkan goodluck kepada yang tengah cari kerja ataupun graduan.
– Bunga Melati
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit