Janganlah Kau Kahwin Tanpa Melihat Ibubapanya

Assalamualaikum, salam semuanya.

Saya kasitau sesiapa yang belum kahwin lagi dan sedang berkenalan. Kenalilah keluarganya dulu.

Tak apa apalah lambat sedikit nikahnya asalkan kau kenal hati budi bakal mertua mu.

Aku berkahwin 4 tahun sudah.. tapi itulah tak juga rasa menyesal cuma kecewa jugalah sebab baru tahu perangai orang tua suami ku.

Sebelum kahwin aku tahu suami ku berasal dari keluarga yang miskin tapi aku tak kisah sebab aku nampak usaha dia.

Cuma khilafnya di sini sebab kami duduk berjauhan, memang sepanjang berkenalan aku pernah jumpa sekali saja mak ayah dia. Aku kecewa.

Patutlah ada yang kata jangan kahwin dengan orang miskin (tak boleh juga pukul rata)

Tapi kebanyakkannya disebabkan mereka dari keluarga yang miskin, memang mak ayah mereka akan buat mereka jadi akaun persaraan. 

Aku tidaklah kisah kalau dia belum kahwin mak dia buat macam tu.. Ni sampai suruh kurangkan aku punya nafkah.

Aku tak bekerja pun atas sebab peribadi. Sebab duit je suruh aku berpisah dengan anak dia.

Kalau suami aku memang tak bagi duit langsung, aku pun tak setuju.

Masalahnya suami aku beri duit banyak dekat mak dia.

Hampir separuh gaji dekat mak dia buat bayar hutang tapi mak dia kata tak cukup lagi.

Aku lagi geram sebab adik beradik lain tak kena. Suami aku je banyak kena macam ni.

Mertua aku ni pun nak kata miskin tak!

Aku tahu mereka ni ada perniagaan yang untung je ribu riban.

Tapi mentaliti orang yang pernah miskin ni (bukan semua) memang anak tu dijadikan modal bila dah tua.

Pernah dengar tak b40 breeds b40? Ha! Macam nilah dia.

Nak kahwin dengan orang yang pernah hidup miskin tak salah tapi pastikan mak ayah dia tahu agama.

Jangan disebabkan duit, nak pisahkan anak.

Aku kenal je orang miskin yang memang bila anak dia dah bayarkan bil dia pun dia syukur sangat.

Tak ada dia mengambil hak orang lain.

Janganlah sampai menganiaya orang lain dan guna kad “aku mak kau, syurga bawah tapak kaki aku” padahal dalam agama dah tersusun cantik urusan nafkah.

Kesian lah kat anak kau kadang2 tak cukup duit nak bayar hutang tapi kau asyik minta dan minta.

Ya memang mak kita satu je, isteri boleh cari lain tapi kau aniaya anak orang macam tu kau ingat rezeki kau akan luas ke?

Bodoh piang orang panggil kalau kau boleh bahagia dengan kesedihan orang lain.

Sekarang aku penat nak tengok muka mereka.

Aku kecewa sangat sebab mereka langsung tak rasa serba salah suruh cerai.

Nak doakan mereka kaya pun tak guna sebab bila tengok mereka berniaga pun aku dah tahu kenapa mereka masih “miskin”.

Bukannya sebab kau miskin tapi sebab kau tak pernah rasa cukup.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Aku sudah kenal keluarga nya… Keluarga nya setuju keluarga ku setuju.. Iya Aku tau dia hidup orang miskin tapi dia ada usha nya. Dia sudah cari bayak cara untuk buat ic datang tempat ku ini , tapi tak dapat jugak ic nya. Keluarga nya Bantu untuk kumpul duit dan dia sekali untuk datang sini… Hanya keluarga boleh datang dia tak boleh Kerana tak ada ic. Nak tungu Jami pangilan untuk belom lagi pangilan sudah berapa tahun… Dia pun sudah tak tau lagi cara macam Mana hanya keluarga boleh datang sini… Itu lah ku sangup tungu lagi nak kumpul duit susah jugak… Nak tambar dan sebagainya… Tu lah ada tak cara nya dan ada tak boleh batu untuk buat ic Kat dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *