Janji Si Perogol

Saya nak ceritakan 1 kisah benar.

Kira-kira 2 tahun lepas, keluarga si perogol merayu supaya keluarga si mangsa tak report polis demi masa depan anak mereka. Mereka berjanji yang anak mereka akan bertanggungjawab di atas perbuatannya. Tapi mereka minta tempoh sehingga si perogol habis belajar dulu demi masa depan mereka berdua.

Keluarga mangsa bersetuju atas sebab rasa kasihan dan bertimbang rasa terhadap si perogol yang dah mengaku salah di hadapan mereka. Lagipun dia masih muda dan demi maruah bersama, tak mahu panjangkan cerita, keluarga mangsa pegang pada janji keluarga perogol tu dan beritahu mereka akan tuntut janji tu apabila tiba masanya kelak.

Tapi lama-kelamaan dalam tempoh yang diberi tu, keluarga si perogol seolah-olah nak mungkiri janji yang dah dibuat tu. Mereka seperti berniat untuk membiarkan anak mereka lepas tangan dan lari daripada bertanggungjawab pada mangsa.

Kalau anda di tempat mangsa dan keluarganya, apa yang akan anda buat?

– Cik Gula Hati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

98 Comments

  1. Dh jlas lg nyata..kluarga mangsa awal2 lg dh x berakal..yg g simpati pastu btimbangrasa pd perogol tu dh kenapa..anak ko jd mangsa..napa ko x timbangrasa dn simpati..

    Adoooii la hai..tu la..bnyak sangat tgk cter fantasi yg bukan2..tu la jdnya..

  2. Simpati jadah apa kat perogol? Yg kat mangsa, darah daging sndri x simpati pulak? Haihh manusia2. Mati agaknya kalau ‘maruah’ keluarga tercemar. Maruah gadis dan jiwa gadis sebagai mangsa rogol tak penting ke? Cdgn sy, report saje.

  3. Kasihan si mangsa… ni kes rogol. Bukan nye suka sama suka… p la report polis… wpun kes dah x kuat. Tapi bole bagi pengajaran kat si pelaku… takot ada mangsa lain nanti….

  4. Nk cakap bodoh xgune dah, dh buat dh pun… Nk marah, org len sume dh cakapkan bnde yg sama aku nak cakap… So ko pikir la sendiri cmne ek, pertimbangkn segala kemungkinan… Kalau report polis n pihak perogol tu nak marah, eh lawan la balik, nak takut ape? Diorg gertak, ugut macam2? Xpe jangan takut, lawan…. Kte kene tunjuk firm sikit supaya org xmudah pijak kte balik… Whatever it is, pastikan si perogol tu masuk penjara… Walaupun maybe payah skit klu dlm malaysia ni….

  5. lain kali x pyah nk kesian2..repot je polis.time die rogol tu ade ke kesian kt pompuan tu???dh sah2 jantan x guna so napa nk kawenkn pmpuan tu ngn die?!

  6. tengok kes ni mcm kene rogol ngan bf sendiri…sebabnya family bole consider perogol masih muda bagai2…camni la caranya…balik rumah asah parang sampai tajam…make sure parang tu sgt panjang dan besar…bawak jugak 3-4 bijik timun…dan pergilah ke rumah dia…depan2 family dan perogol tu ko parangkn timun tu…lumat2…biar hancur….tgk ape reaksi diorang

  7. Bg sy keluarga mangsa gagal utk melindungi mangsa. Dlm hal nie, sy lebih menyalahkn ibu bapa mangsa sbb lebih kesiankn perogol yg dh tentu jahat nauzubillah berbanding anak mereka. Ibu bapa mangsa tak layak digelar ibu bapa sbb gagal menuntut keadilan utk mangsa. Perogol dgn ibu bapa tu patot msk penjara skali.

  8. bukan nak menghukum, nak condemn tapi rogol ni bukan benda kecil. sanggup ke nak kahwinkan anak dengan perogol? kalau yang dah taubat, takpelah tapi kalau yang perangai lain macam, tak payahla. kita kahwin nak bahagia, bukan nak tambah sengsara. cukuplah drama dalam tv, takkanlah life pon nak drama. plus, minta tangguh sebab nak habiskan study, sebab masa depan panjang lagi????tu alasan tak munasabah. alasan nak lepas tangan. dah pompuan yang kena rogol tu macam mana? yg tu bukan dah xde masa depan? yang lelaki tu, xfikir masa depan masa nak buat jahat kat orang?
    kepada keluarga tu, baik settle by law. even law pon akan payah sikit sbb bnda dah lama. bila family tu biarkan, the other party blh ckp ‘btol ke xrela? kalau xrela, kenapa tak pi repot awal2? kenapa tunggu sekarang?”
    orang akan nmpk kte je salah. Judge pon pyh nk di ‘convince’ kan. sbb judge tu manusia.
    pengajarannya, settle by law. yes, payah tp in syaa ALLAH, with doa and when the circumsances is in favour with us, we’ll get the justice.
    jangan ambil mudah bab rogol. di mahkamah, antara kes yang payah ialah kes rogol. sebab kena buktikan memang TAKDE langsung consent dari pompuan tu. so, kepada family, mangsa, etc, ingat ni. settle by law.

  9. Kes 376 bertahunpun jika kna dgn bukti n kronologi kes msih boleh on, tp prosedur biasa kna lalui juga mcm repot polis, naik keta polis g cek spital, rakaman n siasatan, dll. Jiwa kna kental. Mangsa kna bg butir2 kes dgn jelas n tperinci ttg masa n tarikh kejadian, tmpat, punca sebab n musabab, dailog2 ptg dll, yg ptg mst kna bg jwpn tdk mcurigakn knapa bru sekrg buat tindakan, jika ada salahlaku lelaki tsebut jga bleh disenaraikn utk mguatkn tuduhan 376 spt ugutan, janji, peras ugut, ancaman dll hga repot tdk dibuat dlm tempoh sepatutnya, pakaian mangsa n pelaku pd msa kejadian perlu detail n jelas, jika masih ada n tdk dibasuh sgt bgus seb bukti kes, jika lps kes rogol itu tdk ada lg blaku ulangn rogol juga bagus sb itu mnunjukkn bkn krn sukarela lg, jika mangsa msa kjadian bawah umur iaitu bwh 17 thn 364 hri lg bgus. Jika ada prima facie, insya allah lelaki itu akn ditangkap reman. Jika bsabit akn dibawa ke mahkamah. Tp menang @ tdk bgtung pd pgadilan. Sb tu bukti2 dailog, pakaian, msa n tempat kejadian, dairi, saksi2, laporan polis n doktor sgt ptg. Tp sya nasihatkn, batalkn hajat bkahwin dg pelaku td. Sekadar dia ditangkap n dihukum sdh memadai. Jika dia merayu batalkn repot polis, saudari kna kental n jgn lg pcaya pd janjinya. Sebaliknya mulakn hdup baru. Semoga allah mbuka jln yg baik. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *