Untuk part I, (https://iiumc.com/jatuh-cinta-di-bumi-anbiya/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/jodoh-di-bumi-anbiya-ii/).
Sebelum ni saya pernah hantar 2 confession yang saya boleh simpulkan kisah pasal saya pergi buat Umrah, tersuka pada mutawwif, saya confess & kena reject – Jatuh Cinta di Bumi Anbiya Part 1 & 2.
Saya terharu sebenarnya bila baca komen- komen di 2 confessions ni majority orang komen yang baik- baik sahaja untuk saya. Terima kasih banyak – banyak.
Confession part 3 ni lebih kepada bagaimana saya “post mortem ” hati sendiri. Saya dah perlahan- lahan move on dan takde isu sangat pun.
Umur – umur macam saya ni rasanya tak perlulah berduka lara lama- lama. Banyak lagi benda yang lebih penting yang perlu diberikan perhatian.
Ada saya nyatakan di confession saya yang pertama, dah lebih 10 tahun saya tidak pernah doakan langsung pasal jodoh.
Tiba- tiba saya start doa pasal jodoh apabila terjumpa mutawwif yang muda 2 tahun daripada saya di Tanah Suci, katanya belum berkahwin & saya tersuka kepada dia.
Sebab apa saya katakan “katanya belum berkahwin”, sebab apabila saya google, keluar je gambar kahwin dia beberapa tahun lepas. Apa status sebenar dia, duda ke apa saya tak pasti.
Huhu saya geram jugak, kalaulah dia tak beria highlightkan “saya belum berkahwin ” tu, saya memang ingat dia suami orang & memang takkan terdetik pun nak suka kat dia.
Gila ke apa nak suka kat suami orang. Sungguhpun dia duda, rasa tak proper bila dia guna ayat “saya tak kahwin lagi”. Saya pulak siap confess & kena reject pulak tu. Aduhai.
Bila dah tersuka, ambil masa pulak la nak jadi kan tak suka. Tapi dalam kes saya ni agak mudah sebab saya dah tak jumpa orang tu. Jadi perlahan- lahan boleh move on. So tutup cerita pasal mutawwif tu.
Saya nak cerita pasal kenapa dah lebih 10 tahun saya tak pernah berdoa pasal jodoh. Bukan sebab pernah frust ke apa tapi saya ada sakit kronik.
Walaupun sekarang saya sihat dan baik- baik sahaja, tapi saya tak tahu bagaimana dengan masa depan.
Semestinya saya sentiasa doakan supaya Allah berikan saya kesihatan yang terbaik tapi kita tetap tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.
Saya tahu, bukan mudah sebenarnya seseorang tu nak terima pasangan dia ada sakit kronik dari awal.
Lagipun saya bukan lah Angelina Jolie, hihi.. Saya hanya wanita biasa- biasa je yang serba kekurangan. Dengan umur & sakit yang saya ada, saya pun tak pasti saya mampu lahirkan zuriat atau tak.
Jadi untuk mengelakkan kekecewaan, saya memang tak cari & doa pasal jodoh langsung. Hidup saya hanya berkisarkan kerja, keluarga, rakan- rakan & kesihatan
Tapi tu lah kan, hati kita ni berbolak – balik & semasa di Madinah saya boleh tersuka kepada mutawwif tu & saya mula doa pasal jodoh.
Saya lupa segala kekurangan yang saya ada seperti saya yang nyatakan di perenggan atas ni.
Huhu, tiba- tiba apabila dah tersuka kat seseorang, jadi tak sedar diri yang diri tu serba kekurangan. Bila kita suka kat orang, kadang2 kita ikut kata hati, otak kita bukan berfungsi sangat, hehe.
Mujurlah doa saya semasa di Tanah Suci, ada saya selitkan “Sekiranya dia bukan jodohku, bawalah dia pergi jauh dari hati & perasaanku. Peliharalah aku dari kelukaan & kekecewaan”.
Hampir sebulan selepas kejadian tu & saya dah 70% move on. Kira oklah tu.
Sebut pasal doa jugak, saya ada jumpa dua video Mufti Menk yang saya rasa menarik untuk dikongsi.
Video pertama, ada seorang perempuan ni, dia kata dia nak kahwin dengan seorang lelaki & tak dapat restu daripada parents.
Mufti Menk kata, awak kena set the dateline & move on. Dalam dunia ni ada 2 billion lelaki yang berharap untuk jadikan awak isteri.
Perempuan tu kata saya sayangkan lelaki ni & sanggup korbankan apa saja.
Mufti Menk kata jangan cakap macam tu sister, kamu mungkin aminkan pada doa yang kamu hendak sahaja & kamu mungkin berakhir dengan tak kahwin sampai bila – bila.
Kesimpulannya, hati- hati dengan apa yang kita doakan.
Video kedua – Setiap doa kita didengar oleh Allah. Jangan pernah anggap Allah tak dengar atau kabulkan doa kita.
Kadang-kadang Allah tak kabulkan sekarang, dia kabulkan 5 tahun lagi. Kadang- kadang dia tak bagi langsung, sebab dia nak bagi yang lebih baik.
Macam dalam kisah saya ni, kena reject tu adalah yang terbaik sebenarnya. Kalau lah tiba2 Ustaz tu kata saya pun suka kat awak jugak. What’s next ? Saya pun blank tak dapat fikir apa pun untuk next.
Sebab saya rasa perasaan ni pun lebih kepada crush. Huhu macam kita crush kat cikgu praktikal zaman sek dulu. Reality nya, lebih mudah untuk saya hidup sendiri bersama keluarga.
Bagi saya apabila kita sakit, takde orang yang mampu jaga kita sebaik ibu bapa kita. Tapi tulah, ibu bapa pun makin tua & saya pun tak tahu hidup saya sampai bila …
Sekarang ni, kalau pasal jodoh, saya doa secara general je. Sekiranya ada jodoh untukku, berikanlah jodoh yang terbaik untukku. Takde lah sampai tak doa langsung.
Harap rakan-rakan boleh tolong doakan yang terbaik untuk saya dari segi kesihatan, rezeki dan juga jodoh. Terima kasih..
– M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit