Jodoh Di Bumi Anbiya II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jatuh-cinta-di-bumi-anbiya/).

Sebenarnya saya tulis confession Jodoh Di Bumi Anbiya Part 1 tu pada 3/3 & admin post pada 5/3.

Semasa admin post tu, saya dah on the way nak ke airport untuk pulang ke Malaysia. Sempat lah juga saya baca beberapa komen yang galakkan untuk saya confess je terus.

Cumanya masa mana yang sesuai?

Kerja gila jugak sebenarnya saya hantar confession tu semasa dah boarding & dalam flight sementara tunggu nak berlepas.

Saya ingat selepas saya send tu, flight berlepas & dia tak sempat baca. Sekurang- kurangnya dalam 9 jam perjalanan tu takde internet, mungkin dia akan baca semasa di KLIA.

Mula2 saya terfikir jugak nak guna idea macam yang Sis Adnie Afifa cadang kan.

“Assalamualaikum ustaz. Saya (nama sis) anak kepada (nama ayah sis) saya tak tau kenapa daripada Madinah lagi hati saya ni terpaut dengan ustaz. Rasa teringin nk berkenalan dengan lebih dekat. Kalau ustaz tak ada siapa2 lagi boleh ke kita bertaaruf?”

Tapi bila fikir balik, macam bukan diri saya pulak. Haha, jadi saya jadikannya simple & terus straight to the point.

Saya bagi link Jatuh Cinta Di Bumi Anbiya Part 1 dan saya tulis ni.

Assalamualaikum Ustaz, lama saya taip padam, taip padam ni. Selepas saya post ni, ramai yang komen tak rugi pun confess. Kena reject tu better daripada tak cuba langsung. Saya suka kat Ustaz. Tu je lah nak cakap.

Saya beranikan diri sebab rasa nya lepas ni Kita mungkin takkan jumpa dah.

Telahan saya tersilap ya rakan- rakan. Dia sempat baca dan reply terus. Cuma nya saya yang hanya noticed mesej tu selepas dua jam.

Dia reply macam ni,

“Waalaikumsalam.. terima kasih kerana suka dengan saya.. cuma ustaz dah berpunya.. insyaAllah ustaz doakan akak akan jumpa jodoh yang terbaik dan serasi dengan akak.. jodoh, rezeki, ajal semua Allah saja yang mengetahui..

InsyaAllah jodoh Allah akan bagi pada dan waktu yang tepat yang kita pun tak tau.. banyakkan berdoa insyaAllah jodoh tak kan salah alamat.. ukhwahfillah..”

Huhu walau pun dah expected akan kena reject tapi tipulah kalau tak frust. Walaupun saya dah agak ni jawapan dia tapi buat masa sekarang adalah jugak rasa sedih.

Perasaan sedih yang bercampur baur sebab pulang meninggalkan Tanah Suci & kena reject kot. Rasa macam sebak je rasa dalam hati. Harap sehari dua lagi, bila dah start kerja, oklah kot.

Ikutkan ni bukan kali pertama saya suka kat orang, ni juga bukan kali pertama saya kena reject & ni juga bukan kali pertama saya frust.

Tak tahulah, mungkin sebab kejadian ni berlaku di Tanah Suci dan faktor usia juga mungkin, jadi rasa sayu sungguh rasa hati.

Lain macam betul feeling kali ni. Macam mana ya nak terangkan, dia macam dua good feeling yang berlaku dalam satu masa kot.

Feeling hati berbung-bunga dapat menziarahi Rasullulah & feeling berjumpa pulak dengan seseorang yang berjaya mencairkan hati saya yang dah lama beku.

Ada juga yang bagi cadangan suruh saya siasat, betul ke dia ni single. Sebab jarang kan lelaki umur macam tu tak kahwin lagi. Saya taip je nama dia di Google terus keluar gambar kahwin dia beberapa tahun lepas.

Kalau dia kata dia tak kahwin lagi mungkin dia duda sebab tengok di Fb ada kawan dia doakan dia cepat bertemu jodoh. Mungkin dia tengah mengenali hati budi seseorang lah tu.

Saya baru baca ada yang komen jangan confess dulu & taaruf dulu. Huhu terlambat dik, akak dah confess. Agak- agak kalau saya cakap nak taaruf, dia akan mentioned tak ya dia dah berpunya.

Satu benda yang saya syukur dalam kes ni adalah saya tak melibatkan ayah saya. Hanya saya dan dia je yang tahu saya buat kamikaze punya confession ni. Huhu, panjang pulak ceritanya kalau melibatkan orang tua.

Huhu, sorry kalau korang mengharapkan happy ending untuk Part 2 ni.

Mungkin mana2 novelist boleh cedok idea ni untuk jadikannya kisah yang happy ending. Cukup lah sekadar happy ending di dalam novel pun jadilah… Sob.. sob..

Terima kasih banyak-banyak ya kepada yang sudi memberikan komen & ramai juga yang mendoakan yang baik- baik untuk saya. Saya sangat menghargainya.

Semoga segala kebaikan juga akan kembali kepada rakan- rakan juga.

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit