Bos Perokok Yang Tak Memahami

Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini bukan pertama kali aku confess dekat sini, ada lah dalam 2 cerita aku yang dah disiarkan oleh admin nama pun aku tukar2 supaya tak terhidu dek orang sekeliling.

Jadi cerita aku kali ini adalah tentang bos aku. Special sangat ke bos aku ni sampai aku nak tulis pasal dia?

Tolonglah. Serabut adalah.

Bos aku ni takdelah bermasalah sangat macam bos orang-orang lain tu. Tapi satu habit dia yang paling aku tak tahan. Dia ni kuat merokok. Anytime, anywhere dan everywhere.

Dalam sehari aku rasa lebih dari 5 batang la dia amik. Tu yang aku sempat kira la. Yang tak sempat kira tu wallahualam. Hahaha.

Aku ni pulak, ada satu perangai. Kalau bau asap rokok, aku ni automatic rasa nak membuang hadas besar. Tak kira lah orang merokok kat public ke, apa mesti rasa camtu..

Nasib baik family bapak and abang aku tak hisap rokok.. Sejak 2-3 tahun ni anak sedara lelaki aku jadi perokok, tapi sebab dia duk rumah lain.. so takde lah aku kisah sangat.

Kalau bos aku ni, kalau da office hour 8am-5pm, 8 jam sehari aku hadap dia.. ofis kitorang ni sederhana je, dan tak ramai worker. Dan ditakdirkan aku bilik connecting dengan bilik dia.

So tengah2 tu ada sliding window yang kau boleh buka2.. Ofis ni ala-ala outdoor sikit sebab kitorang bahagian production kan, so dikesempatan itulah dia selalu hisap rokok ni.

Bilik dia aircond, sama jugak macam aku. Kalau dah dia pam rokok dalam bilik camtu, kau rasa tidak ke asap tu ke bilik aku jugak?

Lepastu dia ni dahla suka ajak aku discuss, so memang dia suka la buka sliding window tu. Peh, dia punya bau tuhan je la tahu. Sampai hilang terus habit sakit perut aku bila bau asap rokok tu.

Aku pernah tegur dia dan beritahulah masalah aku bila terbau asap rokok ni, tapi sekejap jelah insafnya..dan esok lusa dia buat balik hal sama. Nak ditegur berkali-kali, dia tu bos. Kau rasa?

Sampai ke kemuncaknya, apabila aku ni jenis susah nak demam dan batuk, tapi kalau dah sekali kena memang berpanjangan.

Jadi aku pun pergi la klinik sebab tak tahan sangat asyik batuk n aku pun risau sebab dulu aku pernah kena tonsil yang bernanah dalam tu jadi aku pun pergi la check cepat-cepat.

And guess what? Doktor punya soalan simple je. “Awak ni merokok ke?”

Lah bila kala pulak aku merokok. Hahaha jajan yang belang2 panjang chocolate wafer tu ye la aku buat main makan macam hisap rokok.

Aku pun tanya kenapa doctor tanya macam tu, sebab dia kata dalam paru-paru aku macam ada kesan2 perokok.

Dan lepas tu dia kata aku ada acute bronchitis pulak. So haritu dia bagi ubat and aku buat nebulizer 3x dalam sehari tu pagi, petang dan malam.

Malam kejadian pergi klinik tu aku memang menangis la sebab aku tak sangka la sampai macam ni sekali jadinya kan.

Dan aku yakin semua ni berpunca dari habit bos aku sebab itu sahaja environment perokok yang aku lalui.

Esoknya bila masuk kerja aku cerita lah dengan dia.

Dan dia jawab, “Saya selama ni hisap rokok berbatang-batang takde masalah pun kenapa awak nak salahkan saya pulak? Dah memang takdir awak ada penyakit macam tu” Sedih weh dengar.

Korang mesti curious kan kenapa takde sape marah kalau bos aku tu hisap rokok sesuka hati kan, sebab kitorang ni small scale company je, dan kira kerja pun attitude cincai je lah..

Tapi company register la ssm ke, epf sosco semua ada. Cuma company ni takde rules ketat macam company besar lain. So nobody akan tegur kalau dah bos sendiri pun buat benda sama.

Sekarang ni aku tengah berusaha cari kerja lain, memandangkan area tempat aku tinggal ni kawasan luar Bandar dan agak susah untuk cari kerja dengan gaji yang sekarang dan boleh menampung komitmen aku.

Buat masa sekarang aku guna inisiatif humidifier untuk control bau rokok dan demi menjaga pernafasan aku jugak.

Pekerja tersakiti,

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *