BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum wrbt
First, thanks admin sudi approve my stories
Buat sis zado, brother dan mungkin lain lain yang mengalami nasib yang sama, berbeza yang dalam 'ujian' Allah…semoga Allah selalu beri kekuatan untuk teruskan kehidupan dibawah lindunganNya. In shaa Allah
Buat hati yang menyimpan dendam, dan melakukan hal yang menyalahi batasan insan dan kemanusiaan. Semoga diberi kekuatan untuk memaafkan dan kembali ke jalan yang diredhai Tuhan. Aamiin!
Aku cuba menulis, walaupun mungkin isu ni dah basi untk tercoret disini, atau mungkin tulisan aku clise untuk ditulis sebab dah biasa dengar. Bi on nea
Beberapa tahun dulu, aku pernah mengajar tuisyen…masa tu umur aku lebih kurang form 4 @ 5…. 'Murid' aku budak form 2-3…dalam ramai ramai ada sorang budak, pendiam juga orangnya. Satu hari dia bercerita yang dia pernah berzina…ya Allah terduduk
dia cakap mak ayah dia bizi berniaga, balik lewat malam, jadi dia banyak habiskan waktu dengan pakwe…dia cakap dia menyesal sangat…dan mak dia pun hantar dia ke sekolah agama, berapa bulan lepas tu, dia pregnant….dia berhenti belajar…sampai sekarang tak jumpa dah dia.
masa tu ilmu aku masih cetek, aku tak dapat bagi solution terbaik, aku cuma mampu dengar dan damping dia untuk beri dia support berubah. Harap dia dalam keadaan baik dan bahagia dalam rahmatNya sekarang. Aamiin!
Itu sebab kenapa aku cuba juga menulis confess ni…harap boleh teruskan baca tanpa bosan
Terima kasih☺
Fenomena hari ini memang 'menakutkan'….saban hari kita tengok ketadamunan manusia makin pudar, hilang dan membimbangkan…
Solusi sebagai jawapan yang aku cuba bagi adalah "kembali kepada agama" yakni islam
Islam yang sebenar benarnya
Aku pernah tengok masa zaman kolej dulu, member tengok drama korea (bukan aku haramkan) tapi bila part part konon romantik dan ada benda benda tak elok tu…boleh diorang tengok dengan mata celik…Allah
Bukan nak pindah ke apa ke…tengok terus camtu
Sejak tu aku 'takut' cherita korea…tp belajar bahasa dia still suka…banyak cara sbnrnya nak bljr..nak nak zaman dah serba canggih ni (opps, terbebel)
Pernah jugak skali, group whatapp…dalam tu ramai student berkumpul…pelbagai umur lah kan…tapi boleh share bende yang tak senonoh…walaupun cuma sebagai gurauan…aku rasa benda benda gitu tak patut jadi permainanan apa lagi bahan untuk dibahas berkumpulan…malu lah sikit
Itu tak masuk lagi filem filem barat dan termasuk drama drama melayu yang terang terang…buat scene scene tak spatutnya…aku rasa kalau tak ada scene gitu…cerita menjadi jugak…kalau orang putih punya chegita tak yah cakap…memang itu lah tujuannya.
Tengok, bukan video porn je tapi…..
Rugi sangat…kita dah habiskan nikmat akhirat tu kat dunia…takut disana tak dapat dah nikmat tu…cmne? Nauzubillah
Semoga Allah lindung kita
Aamiin
Ok, sekarang nak salah kerajaan? ( aik…nanti cakap aku berkempen pulak) hehe
Nak salah chekgu? Mereka ramai 'anak' kot…
Nak salah mak ayah? Mereka pun sebenarnya tak nak kita macam tu…sekalipun mereka ada buat jahat(silap)…mereka tetap berharap ada anak soleh solehah
{Sorii…aku sebut ni mungkin tak mewakili semua) mungkin…tp majoriti macam ni
So, kita (diri sendiri) cari kekuatan nak berubah….ubah tabiat hidup, ubah persekitaran, dekati agama, dekati islam…cari Syariat Rasul cari cinta Allah
Pilihlah saluran dan tontonan yang baik dan menyemangati kita dalam beragama, contoh: tv al hijrah ke (opps, saya bukan staff nak promote) hehe
Ibu ayah…sesibuk apa pun berkerja pantau aktiviti anak anak
Beri didikan agama..dengan agama mereka akan terjaga oleh yang Esa…in shaa Allah
Begitu juga, kakak abang, jaga adik adik mu sebagai amanah berharga
aku bukan bela satu pihak gender je, sebab aku saran kita semua balik pada agama…ISLAM yang sebenar benarnya…dalam tu bukan setakat larang laki jaga pandangan, perempuan jaga aurat….tapi semua solusi untuk kita cari semua kekuatan buat dan istiqamah dengan semua tu.
Betul tak nafi, ada golongan agama yang terlibat dengan hal yang seolah tak mengambar langsung title dia sebagai ahli agama…tapi sebab apa? sebab dia pun longgar dengan peraturan agama…dia biar juga diri terjebak macam orang tak pernah belajar….
Sebenarnya, orang yang belajar course pengajian islam ni ada banyak jenis, ada memang minat, ada pikir ni 'amanah' tapi ada juga sebab dipaksa dan ada juga sebab nak dapat kerja…jadi kadang kadang tindakannya boleh jadi menyalahi…..
Aku bukan mengata…sebab aku pun pernah khilaf
Buat yang course agama,, aku harap sangat kalau kita semua boleh jadi duta kepada student course lain apalagi kepada muslim atau agama lain…kadang aku tengok mereka lagi 'menjaga'
Tak pe kalau cakap aku kolot sebab bebel bende macam ni…tapi percaya lah kalau yang kecil kecil pun kita buat tak kisah, buat sambil lewa..
Macamna untuk lebih besar…
di dunia makin mencabar ni..
Buat yang masih trauma, dilema, semoga Allah sentiasa bantu kuatkan hati kalian
Banyakkan Zikir, minta petunjuk DIA
Semoga Allah jaga kita semua dari hal hal buruk dan negetif
Aamiin
Buat yang cuba berubah atau nak keep istiqamah cari lah sahabat atau orang lebih dewasa yang kalian percaya agama dan akhlaqnya…
(ISLAM)
Serius cakap..walaupun confess aku ni tak ada yang baca, sekurangnya aku dah lega dari berat menanggung tidak 'bersuara'….atau walaupun tulisan aku tak tersusun bahasa…aku harap aku dan yang membaca dapat 'terasa'.
aku berharap bukan untuk dikecam…tapi di didoakan yang baik baik…doa tu kan doa untuk orang yang mendoakan jugak…smile
Ingat lagi tak lagu opick
"Obat hati"
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Semoga Allah selalu bagi jawapan setiap permasalahan kita..in shaa Allah
Semoga Allah ampun dosa aku, dosa kamu, dosa mereka dan dosa kita semua…aamiin
Last…sorii kalau ada kata tersinggung,
Jumpa disyurga ye nanti…in shaa Allah☺☺
-aku pendosa impikan syurga
– N.a
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit