Jawapan Kepada ‘Hakikat Sebuah Cinta Dan Penyesalan’

Jawapan kepada (https://iiumc.com/hakikat-sebuah-cinta-dan-penyesalan/).

Boleh anggap aku sebagai Aisyah (bukan nama sebenar).

Aku adalah perempuan yang sudah jadi Ex kepada lelaki yang perangainya sama macam Si dalam confession sebelum ni. Tapi aku rasa Si tu bukan ex aku, cuma seorang lelaki yang perangainya sama macam ex aku yang bernama Man (juga bukan nama sebenar).

Sekarang aku nak cerita, apa perasaan perempuan bila ada boyfriend yang perangai macam Si tu.

Intro, aku kenal Man ni dah lama, cuma aku malu nak tunjuk yang aku suka dia. Bila aku confess dekat Man, dia terkejut beruk. Tapi dia kata “jom kita couple dan beri peluang kpd diri masing2 utk pergi ke fasa seterusnya”.

Makin lama aku bercinta dengan Man ni, ada lah beberapa kali dia kata dia sayang aku dan nak kawin dengan aku. Aku pun kemain gembira lah. Mula lah plan macam2 dalam kepala otak ni (perempuan memang begitu ye).

Tetapi walaupun dia cakap dia sayang aku, tapi dalam hati aku ni tak rasa yang dia sayang aku. I mean, aku rasa jauh hati dengan dia. As if aku bertepuk sebelah tangan.

Meh aku list down persamaan Man dengan Si;

1. Bila main game, lupa ada awek. Lepas tu secara tak sengaja abaikan awek.

Aku tak nak cerita pasal gamers tegar, aku rasa Man dulu dia main game sambil tunggu mengantuk je. Tapi, kalau aku wasap waktu dia tengah main game, jawabnya berjanggut lah aku tunggu dia reply. Kadang tu esok pagi dia blue tick kan aku, tanpa cakap sorry.

Kadang2 aku wasap dia time aku tengah down, atau aku tengah happy.

Means, aku ada benda nak share dengan dia. Tapi dia tak available untuk aku. Atau secara sengaja atau secara tak sengaja dah abaikan aku di saat aku perlukan dia. Aku tak pernah mintak dia datang tempat aku pun, just mintak jadi pendengar je. Ajak borak pun susah ke?

Jadi bila lelaki buat tak layan bila kita perlukan dia, mestilah kita rasa orang tu tak nak dekat kita. Kalau dia nak dia akan make himself available. Lepas tu blue tick, tak cakap sorry. Its a big NO. Ketahuilah wahai lelaki, bila blue tick kan perempuan, sila cakap sorry.

2. Keseriusan dalam hubungan yang berkait rapat dengan perancangan masa depan.

Aku dengan Man dulu plan nak kawin lewat. Aku nak sambung belajar, Man pula lepas habis degree nak support keluarga dia beli tanah.

Jadi aku cakap kat dia “we take our own sweet time, tak perlu kejar nak kawin cepat2 macam orang lain. Kita capai apa yang kita hajatkan, lepas tu kita kawin”. Dan dia pun setuju.

Walaupun aku cakap macam tu, tapi dalam kepala aku ni dah fikir macam2. Contoh, kalau aku kawin dengan dia, senang lah nak balik kampung sebab negeri sama. Kalau dia nak duduk negeri kami, aku nak beli tanah dekat2 dengan kampung.

Tapi setiap kali aku cuba nak cuit sikit isu ‘masa depan’ dia xnak layan. Selalu kata “kita lambat lagi nak kawin”.

Memang lah lambat lagi. Tapi kalau betul2 nak kawin, nak bina rumah bersama, aku nak jugak mula kumpul duit sikit2 untuk beli tanah. At least, kalau lambat lagi nak kawin pun, tolonglah jadi motivator aku.

Banyak benda yang Man bagi alasan “kan kita lambat lagi nak kawin”.

Bila dia blue tick kan aku pun dia bagi alasan yang sama “kan lambat lagi nak kawin”. Face palm!

Memang tepuk dahi aku wehhh.

Kadang2 dia serious sangat, takde sweet talk even kadang sampai sebulan. Aku selalu bagi emoji bunga atau love kecik kat dia tapi dia tak balas. Dengan alasan “kan kita lambat lagi nak kawin”.

So, aku fed up. Aku tak tahu dia ni sayang aku ke tak sebenarnya. Aku confuse dia ni nak bina masa depan bersama aku atau tak? Bila aku cakap pasal masa depan dia tak layan. Mestilah aku rasa dia tak berminat nak bina masa depan dengan aku.

Tolonglah lelaki, kalau awek korang tengah berangan pasal masa depan, tolong layan (kalau korang serius nak kawin dengan dia). Jangan turn off kan awek korang masa dia tengah excited cerita pasal angan2 masa depan.

3. Bila raya, tak jumpa atau buat2 tak ingat pada awek.

3 hari sebelum raya, aku call Man ajak dia datang rumah. Katanya malu. Aku cakap takpe, datang waktu kawan2 sekolah aku datang, supaya parents aku tak suspect apa2 (parents aku kenal dia sebagai salah seorang kawan aku, bukan sebagai bf aku). Korang tahu dia jawab apa “tengok lah macam mana”.

Aku dah down waktu tu, tapi aku relax lagi, tunggu hari raya.

Bila tiba hari rayaaaa (nyanyi sikettt). Aku tunggu sampai ke petang, dia tak datang. Bila aku wasap, “takde transport” jawabnya. Tapi aku tahu je rumah dia ada motor, ada kereta. Kalau berebut dengan adik beradik sekali pun, takkan tak ada peluang untuk dia guna kenderaan.

Aku menangis hari raya sebab dia tak datang rumah. Tak cakap sorry pulak tu.

3 hari selepas raya, pun tak ada usaha nak jumpa aku. Kalau korang kat tempat aku apa korang rasa?
Dalam otak aku waktu tu, aku fikir aku ni langsung tak penting bagi dia. Kalau ye pun sibuk dengan family, takkan takde masa nak gi rumah awek yang hanya beberapa minit dari rumah anda.

Hari ke 5 raya, dia bagitau aku dia keluar ke pekan beli barang. Masa tu aku yang plan dating raya kami. Aku ni tegas sikit kalau bercakap so aku kata, lepas siap beli barang tunggu di kafe, aku akan sampai pekan dalam masa sejam lagi.

Kalau aku tak buat macam tu, memang jawabnya tak jumpa langsung bf masa raya. Dah la sejak lima bulan lepas kami tak jumpa.

Jadi masa ni, aku rasa dia langsung tak nak curi masa atau make time untuk aku. Aku rasa aku yang terlalu berharap untuk jumpa dia tapi dia tak berminat nak jumpa aku.

Maka, lelaki, tolonglah. Pastikan anda curi masa untuk diluangkan dengan awek anda.

Itu 3 persamaan antara confessor Si dengan ex aku, Man.

Sebagai awek kepada lelaki2 macam ni, bila korang buat macam tu, kami wanita ni rasa macam bertepuk sebelah tangan, rasa korang tak berminat dengan kami. And even worse, kami rasa kami je terhegeh2 nak kat korang.

Setelah lama aku bersabar dengan Man. Aku lost my rational, aku ceramah panjang kat dia. Last sekali aku cakap “bye”.

And that was the last “bye” for us.

He never turn back. And I never make a U-turn.

Aku ada dengar kawan2 cakap Man heartbroken. Tapi dia tak pernah usaha nak reconnect with me, tak cuba untuk berhubung dengan aku. Jadi, aku anggap dia dah move on.

Aku ada dengar jugak, Man masih single sampai sekarang.

Aku pun masih single.

Sampai sekarang belum ada orang yang boleh buat aku jatuh cinta.

Jadi kat sini, tak ada isu orang ketiga langsung.

Selepas berpisah, hampir dua tahun, kami berdua masih single.

Kami berpisah, sebab attitude issue. Aku harap mana2 lelaki yang bersungguh sayangkan awek korang, aku harap korang pandai tunjukkan rasa sayang korang. Action speaks louder than words.

Last but not least, selepas dua tahun, dalam hati aku, masih ada sedikit rasa sayang pada Man. Kadang2 aku rindu nak bercakap dengan Man. Tapi aku tak sanggup rasa sakit hati kalau terus jadi gf Man.

Aku sayang Man. Tapi aku rasa aku bertepuk sebelah tangan.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *