Jawatan “Coach” Kuruskan Badan

Hai, assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau confession ni tersiar.

Confession ini lebih kepada nak bagi pendapat pasal banyak iklan2 sekarang yang ala2 macam ni,

“Saya akan guide anda untuk dapatkan berat ideal yang anda idamkan, kami sebagai coach akan bagi cara pemakanan yang sesuai, cara workout yang betul, dan kita akan guide sampai semua boleh berjaya”

Ini kisah segala mak nenek coach yang ada atas malaysia ni la, since bila tak pasti tapi coach2 ni macam bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai betul ye coach2 yang ade di bumi malaysia ni.

First nak tanya la. Ape yang entitle awak untuk awak gelarkan diri awak tu “Coach”.

Boleh clarify tak sebab ape? Sebab bagi saya amalan permakanan ni kalau kita tak cukup zat ke ape kita akan direfer pada dietition yang sah2 ade di hospital awam dan hospital swasta.

Coach ni memang layak ke untuk lakukan ni semua, dah kalau orang tu dah kurus nak gemuk camne?

Mesti diet plan tak sama sebab misi setiap orang berbeza. Siap bagi tahu akan sediakan meal plan yang sesuai ikut keadaan masing2.

Kenapa sampai nak tentukan orang makan ape. Benda kat internet pon dah belambak cara makan sihat, suku suku separuh end up coach2 ni buat whatsapp group cari crowd end up bagi meal plan n folow up progress in certain time.

Saya tak kesah pon awak2 semua nak buat semua tu tapi kalau dah sampai beratus2 cas untuk 10 hari tak ke menganiaya.

Awak folow up dia dalam masa 10 hari je dan ya, awak rasa berkat ke dengan amaun yang awak charge dengan servis awak bagi.

Saya jadi geram sebab benda ni kena kat mak saya, orang tua kan ikut je orang cakap itu ini, kesahnya coach tu nak promote produk ****life dia.

Haa lagu satu tak boleh ke buat servis coach tu semata tanpa melibatkan produk MLM awak tu untuk lakukan produk awak.

Orang kalau jadi coach ni dia betul2 ikhlas untuk guide orang, bukan dengan cara selit guna produk kesihatan macam tu, nama pon coach.

Guide cara makan yang betul exercise yang sesuai tak salah. Cuma nak tanya ape kelayakan coach untuk buat camtu atau ilmu2 ni pon dari internet dan ajar orang balik je?

Sebab sekarang aku pon dalam fasa kurangkan berat badan n no such thing yang coach boleh buat sebab badan kita sendiri kita je tahu ape yang perlu untuk badan kita, ape yang badan nak, ape yang badan perlukan.

Incase nak contoh diet plan google pon banyak. Cara work out apps pon banyak.

Punya la coach di gym tu buat macam2 untuk dia layak kerja di situ end up coach untuk macam ni boleh buat online. Pelikkkk, serious pelik betul. Dia nak guide ni depan mata. Bukan secara online. Macam tak proper.

Coach camni dia guide kita in certain time je rasa nya pastu blah je kan. Dah kalau orang tu tak dapat berat badan ideal macam dijanjikan tu camne. Awak tak rasa bersalah ke scam duit orang camtu?

Kita nak kurus ke nak kempis ke mindset kita mula2 kena betul, kalau dah ade coach buat benda sama, result akan sama juga.

Tapi yela kadang2 yang beli pakej ni pon naif yela dah coach yang beriye kata nak bantu last2 terkulat2 buat diet plan sendiri. Tak ke aniaya orang camtu.

Yang dah berjaya dengan coach tu tahniah la. Aku kurang puas hati sebab coach tu cas mak aku 10 hari untuk rate 200-250. Ni kampung weh cik kak, bukan bandar kau nak cas mahal2.

Aku rase aku ade jugak pernah pm coach kt ig tu takdela rate harga yahudi sampai camni.

Siap harga tu untuk beberapa bulan kot tu tak kesah la bagi aku benda ni hype je lebih, kalau kita rajin google sendiri info ni akan dapat sama tapi yela orang tua nak sihat sanggup la bayar.

Itula nak komen, bagi aku coach ni pon bagus sebab nak ajar orang makan sihat tapi jadilah jujur, baru setahun jagung dengan kelayakan takde dah nak letak title coach tu.

Sebab orang nak jadi dietition ngaji sampai habis degree 4 tahun kau senang2 je entitle diri kau as coach. So tanya diri korang balik,

“Layak ke aku sebenarnya? ”

Sekian tu je luahan hati yang tak berapa gemar dengan certain2 coach ni.

Yang jujur thanks n tahniah. Untuk yang kurang jujur jawab la kamu di akhirat kelak.

– Kakak baju biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *