Aku dari universiti xxxxx .. Aku pernah apply nak masuk uia dulu tapi tak dapat. Apply ipta pon tak dapat..takde rezeki..plus,aku bodoh tak macam korang, huhu..
so last2 ditakdirkan aku dapat uni xxxx ni.
Aku jeles dengan budak ipta, uia especially .
Aku pernah datang uia sekali hari tu, pegi bilik kakak aku .
Pergh. Heaven siot.
Aku cakap heaven sebab , korang ade semua kelengkapan.
Makanan pun murah.Pergi kelas tenang. Jalan kaki 15 minit dah sampai .
Banding dengan aku,
Aku duduk rumah sewa. Dekat ampang. Setiap hari pergi kelas ambil masa 1 jam.Yelah paham paham jela, dengan tunggu bas lagi, tukar naik lrt lagi. Sewa memang mahal lah , nak sewa rumah murah , takde security, kalau lelaki boleh la kot.
Tidur memang kat lantai, bertilamkan toto. Sakit badan la jugak hahah.Kalau balik rumah je , rasa macam wahhh seronok gilaaa tidur kat katil yang empuk .
Nak pegi kelas , pun dah satu cabaran . Mengharungi lrt sesak satu hal , lintas jalan walaupun memang terang terang lampu merah bagi jalan untuk kitorang pejalan kaki , masih ada motor dan kereta kurang hajo yang tak nak berhenti. Jalan pulak sebesar alam, jalan utama yang sentiasa peak hour.
Kalau ade kelas malam, balik tu, hmmm. Memang berzikir jela dalam hati moga moga takde pape berlaku.Memang setiap kali jalan tu pegang payung kecik kot kot ada peragut ke. haha.
Dekat uia memang la korang kena lintas jugak tapi tak sedahsyat dekat kl. Serius weh korang kena bersyukur jadi budak uia. Suasana korang selamat ,aman , tenang. Nak pergi kelas pun ada burung berkicau.
Yang aku ni ha, bunyi pinpon pinpon motor kereta . Bau asap . ditambah dengan rokok orang2 tak bertamadun.
Tapi apepon ,aku masih bersyukur sebab ada tempat tinggal dan ada tempat belajar. Setiap kali pergi kelas, bila tengok pengemis dan orang yang tak berumah kat tepi jalan, ia akan mengingatkan aku bahawa aku sangat beruntung sebenarnya kerana masih punya tempat tinggal.
– Syazana Bukan Nama Sebenar