jelik trend hijabista instagram jadi artis

Salam, terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku kat sini. Sebelum tu, aku ni bukan budak UIA, tapi sebab IIUMC ni mendapat perhatian luas dan kemungkinan besar pendapat aku ni dapat sampai ke golongan sasaran, cukup buat aku happy.
Aku sebenarnya bukan nak confess tapi lebih kepada luahkan pendapat. Aku rasa terkilan sangat dengan kemasyuran yang dikejar oleh artis bertudung yang dikutip daripada instagram ni. Mana letaknya maruah korang ye? Di luar bertudung tapi dalam drama bawak watak penggoda. Contohnya macam dalam drama Dia Semanis Honey (dan drama-drama lakonan Mira Filzah, Mia Ahmad, Uqasha Senrose). Korang tau tak yang korang ni set example kepada masyarakat?

Pada aku, ada sebab kenapa penerbit dulu tak ambik perempuan bertudung jadi pelakon, sebab nanti ada batasan agama dan adat yang kena jaga. Walaupun dalam dunia reality memang ada perempuan bertudung yang tidak berakhlak tinggi, tapi adakah itu yang realiti yang ditonjolkan kepada penonton? Yang perempuan bertudung ni gedik? Suka berebut jantan? Aku sebagai perempuan memang malu weh.

Aku tak tipu, aku pun teringin jadi pujaan ramai, baik perempuan mahupun lelaki. Aku pernah je dapat tawaran jadi model muslimah. Tapi lepas aku pergi photoshoot, aku rasa dunia korang sangat plastik weh. Aku terus tak minat nak teruskan. Tak mencerminkan langsung imej muslimah. Lebih kepada kejar glamor.

Lama-kelamaan akan jadi satu penyakit dalam masyarakat. Orang akan menjadi semakin insecure dengan kehidupan artis instagram yang bertudung ni, yang nampak macam perfect. Padahal banyak defect. Cukuplah kot noh. Karang aku makin melalut.

– bukan hijabista

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

35 Comments

  1. Senangnya camnilah, pakaian tak melambangkan iman. Hidup zaman apa ni dah banyak kali diterangkan benda ni. Jangan expect yang tudung labuh semua baik, but at least diorang dah tunaikan kewajipan tutup aurat,walaupun diorang masih pilih untuk menunjuk

    • ‘Jangan expect yang tudung labuh semua baik’.
      Jgn terapkan mentaliti begini kepada masyarakat. Acap kali mereka yg enggan bertudung atau menutup aurat memberi alasan begini untuk melepaskan diri. Jika setiap kesilapan dibuat perbandingan tiada siapa yang layak menegur kerana setiap manusia punyai dosa.

    • Acap kali juga mereka yang enggan bertudung atau menutup aurat memilih untuk terus free hair disebabkan kecaman masyarakat. Tudung labuh je kena terus jadi alim dan baik sedangkan mereka sedang berusaha ke arah tu. Masyarakat kena sedar benda ni. Mereka nak melepaskan diri itu pilihan mereka. Kita memang kena saling mengingati jadi rasanya tiada istilah tiada sapa layak menegur? Dan perkara ni bukan tentang perbandingan kesilapan tapi perubahan yang berperingkat

  2. Sebagai seorang model bertudung, saya akui kebanyakan dari kami ni plastik. Tapi tak semua la. Tak semua orang gila glamour, tak semua orang fake yg macam awak tekankan td. Tp apapun luahan awak ni bagus sebab bole buka mata mereka yg dah elok2 berhijab tp kejar glamour & nama.

    Sekian dari sy,
    Bukan-instafamous
    Bukan hijabista

  3. Prtmanya jgn msukkan smue org dlam kotak kehidupan anda..mungkin anda mmpunyai asas agma yg baik..keluarga yg beragama..prsekitan dn skolah yg menitik beratkan agama..

    Dri ap yg anda post..mmg ad betulnya..cuma maafkan mreka..mreka dlam perubhan..dlam penghijrahan.. skirnnya mreka brmula dgn stu asas agama yg kukuh mreka x jdi pelakon (biasanya)…skrnya mreka bru benr2 fham agma..mreka brhnti brlakon (biasenya)…

    Dunia dh akhir zman, islam nk mula bngkit..smue org kembali trtarik dgn bwakan islam (muslimah antaranya)…rezeki buat mrka mmg tngh high…malaysia masih ketandusan pengarah yg brfikiran jauh mcm syamsul yusof, piere andre, murali abdullah…yg mreka nmpk..cinta dn cinta..

    Wallahuallam

  4. Mmg zaman la ni pelik pelik.
    Tapi lagi pelik bila kita ni ada pulak masa terluang stalk life diorg. Hahaha.
    Weh, uninstall je semua laman sosial.
    Tenang je hidup .. hehe

  5. Profession berlakon dikira sebagai menipu . Ia hanya dilakonkan oleh fantasi pengkarya novel . Melainkalah dia buat lakonan semula dari apa yang telah berlaku .

    Apa hukum sumber rezeki dari menipu ?

    Tepuk dada, tanya iman .

  6. Kdg2 sama ja yg brtudung atau tak, beza pd tudung je.. kalau betul nk tgok perbezaan org yg brtudung dgn yg x brtudung kena kembali ke zmn 80an, 90an, dan awl 2000.. dlu kalau tgok perempuan brpurdah pkai smua hitam pn dh gerun, skrg ni yg brpurdah pn ada yg kemain selpiaq.. mmg la kita rsa kecewa sbb mcm xde beza jea perempuan pkai tudung ke x, dunia sdg menuju akhir zmn, apa yg kita nk expect.. kita pn kdg2 ad jugak salah yg kita buat.. tp disebalik2 smua ni masih ada segelintir muslimah yg benar2 jaga.. kita x mampu nk ubah masyarakat totally, tp kita mampu utk ubah diri kita dan org sekeliling kita..

  7. sekarang banyak jee sis hijabista. pakai tudung labuh tapi pakai make up tebal, pakai contact lens yg bercorak, pakai purdah tapi suka selfie pamerkan semua gambar. secara langsung boleh menarik minat lelaki. memang memberikan imej buruk kepada muslimah tapi pandai2la menilai

  8. You are just jealous kot sbb tak secun mira filzah? Sbb kenapa u pandang perempuan sorang je yg salah? Kenapa tak pandang pelakon lelaki sekali? Rasanya pelakon lelaki pun ada buat adegan yg over. Tapi tkde lak org bising. Haha btw dont judge the book by its cover. Who knows walaupun they are famous, hati mereka lebih bersih daripada awak yg cold bitter heart. Tak semestinya kalau orang tu glamour, its a negative thing. Try to think it poitively. Hubungan dia dengan Allah kita tak tahu. So dont judge

  9. Diamlah kau. Cuba kau buat skrip. Boleh ke? Cuba hafal dial9g 50 muka surat. Boleh ke? Busybody betul. Tak payah menyibuk hal orang lain. Hidup kau memang penuh dengan hitam putih je. Boring sungguh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *