Jemaah Berbeza Dalam Satu Rumah

Rujuk semula tajuk dekat atas ni, aku nak cerita kisah aku di mana aku ni pelajar yang duduk jauh dari keluarga. Aku duduk dekat luar negara. Aku ingat duduk luar negara ni seronok, bebas – sikit.

Tapi hasilnya? Apa yang aku dapat ialah duduk luar negara ni banyak kena bersabar dengan orang sekeliling, lagi-lagi housemates aku sendiri.

Housemates aku ni semua dalam satu jemaah tapi aku pula tak ada kaitan dengan mereka ni.

Bila dah duduk sebumbung ni, banyaklah hal-hal berbangkit. Bila ada mesyuarat tarbiyah jemaah diorang semua aku buat-buat tak tahu. Tapi selalunya aku akan cuba lari keluar rumah, buat helah, ada hal.

Aku tak kesah sebenarnya, tapi aku rasa rimas. Rimas dikelilingi oleh orang yang selalu menilai diri kita, baik buruk kita, tahap keimanan kita. Aku rimas. Bila orang cuba nak korek rahsia kita, pendapat kita. Rimaslah senang cerita.

Aku tahu, tarbiyah ni bagus. Aku tahu. Aku tahu dakwah ni penting, aku tahu.

Tapi?

Bagi orang yang rimas dengan jemaah-jemaah ni, masuk universiti terus kena paksa masuk sana masuk sini, aku faham perasaan korang,

Aku faham perasaan bila tiba-tiba senior-senior datang rumah nak buat ‘perkongsian’ walaupun masa tu pagi-pagi buta.

Aku faham perasaan korang bila mereka ni suka tanya khabar tup tup lepastu ajak pergi program. Kalau takde program, takde pun nak tanya khabar, hai pun takde. Senyap je.

Aku faham perasaan korang bila keluar je mesti nak kongsi ayat-ayat Al-Quran ke, hadis ke, aku faham perasaan rimas tu.

Banyak lagi la kerenah yang merimaskan .

Tapi, sebelum korang semua nilai macam-macam, meh aku kongsi sikit pendapat aku sebagai ahli rumah mereka ni.

Kerja diorang ni susah. Kau ingat senang? Nak menyapa budak-budak baru dekat luar sana. Susah tau. Apatah lagi bila kena cuba dekatkan diri dengan orang yang beragama Islam tapi tak tahu apa-apa pun tentang Islam.

Korang semua cuba bayangkan, bila cuba nak menegur je, orang luar dah ada mindset ‘dia ni nak tarik masuk jemaah ni’.

Padahal bukan. Dia nak dekatkan kau dengan Allah. Itu je tujuan dia. Dia tak minta balasan apa-apa pun daripada korang.

Diorang ni selalu je menangis dekat Allah dalam solat diorang, sebab apa? sebab dakwah dan tarbiyyah tu. Kadang-kadang diorang terasa diorang dah gagal bila ajak ke usrah, tapi takde siapa respon. Kongsi hadis ke ayat Al-Quran dekat wahstapp, semua bluetick je. Macam tepuk satu tangan je tau. Syok sendiri. Tapi diorang teruskan jugak, teruskan berkongsi. Sebab man la tau tup tup tahu Allah bukakan hati korang untuk terima apa yang disampaikan ke kan??

Susah tau kerja diorang ni. Tak senang langsung.

Cuba la korang tebalkan muka, pergi cuba buat kenalan dengan budak-budak baru. Buat muka tak malu ajak keluar makan, belanja mahal-mahal, atau masak sedap-sedap untuk korang, samata- mata nak kongsi satu dua ayat, nak ajak bertadabbur. Korang ingat senang ? Keyakinan diri tu kena tinggi, muka tu ke tebalkan setebal kamus tu ha, tu pun belum tentu boleh beranikan diri lagi.

Ingat diorang nak sangat ke buat semua ni? Tapi sebab Allah seru suruh buat, diorang sahut seruan tu. Korang pulak??

Lepastu haaa, kena hadap pula orang yang judgemental, orang yang suka label orang lain semua. Luruh hati tau bila dapat tahu budak-budak baru yang kita sangka boleh ikut dakwah dan tarbiyyah dengan kita, tiba-tiba diorang yang dibelakang; cakap bukan – bukan. Haih, takpelah. Dugaan.

Aku mengaku, kadang-kadang cara diorang merapatkan diri dengan budak-budak baru ni salah. Dakwah tarbiyyah ni bukan sehari dua je, bukan bila ada program je, kiranya tak patutlah ada pihak yang cuba nak mempercepatkan proses ‘kenal-mengenal’ tu supaya lebih cepat boleh ajak ke program. Fuh, memangla kami semua akan fikir korang ni nak ajak masuk jemaah.

Dan bila set target budak-budak baru ni, tolongla, tolong la, kenal betul-betul. Rapatkan diri betul-betul. Bukan terserempak dekat tengah jalan terus ajak ke program. Tolonglah.

Budak-budak baru pulak, buka la hati sikit. Hidayah Allah ni banyak cara. Mungkin dengan cara ni la Allah nak sedarkan korang. Korang nak ke meninggal dalam keadaan korang tak betul-betul kenal Islam? Tak nak syurga Allah ke?

Hah, tu dia pendapat aku.

Pasal rimas selalu dinilai, diperhatikan tu pula, aku cuba pujuk diri. Aku ni duduk dalam lingkungan diorang, mestilah diorang nak aku terima diorang , nak aku tergolong dalam bulatan diorang. Diorang nilai semua tu nak tengok aku ni sedia ke tak. Kalau sedia, sesuai masukkan aku ni dalam level mana, supaya senang untuk bagi bahan perkongsian, takut tup tup kongsi benda yang berat, aku pula rasa taknak terima.

Hah, tu , pujukan hati aku . Aku duduk sini, aku susah nak bercerita dengan orang, sebab kepercayaan tu takde. Bila aku cerita, mesti nanti ada yang bangkitkan dalam mesyuarat diorang ke apa . Bukan Allah je tau yang menilai kita, manusia sekeliling juga menilai. Tapi tu untuk menolong memperbaiki diri kita. So tak apalah. Pujuk diri lagi.

Diorang ni nak sangat aku rapat dengan Allah betul-betul sampaikan diorang sanggup  bincang cara/ bermesyuarat macam mana nak pujuk, buka hati aku ni. Haih, kesian dekat diorang ni. Gigih betul.

Tapi nak buat macam mana…luruh hati tau bila dah percaya dekat orang tup tup tahu dia cerita macam-macam dekat ramai orang yang tak sepatutnya, tapi takpelah, tu masalah lain pulak. Mungkin tu antara nya aku tak boleh nak go dengan diorang ni. Kepercayan tu takda.

Lagi satu nak pesan dekat orang atas-atas ni, bila orang tegur tentang cara korang tu, terima. Jnganlah balas macam-macam, buat alasan macam-macam untuk betulkan cara korang tu. Stress tau tak. rimas.

Dan nak pesan juga, kalau ada bebudak yang dah tertarik dengan korang, tanya-tanyala khabar diorang, sekali seminggu pun ok. Bukan asyik ajak keluar berusrah je. Faham kan maksud aku?

Ha sebelum terlupa, bila aku nak gaul diri dengan jemaah lain, jangan la halang. Jangan la rasa takut ke apa. Diorang pun cuba terapkan Islam dalam diri aku ni. Bukan korang je betul . Bila korang cakap korang risau ke apa, buat aku tertanya-tanya, korang ni nak tegakkan Ilsma ke jemaah korang???? Kalau betul la Islam, mesti korang akan bantu aku kenal lagi dengan ramai orang bukan dengan jemaah korang je. Mesti korang galakkan aku berkawan dengan jemaah lain yang ada. Jemaah yang betul adalah jemaah yang bantu jemaah lain. Bukan bantu jemaah sendiri je. Hah tu lagi satu sebab aku masih tertutup hati nak terima korang ni.

Nah, habis dah luahan aku. Luahan budak yang baru belajar, belajar cuba memahami. Cuba pujuk diri. Belajar. Belajar duduk di bawah bumbung yang sama, tapi pendapat berbeza.

Oh sebenarnya aku tulis ni masa aku tengah rimas. Apa aku luahkan ni cermin balik semua benda. Aku sayang sangat dekat diorang ni rupanya. Pujuk hati.

Nak bagi tahu jugak, aku tak ikut satu jemaah bulat-bulat pun, aku hanya berkawan, berkenalan dengan ramai orang.

Islam tu indah, Islam tu satu. Kalau orang yang bangsa beza pun dapat terima Islam tu bersama, kenapa yang sama bangsa susah ? Mungkin tu masalah iman dalam diri yang dah rosak. Terapkan ajaran Islam tu dalam diri. Bukan dalam dakwah je. Kalau nila-nilai murni tu takde, betul ke beragama Islam namanya?