JEMAAH DODGY ?!

(Pertama sekali, terima kasih iium confession kerana menyiarkan perkongsian ini)

Bismillahirrahmanirrahim…

Khas buat pelajar baru yang akan menyambung pelajaran keluar negara, satu je pesan akak,

‘Jangan takut dengan jemaah’

Aku pelajar tahun kedua di salah sebuah universiti di luar negara. Buka semester baru ni inshaAllah tahun terakhir aku disana. Aku terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman aku dengan jemaah, yang kononnya ditakuti ramai.

‘Dodgy’… katanya!

September 2014,
Aku mula menjejakkan kaki di bumi Britain. Kami datang dalam satu kumpulan, jadi kuranglah rasa berdebar di bumi orang, malah terlalu teruja untuk berkongsi gambar dengan keluarga, meskipun hanya selfie dengan trolley dan luggage kuning 32kg aku dihadapan pintu masuk Heathrow Airport.

Tidak lama kemudian, kami melihat kelibat orang Malaysia, weh teruja sangat tak terkata! Itu akulah. Orang lain tak tahulah macam mana.Dah dua tahun duduk sana pun aku masih rasa seronok dan teruja apabila terserempak dengan pelajar Malaysia disana, tapi ada je masa yang aku segan, aku sorok-soroklah sikit.

Oh kembali kepada cerita jemaah yang kononnya ‘dodgy’ tu..

Pelajar Malaysia yang kami nampak tadi adalah akak-akak yang dah berhubung dengan kami sebelum kami tiba disana. Kami tahu je, akak-akak ni mesti daripada jemaah yang tertentu, tapi kami okay jelah, layan jela dah orang nak tolong kan? Lagipun, mereka banyak membantu kami dari pelbagai sudut, pendek kata dari A ke Z. Akak-akak tu datang dengan dua buah van, jadi muatlah untuk kami sumbat segala bagasi kami.

Hari pertama kami tinggal dulu di rumah akak-akak tu sementara menunggu kami menandatangani kontrak dengan ejen rumah disana. Kebanyakan pelajar Malaysia lagi suka tinggal dirumah berbanding kediaman yang disediakan oleh pihak universiti, katanya senang bila duduk sesama Malaysia, dan aku setuju sangat !

Hari pertama pendaftaran, akak-akak banyak membantu. Bawa pusing university, bawa ke bandar untuk membeli keperluan rumah, bawa ke bank dsb.

Baik benor akak-akak ni.. Baik sangat weh! Bagi kami makan, bantu itu ini, kalau aku belum tentu boleh buat benda yang sama macam akak-akak ni.

Seminggu sudah berlalu, boleh dikatakan setiap hari seorang akak tu akan datang bertanya khabar. Makin lama kami makin rapat, boleh dikatakan kamcenglah. Sebulan selepas itu, akak tu memulakan usrah dengan kami. Kami okay je sebab masa persediaan pun kami dah mula berusrah.

Dan aku, sejujurnya seorang yang nakal. Aku suka sangat sakat akak usrah aku dan kurang serius sewaktu berusrah. Hehe tapi akak-akak tu pun layan je perangai kitorang. Masing-masing ada karakter sendiri, ada yang suka usrah, ada yang mula memberontak, mula bagi alasan macam-macam untuk mengelak. Tapi aku, seorang insan yang cukup tinggi rasa belas kasihan, sentiasa menurut apa yang akak usrah aku cakap.

Cubalah berada di tempat aku, kalau orang dah selalu tolong, takkanlah takde seinci pun rasa terhutang budi kan? Jadi aku cubalah untuk menjaga hati mereka semampu yang boleh..

Beberapa bulan telah berlalu, makin lama aku makin aktif dengan program jemaah. Akak tu ajak aku ke program sana sini, aku ON je sebab aku memang seorang yang suka bergaul, aku tak suka terperap di rumah.

Bila aku selalu bergaul dengan akak-akak ni, aku sekali dicop ahli jemaah tu. Haha. Tak tahu nak rasa malu ke nak rasa bangga. Aku meme mentah lagi pada waktu tu. Dan semestinya, aku belum secara ‘officialnya’ sebagai ahli jemaah itu.

Ada je sebelum ni akak-akak senior yang dah lama duduk situ cerita macam-macam tentang jemaah tu, seram jugak bila dengar. Ada je kawan-kawan aku yang terima bulat-bulat dan memulakan seribu satu langkah untuk memagarkan diri, takut terjebak haha kelakar bila ingat balik. Aku bukan yang jenis hadam seratus peratus apa yang akak-akak tu bagitahu, malah aku teringin untuk explore dengan lebih dalam dan kaji sendiri fakta dan auta yang aku dah dengar sebelum ini.

Ada orang kata, orang jemaah ni datang macam chipsmore je, kejap datang kejap hilang. Tapi akak usrah aku tak! Dia selalu ada dengan aku, waktu aku susah dan senang. Lama-lama aku dah tak rasa macam adik usrah, rasa macam kawan baik dia..
Dan kebetulan, ada titik persamaan antara kami, iaitu dua-dua baru je mengenal tarbiyah selepas dah fly.

Bukan nak bangga, tapi sekadar perkongsian supaya dijadikan teladan buat semua…

Aku dulu masa tahun pertama, masih jakun dengan dunia sana. Semua orang jalan macam belangkas, kalau kau jenis jalan lenggang kangkung memang kena ‘excuse me’ dengan dorang (selingan). Tu baru pasal berjalan, belum pasal fashion, coffee shop dsb. Fuh memang mencabar.

Aku mula berjinak dengan skinny meskipun baju aku labuh-labuh je. Skinny ni, senang sebab nanti nak pakai boots nampak kemas. Murah pun murah jeans, tshirt, blouse labuh dsb lagi-lagi kalau shopping di Primark.

Makin lama aku makin rasa kurang selesa bila keluar dengan akak usrah dengan pakaian aku yang macam ni. Memanglah tutup litup, dan bila tengok pelajar Malaysia lain, budak-budak pakistan sini pun pakai sama macam aku. Tapi akak-akak ni sempoi je pakai macam dekat Malaysia, pakai tudung bidang 55/60, pakai skirt, pakai jubah…

“Benda ni buat aku terfikir sejenak, betul ke apa aku pakai ni. Dah berbulan aku ikut usrah, tapi aku still pakai skinny. Tegur budak laki tanpa segan silu, ahh betul ke aku ikhlas nak ikut jalan tarbiyah ni?”

Lama kelamaan aku mula melabuhkan shawl aku, mula menukar skinny dengan jeans longgar dan kadang-kadang skirt atau jubah. Mula-mula awkwardlah jugak, tapi bila kita dikelilingi orang yang berpakaian sama dengan kita, hati ni mula rasa yakin, alhamdulillah..

Tu cerita jakun aku dengan pemakaian sana, alhamdulilah tak lama pun aku dengan skinny tu. Tapi bila belajar di luar sana, ada benda yang lagi menjakunkan aku. Yakni, pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Kalau dekat Malaysia kita segan nak bawak lelaki/perempuan bukan mahram masuk rumah, lepak malam sampai pagi, siap ada yang bagi menginap .. (nauzubillah), tapi kenapa bila dekat overseas kita dah tak pandang benda tu salah?!

Mungkinlah sebab aku dah ditarbiyahkan, (Syukur atas nikmat itu), boleh jadi je kalau aku tak follow usrah dan bergaul dengan kawan-kawan yang baik, aku pun boleh anggap benda tu tak salah.

Yelah, lepak je kot? Siap makan semua balik ah!

Oh tidak, tolonglah rasa bersalah sikit. Memang, tak sampai tahap zina. Tapi terang-terang Allah dah bagi amaran, JANGAN MENDEKATI ZINA. Tambahan lagi, tak semua housemates kau boleh terima kau bawak keluar masuk boyfriend/girlfriend kau, tak semua rasa selesa dengan benda yang salah tu. Memanglah, dosa pahala masing-masing, tapi kawan yang baik takkan biarkan kawan mereka hanyut, jauh dari tuhan.

Dan inilah realiti sebenar, pelajar diluar negara. ‘Struggle’ yang sebenar, selain struggle untuk membawa pulang segulung ijazah…

Sedikit demi sedikit aku mula sedar yang secara tidak langsungnya tarbiyah sedang merubah diri aku. Bermula dengan rasa kesian dengan akak yang banyak tolong, kepada rasa izzah dengan jalan yang aku dah pilih. Hanya aku yang tahu dosa dan salah silap masa lampau aku. Aku tekad, nak ‘top-up’ balik dosa dan kesalahan lama aku dengan sebanyak mungkin kebaikan. Memang hidayah milik Allah, tapi kita sebagai manusia hendaklah berusaha, cuba lapangkan dada untuk menerima kebaikan yang mengetuk ngetuk pintu iman kita.

Berkenaan jemaah ni, tak perlu dijadikan isu pun. Jemaah hanyalah medium untuk kita berubah. Lagi-lagi bila berjauhan dari keluarga dan masyarakat majoriti Islam. Kenapa wujudnya banyak jemaah sedangkan kita nak perjuangkan agama yang sama? Aku bagi analogi seberkas lidi. Andai lidi tu cumalah satu, agak-agaknya kuat ke? Fikir-fikirlah sendiri.

Ada juga yang cakap,
”eleh, ada je yang tak ikut jemaah, tak ikut usrah, baik je aku tengok“

Ya, memang baik je. Aku ada je kawan yang macam tu, duk dalam bilik, layan movie, layan games, kadang-kadang ke bandar, cuci mata atau lepak-lepak di coffee shop. Dan ada juga yang solehah, solat on time, puasa sunat setiap minggu, alhamdulilah syukur buatnya yang masih dijaga Allah swt.

Tapi buat aku sendiri,
Aku ngaku aku lemah. Tak kuat. Kadang-kadang aku rasa nak buat benda baik, kadang-kadang rasa nak kembali ke zaman jahiliyyah. Ahh itu struggle aku!!

Sebab tu aku suka berjumpa dengan ahli jemaah yang lain, seakan iman aku ter-recharge sendiri. Masing-masing membawa qudwah yang baik, ada je masa lapang, mereka akan guna untuk membaca Al-Quran atau menghafal surah-surah dalam juz amma.

Aku yang dulu ? Sibuk duk scroll fb, insta, sibuk dengan hashtag travel aku dsb.

Panjang aku cerita sejarah tarbiyah aku, even sampai sekarang pun aku masih struggle lagi untuk betulkan diri aku. Bermula dengan penampilan, pergaulan, tingkah laku dsb. Aku cuba mana yang mampu. Bermula dengan block followers lelaki di insta, tu kira sekecil-kecil effort aku, seterusnya aku cuba istiqomah pakai stokin dan armsock dll.

Dan proses tarbiyah ini takkan berhenti pun, sampai kita mati.

Buat insan yang cukup allergy dengan jemaah, aku nasihatkan agar korang buka hati korang selapangnya. Siasat dahulu, jangan terus block diri korang. Akan ada jemaah yang sesuai dengan diri korang, carilah sampai kau rasa selesa. Jangan jadi macam aku, setahun aku bazirkan masa untuk mencari kepastian, walhal aku sepatutnya dah boleh mulakan kerja dakwah seawalnya.

Dan buat anti-jemaah yang tegar, aku nasihatkan korang, janganlah takutkan orang lain dengan cerita-cerita pelik. Kalau kau tak mampu nak berdakwah, jangan sekat orang lain untuk buat kebaikan. Cuba-cubalah promote sikit, kau pun dapat tempias pahala, ye dok?

Dulu aku rasa janggal dengan perkataan dakwah, tarbiyah dsb sebab aku pun asalnya dari keluarga yang biasa-biasa je tapi bila diberikan kefahaman yang betul, aku makin yakin dengan fikrah yang aku bawa, dan kerja-kerja dakwah ni bukannya untuk orang lain pun, untuk saham akhirat aku jugak.

(Doakan aku terus tsabat di jalan ini)

Pesan terakhir aku,

“Jangan rasa takut dengan jemaah.”

Tu je.

Wallahua’lam.

– Mek

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit