Assalamualaikum semua.
Wah rancak benar topik jemaah ni ya.Masing2 pakat share post confessor sebelum ni dan masing2 lontarkan pendapat dan pengalaman masing2.Aku gigih baca semua tu, aku baca!
Aku jujurly la kan tak berapa gemar nak sembang pasal benda ni tapi entah tergerak pulak nak kongsi hal yang aku alami yang bersangkut paut dengan jemaah ni.
Unlike the previous confessor,aku ni tidaklah dilahirkan dalam keluarga yang mak ayah ikut usrah pun.Tapi parents aku memang menitik beratkan hal2 agama.Very strict especially bab solat memang tak dak kompromi la woi.
Alhamdulillah aku memang since tadika lagi dah dihantar ke sekolah tadika agama (private) yang mahal jugakla yurannya bagi aku dan keluarga sebab kitaorang bukan orang berada pun.Tapi disebabkan kesungguhan mak ayah aku nak terapkan didikan agama diaorang korek jugakla duit hat mana ada untuk hantar jugak aku ke sekolah tu.
Tamat tadika,aku pun dihantar ke sebuah sekolah rendah agama.Sampai SPM aku still sekolah kat situ.
Ceritanya bermula bila aku masuk sekolah menengah,itulah first time aku dengar perkataan usrah murabbi apa semua tu lah.Syok je wey join semua tu sebab aku ni memang jenis yang suka dengar ceramah ke talk apa semua.So bila ada sesi usrah tu aku rasa fun je benda Ni sebab aku dapat dengar sharing session yang macam2.
Sampailah aku masuk form 3 tak silap aku,aku diassign untuk bawak usrah.Aku ok je la memang tak terpikir apa2 pun sebab aku memang salah sorang ahli badan kepimpinan sekolah kan,so kalau diassign untuk lead apa2 ke aku buat je lah.Termasuklah yang bawak usrah tu sebab aku agak tu termasuk dalam jobscope aku sebagai pimpinan Sekolah.
Masa tu,barulah aku tau rupanya sekolah aku tu under sebuah jemaah ni dan ternyata komitmen aku untuk bawak usrah kat sekolah tu sebenarnya kira permulaan kepada aku untuk terbabit dengan jemaah tu.
Aku tak pernah ada isu apa pun bab jemaah ni sebab ini first time aku terlibat kan so aku on je la.
Tapi jujur aku cakap,sejak itulah aku mula jatuh cinta dengan Allah dan Islam yang sebenar2nya.Sejak daripada itulah aku dapat rasakan apa itu ikhlas yang sebenar.Rasa tau,bukan tahu apa itu ikhlas,tapi merasa sendiri apa itu ikhlas.Kalau tak en before this,aku solat tu solat tapi aku tak ada rasa apa.Dia cuma rasa kalau tak solat rasa takut sebab aku tinggal pasti diseksa nanti.Tapi kini tidak lagi.Aku boleh rasa ada satu communication yang tulus antara aku dengan Allah.sampai satu tahap,aku rasa tak sabar nak tunggu masuk waktu solat.
Alhamdulillah sekarang aku belajar dekat mesir dah ops kantoi dan masih lagi ikut usrah yang sama aku ikut sejak sekolah.
Dan sampai ke hari ini,setakat berpuluh2/beratus2 (aku tak pasti berapa haha) usrah atau program ke apa ke,tak pernah walau sekali ada disebut tentang keburukan jemaah orang lain.Bahkan aku dan usrahmate aku selalu diingatkan untuk jaga hati kami baik2.Jaga lintasan hati dan sangkaan hati kami baik2.Kami selalu diingatkan supaya tidak merasakan kamilah yang terbaik walaupun sedang berada di atas landasan yang baik dan tak perlu berdiskusi tentang kelemahan jemaah yang lain sebab itu hanya akan merosakkan iman.Fokuskan je tentang pembinaan iman kami.
Wah rajin jugak kau baca sampai sini ya.Ok aku sambung lagi.
Bermula dengan usrah la aku belajar macam mana cara untuk mujahadah melawan hawa nafsu untuk improve kelemahan aku.Selalu merasakan yang Allah tu ada dengan aku,yang selalu beri harapan pada aku,selalu dengar doa2 aku.ah sedih pulak rasa. :') banyak la kalau aku nak listkan tapi malas la kan sebab kau kena lalui sendiri baru kau tau apa yang membuatkan orang2 yang ikut usrah terus menerus konsisten dengan usrah.kalau stakat cerita dekat iiuk confession ni kau tak akan dapat faham pun feel sebenar.
Aku tak salahkan confessor sebelum ni atau orang2 yang memang ada stigma negatif pasal jemaah sebab aku yakin mereka mesti alami sesuatu yang membuatkan mereka serik masa first time mereka kenal usrah tak pun first time orang usrah yang kau kenal tu tak potray imej yang sebenarnya.
Macam aku,yang membuatkan aku terus stay dengan usrah sampai hari ini walaupun family aku tak ada pun yang ikut usrah ialah sebab aku kenal Allah dan Islam dulu baru aku kenal jemaah yang aku ikut.aku puji la naqibah aku dulu sebab matlamat dia jelas,dia nak bawa aku pada Allah so dia kenalkan aku pada Allah dulu baru jemaah.so aku pun berlapang dada menerima.
Bila aku dah kenal dan faham konsep jemaah aku,baru aku sayangkan jemaah aku sebab aku faham konsep jemaah ni bukan matlamat,tapi hanyalah sekadar medium.bila kita faham konsep jemaah ni dengan baik,kita tak akan benci atau ada tanggapan negatif la.
Dengan usrah la aku lebih berdisiplin dengan amal ibadah aku.naqibah aku rajin weyh duk update aku,qiam ke idok minggu ni status fb berbaur islamik rancak dah kalau tak qiam macam Apa je kan kehkeh.so aku pun jadi lebih aware la supaya tak jadi manusia munafik.bila aku tak qiam ada orang ingatkan.kalau aku tak ikut usrah,ada ke orang suka suki tetiba wassap kau tanya qiam ke tak?
So kesimpulan daripada aku,kalau kau ada bad history dengan benda2 usrah ni,orang lain mungkin tak kena bahkan berubah menjadi lebih baik setelah ikut usrah.jangan dipesan pada orang supaya jangan ikut usrah,tapi pesan pada dia,cari Allah dulu melalui usrah.kalau diintroducekan dengan benda lain dulu tu maknanya ada something wrong la dengan usrah tu.usrah tu je,bukan usrah yang lain.okeng?
Semua orang tengah struggle cari Allah sekarang,antara cara ialah dengan ikut usrah.so jangan diganggu perjalanan orang mencari Allah.kau mungkin ada cara kau sendiri tapi tak perlu condemn orang.apa yang tak kena,kita sama2 betulkan la sebab kita semua cari Allah kan?cara je lain2.
Macam tu je lah cerita dari aku.aku sekadar berkongsi kisah aku.aku tak mampu betulkan stigma kau terhadap usrah ke jemaah ke apa cuma nak ajak betulkan semula niat dan tujuan kita untuk buat apa2 pun.
Tu je lah penat dah aku taip ni panjang betul.Assalamualaikum dan selamat hari raya!
– Oh Bintang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
serius kau sekolah rendah agama smpi spm? woow!
Sekolah agama Private
serius sekolah agama private mcm tu? knpe la ak xthuu
Bnyk je area kl..tp fees mmg mahal..kt tmpt ak demand sgt tinggi smpi tpaksa interview student and parents utk pilih yg terbaik
Ouh mmg family berduit jela bole masuk. Fehh
Ok. Ni budak sekolah Al-Amin/Al-Hiraq/ segala Al2 yg ada.. haha.
Mybe under Ikram/Isma.
Tahniah.
mmg diakui, dgn panduan jemaah, kita dapat jaga diri kita sedikit sbyk. Kalau tersilap, ada rakan sejemaah yg tegur.
Hahaha agree dohh. Time baca pun dah boleh agak. ?
Kepada saudara/saudari confessor..
First saya nak minta maaf..
Cuma ada sedikit pembetulan yg patut kita betulkan dlam tutur kata kita.
Penggunaan perkataan ‘mencari Allah’ adalah tidak sesuai, kerana Allah bukan lah sesuatu yang hilang, malah Allah bukan sesuatu. Jadi lebih molek dan elok digunakan ‘mengenal Allah’.
Terima kasih.
Bg sy tu hanya mainan bahasa je.. Mencari Allah bukan makna Allah hilang literally, tp cari Allah yg hilang dari hati kita
ni namanya balaghah
Dua dua betul. Marilah raikan pendapat ☺
eh sume bnde nk salah serabut la…
Balaghah je tu.
Atiqah Amanina Mashudi Hasmah Darwish Fatimah Mohd Yusof Farafisha
Haha..ni satu lagi..kbai..saje je
Hahahah. Jumpa jugakk. Tggu hg mntned baru baca. Ikikiki. Indahnya hidup bersahabat.hehe
Blank skjp bc
bestkan….nikmat kemanisan iman
Hannan Asyraf Kamil Asyraf Damd Ahmad Mohamad MusIim Mohamad Irham Mukhtar . Okay jom jaulah antum sekalian ✌
So, kita x boleh kata hanya usroh jalan kita menuju tuhan… tapi xleh tolak apa2 medium
Fatin Humairah Zainuddin Siti Nuratiqah Insan Biasa
Indah Athirah ke tuuuu? Hahahaha cc Nur Ainina Zafirah
no comment. heh ?
Ammar AzRia Alif Azhar baca ni
Kenal Allah? Mcm awk kenal allah? Dalami x sifat Allah? Sy bukan apa manusia suka sgt kejar kepada syurga pahala tp dia lupa dia tak kejar allah.
Mcm mana awk nak bg pencipta kenal awak???
A. Buat ibdah cukup
B tahu sifat dia detail dan nikmat kenal allah
Jawpaan dia b dulu.
Sy bukan sape2 sy hanya manusia yg nak juga kejar syurga pahala mcm awk semua tp satu sy sedar sy tak kejar Allah.
Dalami ilmu tauhid awk dulu. Sebab dr situ kan kita akan didik selama ni ibadah kita hanya utk dia. Bukan kejar ganjaran dan takot neraka. Bab usrah tu ketepikan dulu. Cari allah dulu. Mcm mana? Dlami ilmu tasawwuf cari tok guru.
Selalu usrah betulkan akidah dan ibadat. Tp sy nak tekankan cuba lepas ni usrah bawa manusia kenal allah dulu. Cadangan sy klu betul awk nak stay usrah
betul tu.. mula2 baca rasa pelik cemana melalui usrah boleh betul kenal Allah.. walhal utk mengenaliNya (awalludin makrifatullah) ia perlu mengenal diri dan berguru dgn yg mursyid dan bersanad..
lately byk komen n post psl sufi n tasawuf ni.. blh kongsi2 tak..
https://www.youtube.com/watch?v=RmpBbOw86_I
Tujuan dia nak bersihkan diri dan rapat diri dgn Allah.
jalannya?
Ya, begitu yg sepatutnya Ummu Nisa.. ?
Nurul Syuhadah
kau ke amal…??????
Akak. Smlm satu hr kat dapo sis xsempat
Tp xsemua usrah mcm tu, mungkin rezeki sistur jumpa usrah yg betul2 tulen dn berkualiti..
Aku pun dibesarkn dlm environment mcm tu, dr tadika sampai spm skolah agama private, termasok few tahfiz..tp nk jumpa yg betul2 tulen islamik tu susah..
Ntah, kdg rasa xde beza pun skolah agama atau tak..mcm sy, sy lebih prefer org yg zahir nya biasa2, tp dia jaga kita dgn cara tersendiri..mungkin sbb trust issue..and selesa dan rasa dekat..
Usrah is one way utk disiplin kan diri, tp ada je cara lain~
P/s : geng usrah, mintak maaf kalau terasa, sy bukn anti-usrah, tp sbb bad history environmnt yg zahir nya saja yg islamik yg buat sy jauh dgn golongan ni..tp tak semua laa kn..mcm sy ckp, rezeki sistur jumpa usrah yg betul2 usrah dan org baik yg betul2 baik.
Asked Blurr
semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah. amin
amin.. doakan ana ya shbt
insya Allah . .
#mohonkahwinibibah
#bibahbaik
ilahilas tulilfirdaus
chua
Maerzad Nazha, Muhammad Afiq
Nursyazwani Che Noh
Fahmi Nur
budak musleh.
Ikut usrah terus claim mengenal Allah? Bukti? Dah pernah belajar ilmu tasawwuf secara mendalam ke? Adakah sekadar delusional bak kata Richard Dakwkins?
Mustaqim Mohmad