Jerat Towing Dan Kuncu

Semalam lalu satu post di wall FB ku mengenai towing… Kereta yang accident dia sampai hanya dalam masa beberapa minit. Datang bukan nak tanya keadaan okay ke tidak tapi ada niat lain.

Salam warga IIUMC. Nama panggilan saya Sue. Berusia 39 tahun. Biasa saya baca pengakuan warga IIUMC tapi kali ni saya rasa terpanggil pula nak buat pengakuan padahal saya malas nak taip panjang-panjang. Saya suka membaca tapi agak malas menaip.

Tapi disebabkan saya terbaca satu artikel ni semangat saya naik untuk menulis panjang. Khas untuk pembaca IIUMC semua. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Begini ceritanya, tanggal malam raya Aidilfitri 2002 saya, sahabat saya Nuyu dan pak sedaranya dari Kuala Lumpur bertolak balik kampung di pantai timur untuk beraya. Kami naik kereta pak ciknya Toyota Corolla lama dulu-dulu.

Malam tu jalan sesak sebab pakat last minute nak balik beraya ke pantai timur. Saya lupa jalan apa nama apa sebelum menghala ke lebuhraya Karak tu, kereta kami naiki rileks je.

Memang kereta bersusun-susun. Jalan pun slow-slow. Ada ruang yang boleh laju pakat lajulah.

Sepanjang jalan saya dah nampak beberapa tow truck. Saya terfikir bagusnya pekerja towing ni malam raya pun standby buat kerja kot-kot kereta customer rosak kan senang diorang dah standby towing.

Bila kereta pak cik Nuyu nak sampai ke simpang, tetiba sebuah kereta secara sengaja membrek mengejut di hadapan kereta kami. Kereta Waja kalau tak silap.

Tersentak dengan kereta di di hadapan terus pak cik brek mengejut. Kereta tersebut u-turn dan lari. Manakala kereta pak cik aku terdengar bunyi berdentum daripada belakang, kereta Wira hentam.

Kereta lain pula hentam Wira. Belakang kereta Wira ada 4 lagi kereta lain hentam sesama sendiri. Pakat-pakat hadapan dan belakang kereta rosak semuanya.

Belakang kereta pak cik Nuyu jenis besi lama jadi takdelah teruk macam aku tengok kereta belakang kami Wira tu bumper dia terangkat tinggi.

Paling tak boleh dilupakan dalam kereta Wira ada ramai satu family nak balik kampung beraya. Baby yang kecik dok depan menangis-nangis.

Satu family dia trauma disebabkan hentaman yang kuat hadapan dan belakang keretanya. Semua 5 buah kereta yang kena turun check kenderaan dan family masing-masing.

Bingit keadaan waktu itu dengan tangisan anak-anak kecik yang tidak mengerti apa-apa. Kami pakat lapor diri ke balai polis yang berhampiran.

Keadaan kami pula? Akibat pak cik Nuyu brek mengejut badan Nuyu terkedepan dan kepala Nuyu hampir tersembam ke dashboard. Tapi tak kena sebab pakai tali pinggang.

Aku pula dok seat belakang Nuyu, kepala dan leher ku tersembam kat seat Nurul, ada bunyi krakkk… Pak cik tak kena apa-apa tapi pak cik gabra sebab benda berlaku dalam keadaan tidak dijangka.

Selepas buat laporan polis di balai terdekat, pak cik Nuyu drive macam biasa menghala ke pantai timur selepas menempuh perjalanan yang panjang hampir puluh jam kerana kesesakan lalu-lintas.

Pak cik hantar aku balik kampung aku dulu baru diorang bertolak balik ke kampung mereka.

Sampai di kampung aku rasa lain macam tapi tak tahu lagi. Aku tidur. Bangun je daripada tidur aku nangis kerana kepala ku terteleng dan tak boleh betulkan.

Family ku tengok leher ku bengkak kuat. Pagi raya tu kami terus ke rumah mak saudara aku tukang urut. Dia urutkan alhamdulillah aku sihat sampai sekarang.

Beberapa hari kemudian aku terbaca dalam akhbar tabloid mengenai pengakuan seorang dipanggil Call Man iaitu orang yang mengatur kejadian untuk buat sesuatu accident di jalanraya dan seterusnya towing akan datang. Kira towing akan bayar Call Man suruh buat accident.

Call Man ni seorang Melayu, bercerita dia menyesal seumur hidup kerana menyebabkan satu family 5 orang meninggal atas jalanraya kerana kereta mereka terbabas. Cara Call Man ini buat dengan menabur paku atau menyimbah minyak atas jalanraya.

Bila kereta-kereta lalu kena paku atau licin dan terbabas. Towing datang. Untung sangat lumayan atas perbuatan-perbuatan ini.

Tapi Call Man ni cerita nasib dia hari tu tak baik, satu family 5 orang meninggal dunia. Daripada kes itu Call Man ni berhenti daripada kerja tersebut dan bertaubat menyesal seumur hidup.

Pengajaran daripada cerita aku ni, lain kali kita kena alert kalau berlaku macam ni. Towing yang pertama datang itu mungkin suspected. Tangkap gambar mereka, tow truck mereka dan lapor pada polis.

Harap pada pihak kerajaan dan pihak berwajib kenalah hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. Nyawa manusia memang sudah ditakdirkan Allah swt untuk diambil bila-bila masa.

Meninggal dengan cara lain boleh terima lagi tapi ini ada unsur sabotaj yang terang-terang berlaku dan jika dibiarkan ia akan disengajakan sampai bila-bila.

Apa pendapat dan saranan anda kepada kerajaan mengenai perbuatan ini?

– Sue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit