Jgn Perkecil Course “Pelik”

Aku kesian baca confession adik2 yang dihina dan diejek sebab ambik course yang orang tak pernah dengar. OK nie explanation kpd rakyat Malaysia yang masih mengejek adik2 yang ambik course Early Childhood Education, course Library Management, Pertanian, Speech Therapy atau Occupational Therapy dsbnya.

Utk pengetahuan anda semua, course2 nie "pelik" nie semua dah lama famous di universiti-universiti luar negara. So, ada SEBAB dia kenapa negara kita wujudkan course2 nie kat IPTA/IPTS, bukan benda-main. Bukan sesaja suruh budak kita belajar benda tu. Contohhhhhhnya kan.

Course "speech pathology". Atau course "Occupational therapy".

Aku pun masa mula2 dengar diorang ambik course tu aku pun pelik jugak sebab tak pernah dngr ntah apa ke benda engkorang belajar ni. Tapi sifat aku takde la aku ejek or hina diorang aku just ye kan je lah

thennnnnnn

oooohhh baru aku tau rupanya orang2 yang berkelulusan Speech Pathology dgn Occupational Therapy ni la yg duk tolong kanak-kanak autisme (istimewa) Dan macam-macam lagi. Rupanya kalu kat Australia US UK dah lama dah wujud set set nie, sebab tu diorang Sgt advance bab membantu golongan kurang upaya atau "lain" macam autisme semua tu. Semuanya daripada course2 yang "pelik" nie la

So diorang nie la yg korban masa korban malu korban minat main utk BELAJAR came nak handle kanak2 dan individu yang tak normal macam kita. Kau sanggup belajar benda tu? Tak kan? Semua org pandang kat course mcm medik/law/accounting/engineering je. Seksok dapat anak yang ada masalah dalam development dia, baru kau tau ohhh negara kita nie tak cukup Speech Therapist, tak cukup Occupational Therapist, baru masa tu kita complaint apasal kerajaan tak bangunkan bidang ni

tu diorang tgh bangunkan la! eh emo pulak aku. BTW aku bukan penyokong mana2 parti ya, aku neutral

so kpd yang ambik course2 yang orang tak pernah dengar tu, please feel proud! Course korang tu if kat oversea memang dah lama maju dan famous sebab tu diorang dapat bangunkan byk infrastukfur until pelbagai bidang

Ha yang Early Childhood Education tu pulak,ada orang gelakkan korang ye sebab ambik course pasal kanak-kanak (?) OK nah cakap kat diorang, course tu wajib hoi if Di oversea!

If di Australia, kau takleh jadi "pembantu" taska pun kalau kau takde sijil/diploma dalam Early Childhood Education tue.Ramai orang Islam di oversea ni yang berhempas Pulas pegi belajar course Early Childhood Education tu sebab if takde sijil tu, memang kau takleh kerja di nursery/tadika. Di sekolah apatah lagi. Guru2 sekolah rendah mmg kena belajar jugak course tu, sape nak bukak tadika/rumah asuh pun kena ada certificate tu (lagi tinggi punya). Diorang keluar duit sendiri semata mata nak GI belajar course Early Childhood Education nie, study berbulan2 lah jugak if yang sijil tu. Yang diploma lagi lama la.

Point aku ialah, course tu LEGIT. course tu DIIKTIRAF walaupun kau tak pernah dengar eh menatang apa kau belajar nie mek, cam belajar nak jadi cikgu tadika je

Jangan sedih OK adik-adik, kat negara maju orang pandang tinggi ye if adek ada sijil/dip tue.Akak ada degree dalam bidang professional tapi akak langsung tak layak until kerja di tadika sekalipun (di sini) sebab akak tak ada sijil & diploma in benda-benda tu semua. Degree professional akak tu diorang tak pandang langsung padahal utk kerja dgn budak2 je pun. U see? That's how serious it is bidang yang awak tgh belajar ni

Tak kisahla Library Mgmt ke, Pertanian ke, Culinary ke, semua tu adalah SERIOUS matter. Ada sebab dia kenapa kerajaan dah slowly ambik intake dalam bidang2 nie.

Kita kena respect Dan salute adik2 nie sebab sanggup dan REDHA ambik course yang orang tak pernah dengar

Sanggup ambik course yang sedara Mara akan ejek

Sanggup ambik course yang orang tak pandang sebelah mata pun

Yet, di negara-negara maju course tu dah lama dibangunkan dan dah ramai yang graduate and buat income lumayan sebab memng ada SHORTAGE. Diorang boleh charge mahal sebab memang tak ramai orang ada kepakaran/ilmu dalam bidang yang dia belajar tu.

All the best kepada adik2 semua ya, to others please jgn rendahkan mereka lagi

– Anastasia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

26 Comments

  1. Haii… Saya ex student occupational therapy… N sgt berbangga.. Walaupun org selalu tertukar kami sebagai fisioterapi…its okey.. Disebabkan saya terjebak dengan course pelik ni la sy dapat tau byk bnda yg org xtau..lebih2 lg pesakit kami ni pelbagai… Paediatrik, psychiatric, geriatric, orthopaedic, neuro…etc… Course ni seronok sebb dpt main dgn kanak2 special..dpt main kejar2 dgn pt hyperactive..kalau bertuah siap dpat pakej penendang atau penumbok dari dorang , dpt layan kpala pt psy layan dorang karok, dpt blaja buat karipap,aiskrim, dgn pt…malah pt psy tlg ajar sy siang ikan keli ..cikgu xpandai. Sy dpt blaja mnjahit utk pt burn.. Sy dpt buat splint tuk pt orthopaedic…seronok tapi leceh…sy blja buat kasut utk pt ctev, N sgt bguna utk seharian… Utk pntau pkembangan anak sy, sy blh tlg atok sy yg xsihat, sy blh tlg kwn2 yg stress, sy blh share dgn mak sy tntg penjimatn tenaga (bkn elektrik k).. Mcm2 laa.. Owhh terlebih excited..sebb sy sgt suka couse sy… Tapi sekrg saya suri rumah so jadi occupational therapist untuk keluarga saya je laa.. Haha

    • Lbih kurang dgn physio tp OT more detail to ragain back normal ADL. Best corse OT dgn physio sbb kita tahu do’s & dont’s so nak buat pape aktiviti pk banyak kali ?

  2. aku degree in library management…tp aku HR Personnel skrg…rezeki Allah yg bagi, bukan course pelik2 penentu rezeki…ramai je kwn2 course aku skrg keje elok berpangkat tinggi dgn kerajaan ada yg dah samvug Master PHD pun….yg nk malu buat apa…nk masuk uitm pun kalau kau ada entry requirement tertentu…ingt boleh masuk buta2 ke…tah2 sebenarnya yg malu ni bkn sbb org ejek, tp sbb diri sendiri…

  3. Sy student Speech pathology
    Best tau..dan sangat mencabar
    Bhgian rehabilitation n kadang2 tu busy dia dh mcm Dr tau. Ehee..so, junior2 yg nak tau lebih mendalam megenai speech pathology boleh pm

    • Dik nk tnya U mana ada tawarkan course ni…ank akk skrg tgh ambik dip.Early Childhood Edu…ingat lps ni nk suruh dia sambung utk course ni…dia mmg bercita2 nk ngajar kanak2 istimewa ..

    • Course n(speech therapy) agak limited
      Cuma ada di UKM, USM , UIA (mungkin)
      Kalau ade rezeki lebih, boleh sambung ke luar ngara. Conth mcm, Australia @ NZ. Ramai juga pelajar malaysia sambung dekat sana

  4. Sy student audiology. Selalu org ingt student audio nie doktor telinga (okay tu takpe lg). Tp ada yg ingt kami student audio yg baiki radio rosak ke machine2 berkaitan dgn audio system. Tp saya tak salahkn mereka2 yg tak tahu psl bidang2 pelik nie cuma pendedahan perlu diberikan agar bidang nie terus berkembang maju. Sekian

    • Sy grad 2009 bachelor of audiology IIUM, alhamdulillah dah 6 tahun kerja dan in sha allah nak sambung master…

      Pelik ke pelik? Best tau..

    • Saya tak rasa audiology tu pelik mungkin certain org tak pernah dgr atau salah faham bidang kerja nie. Bagi saya menarik bidang nie. Maaf nk bertanya sis kerja di mana ye? Bestnya nak sambung master.

    • Sama. Msa mula2 ambil kos ni, mula la pakcik makcik tanya kerja betulkan sound system radio ke? Ke dj radio? Haha. But its our responsibility to educate them and spread the info what Audiology is about walaupon hati kdg2 membara gak. #ImProudToBeAnAudiologist ?

  5. Saya student degree early childhood. Baru je habis. Tunggu nak grad je lagi. Jangan ingat early childhood ni senang. Nak score setiap kali exam tu macam student architect/perubatan kot. Bersengkang mata sebab takut tak dpt jawab soalan exam. Soalan exam dia adoiii punya lah kena bernas gak jawapan. Nak hafal & fahami psychology kanak2?? Kena baca & buat short notes utk lebih faham. Budak2 ni byk sgt sikap yg kita perlu fahami. Kenapa dia memberontak? Kenapa dia menangis? Kenapa dia xnak bercakap? Semua tu ada formula & solution dia tersendiri. Albert Bandura, Jean Piaget, ZPD, etc.. Bukan stakat tu. Nak kena design lagi. Design apa? Design tadika/taska. Apa zone yg harus ada dlm sesebuah taska/tadika. Yg mana satu menepati piawaian pihak berkuasa. Bukan main sewa rumah terus dpat buka institusi. Kena turun naik jumpa beberapa jabatan. Ada jugak syllabus memasak. Kena masak fav food kanak2. Mcm mana nak attract kanak2 tu supaya nak makan. Apa jenis mkanan boleh/xboleh mengikut pringkat umo kanak2. Kena exam cooking lagi tu. Berpeluh cik akak. Lepas tu masa praktikal, larat x nak jaga budak2 dari umo 4 tahun smpai 12 tahun day care?? Bukan senang. Nak kawal diaorang. Kalau dengar suara penjaga besar tu bukan bermakna dia marah tp dia tegas. Semua orang boleh bercakap tapi tak semua orang boleh influence org yg mendengar. Ambik early childhood ni bukan utk cari kerja jek tp utk diri sndiri jugak. Bakal ada kluarga. Atleast ada la bekalan kan ☺☺

  6. Dorang sume tak tahu maksud cos tu kot .. that why kate course pelik2. Ahh come on! Sebb tu laa kene tuntut ilmu supaya tak jadi dalam golongan orang2 yg rugi. Sapa kate course early childhood ini sangat pelik? Tak sangka mey dicategori jugak dalam list course pelik. Hahaaa… amatlah membantu dalam mendidik anak2. Bukan anak kite je, anak sendiri pon boleh handle. untunglah ade taska, kalo xde taska, xde laa course pelik2 tu..hik hik hik.

  7. saya pelajar ism sains sosial ( Antropologi dan Dakwah). org selalu tnya Antropologi tu apa. kdg2 org tgk dakwah ja, trus ckp oo jd Ustazah ya. nak xnak, iyakan ja la. saya bangga dgn kos saya. ✌.

  8. org tnya aku, aku study amek kos ap n ak ckp yg ak amek kos library science dengan selamba mereka berkata oooo nty keje susun-ii bku kat library la niii..huhuhuhu mentality org malaysia..

    • Setuju!. Tapikan kdg2 diam dan iyakan je. Tapi bila dh sakit hati, jawab je balik. Susun2 buku pn kami ni pintu ke gedung ilmu, nak tau ilmu apa kami boleh tunjukkan, dalam library ada mcm2 ilmu, designer, multimedia, writer, teacher, IT.. bos sy (teacher libarian) siap jd arkitek, lukis layout library baru ikut spec yg dia nak dan tunjuk kat arkitek. Jdnya, xde kos pelik2 kt Malaysia, kos kita semua saling melengkapi dgn cara kita xsedar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *