Jijikkah Aku~

Hi semua…

Sebelum sy mulakan cerita sedih saya, saya nak bagitau semua yang Fern bukan seorang yang bertuah untuk memiliki kulit muka yang licin gebu tanpa sebarang cela. Fern merupakan salah seorang yang mempunyai masalah jerawat yang tak pernah berhenti tumbuh. Fern dah cuba berubat dengan beberapa klinik pakar kulit, begitu juga guna product but semuanya hanya memberi kesan yang sementara je.

Fern akui memang orang akan jijik melihat muka Fern. Fern sendiri pn jijik melihat muka Fern apatah lagi org di luar sana. Fern masih ingat lagi masa Fern tgh belajar kt sebuah kolej ni, Fern kena kutuk oleh roommate Fern sendiri.

Yelah, first semester mesti kita ingat org akan baik dengan kita. Time tu muka Fern teruk sangat sampai bengkak muka Fern. Then, one of my roommate pun tolong Fern pecahkan jerawat dan bersihkan jerawat Fern tu. Sakit tu memang sakit tapi apa boleh buat, time tu Fern down gilerr..down disebabkan jerawat bengkak tu. Oh..Fern lupa nak bagitau bahawa Fern ni penghidap jerawat batu dan teruk…teruk sampai tumbuh merebak kat dada dan belakang Fern. Sakit…hanya Tuhan saja yang tau sampai Fern tak dapat tidur telentang.

Ok back to pecahkan acne, lepas habis pecahkan tu muka Fern penuh dengan darah jerawat so Fern pergi la cuci muka. Then, lepas Fern cuci muka tu Fern sapu krim jerawat kt jerawat yang dah dipecahkan tu. Lepas sapu terus Fern baring kt katil sambil tutut mata sebab niat kat hati memang nak tidur untuk tahan sakit. Dalam Fern baring tu, (dalam 30mint juga la Fern baring untuk lelapkan mata) Fern terdengar salah satu roommate Fern kutuk muka Fern depan kawan Fern yang tolong pecahkan jerawat tadi. Dia berani kutuk Fern depan Fern mungkin dia ingat Fern dah tidur.

Dia cakap "kenapa muka Fern boleh jadi teruk macamtu sekali..eeuwww, geli lah". Time tu airmata Fern gugur dengan derasnya bagai air terjun. Then the next morning dia boleh tanya Fern ok ke x lepas tengok muka Fern penuh darah kering. Then Fern pergi kelas macam biasa. Ada satu lecturer Fern bagitau yang dia akan adakan Fesyen Show. Time tu, dia recruit kawan-kawan Fern untuk menyertai Fesyen Show tersebut as a model.

Tapi yang buat Fern rasa terkilan, lecturer Fern langsung x ajak Fern ikut sekali. Pandang muka Fern pun tak. Sedangkan masa dia recruit kawan-kawan Fern tu, Fern exactly berdiri depan dia. Then dia ada cakap x cukup org, Fern ingatkan dia nak ajak Fern ikut sekali tapi dia pilih junior untuk lengkap model rolw tersebut. Time Fesyen Show day tu, Fern datang la juga bagi support kat kengkawan. But jauh di lubuk hati Fern, Fern rasa terhina. Andai saja Fern memiliki kulit licin, lembut dan gebu tanpa sebarang cela.

– Fern

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

75 Comments

  1. Sedih akak dgr..akak pun pernah teruk jerawat batu waktu student…akak takboleh kosmetik sbb dah beribu guna tak jd apa…akak sarankan adik pergi ke pakar kulit…akak pergi pakar klinik.lim penang di lorong abu siti pulau pinang…tak.mahal rm150 mcm tulah utk 4 jenis ubat sebulan dan sabun…ramai pergi kat dia penuh klinik

    • Try guna tomato dgn gula..potong tomato tu separuh lepas tu terkup dlm gula..lepas tu buat mcm scrub muka n biar setgh jam @ sejam sebelum cuci bersih. My sis ade buat cmni..skrg parut jerawat batu dia dh makin pudar..

    • Yoghurt asli (kalau x ada…guna yg berperisa pun boleh) + serbuk kunyit + madu..smua sukatan 1 sudu…gaul hingga sebati…pakai sbg masker..sehingga kering..cuci mcm biasa
      Klau bancuh masker lebih ..simpan dlm peti ais..amalkn stiap hari
      Bukan shj jerawat akan kecut..parut akan pudar tone warna kulit akan sekata
      Ini amalan aci-aci retro?

  2. Sis ambik kunyit hidup tonyoh n sental kt muka..lps dah kering ambik tomato sental jgk..sy baru buat 2x mmg sgt2 berkesan..blh jgk bt masker 1)beras pulut + garam n gula, goreng tanpa minyak then blend cmpur air sikit tepek kt muka smbil sental2
    2) bt masker guna barli n serbuk soda..goreng tnpa minysk jgk, blend then tambah air sikit sental n gosok kt muka

    Insyaallah klu rajin bt pasti ada kesan..nak cntik kena sakit n kena rajin ckit

  3. Tips sy, tinggalkn pencuci, toner atau moisturiser yg penuh chemical tu. Lepas tu buat detox utk bersihkn darah dan berbekam. Dalam masa yg sama, banyakkn minum air putih. Rajinkn scrub muka guna tomato + gula. Ade yg rekomen guna lemon tp takut asid lemon tu kuat sgt utk kulit muka awk. Try buat & jgn expect perubahan dlm mase sebulan dua. Benda ni akan amik mase yg lama tp lebih baik drpd kesan yg cepat tp byak mudarat..

  4. Rasanya fern ni ada masalah darah kotor ni.akak pernah kena dik masa skolah dlu.jerawat batu.kat badan pun kena.pastu akak amek jamu ape ntah lupa dh mustika ratu punya baik utk bersihkan darah x silap.lepas tu Alhamdulillah dh makin kurang n kurang smpai skrg dh ok.tp lama dh berbelas tahun lepas.rasanya baik adik p hospital.cek darah.pastu try amek perlaking(akak x jual.cuma cadangkan).

  5. Petanda usus ada problem. Dear, ubah gaya pemakanan. Makan banyak real food pastikan mknn bukan 1 warna shj. Contoh ambil sayur hijau, tomato, jagung etc kan warna warni bkn mksdnya makan yg ada pewarna.

    Rajin2 makan yg diperam sbb kandungan bacteria baik tinggi dlm mknn mcm ni contoh tempe (seeloknya makan mentah kalau xlalu goreng skt je), tempoyak, budu, kimchi etc.

    Minyak kelapa contoh mknn yg mudah didapati dlm masa yg sama bantu bunuh bacteria jahat dlm sistem badan, bantu pertumbuhan bacteria baik(probiotic), bantu mencegah jangkitan etc. Ambil ketika perut kosong.

    Pastikan usus sihat insyaAllah semuanya sihat. Antara petanda usus yg sihat ialah lawas membuang. Tidak sembelit. Najis tidak terlalu busuk. Selera makan pd mknn sihat di tahap yg bagus.

    Dan kalau blh stop atau kurangkan makanan yg bergula dan mengandungi msg.

    • Oh ya tp perubahan pd kulit mgkn tidak drastik sbb awak btlkan drpd dalaman tp insyaAllah tdk akan kena lagi selagi menjaga pemakanan. Dan apa2 pun masalah kulit rawat la dr dalaman bukan luaran sbb segala jenis cream sabun scrub segala tu hanya mempengaruhi 20% shj proses penyembuhan. Selebihnya drpd dalaman.

      Selamat mencuba dan semoga cpt sembuh.

  6. Saya kadang2 guna ubat gigi klau jerawat naik…. mula2 cuci muka guna ubat gigi lepas tu cuci skali lg guna pencuci muka….

    Bahan yg sesuai guna untuk muka…
    Ubat gigi
    Lendir dari batang daun lidah buaya
    Air asam jawa
    Limau/ lemon/ oren

    Ada lg tp x ingat

  7. Awak msti pernah mkn antibiotik sekian2 kan? beserta krim2 yg dr pkr bg. Ya, betul mmg xbest sbb kesan sementara je. Mgkin ada kaitan dgn hormon ke? Mgkin bole minta pkr kulit syor ubat yg lg kuat? Cuma dia kalau pesakit tu akan ditanya sama ada akan mengandung dlm masa tedekat sbb bahaya effect kandungan. Kalau muka jrwt, jgn guna cleanser berbuih tau. Yg ada SLS elakkan. Guna yg mild mcm cetaphil. Cuba mkn vitamin C. Cuba elakkan mknn tenusu, cth susu, keju, coklat. Kurangkan mknn berminyak. Mknn proses pun kena pantang mcm jajan2, maggy, hotdog, aiskrim, dll byk sgt yg sedap2 kena pantang. (ini saya lah tp kalau xthn/teringin sgt sy mkn saje). Kena kenalpasti punca mslh jrwt dari pemknn atau hormon atau sekian2. Jgn putus asa ya. -Sy pun still struggle.

  8. Tolong jgn guna produk muka berchemical bagai..pencuci muka pun pilih y organik ok..guna cetaphil ok..lagi satu pastikan sistem pembuangan baik..makan kena jg..minum air kosong banyak2. Elakkan habuk maybe kulit sensitif

  9. 1.Berjumpa doc pakar kulit bertauliah
    2.berbekam
    3.minum bnyak air beralkali
    4.perlu ada supplemnt utk bersihkn darah…jamu…air akar kayu..aloe vera..air kunyit asam(sebulan sekali)….pilih mana2 yg bersesuaian & telah ada testimoni
    4.pastikan perkumuhan baik
    i buang air x ada masalah: bnykkn mkn buah2an sayur2an
    ii.kerap exercise utk bntu perpeluhan
    5. Jika brkemmpuan…buat facial treatmnt
    6.jangan skrub muka @ pecah2kn jerawat
    7. Jangan putus asa…tawakkal sepanjang usaha rawatan

  10. Salam adek Fern. Akk pun dulu ade masalah jerawat yg teruk. Cuba guna Dalacin T atau Nixoderm sbb itu yg akk guna dan berkesan. Untuk penjagaan kulit jgn guna scrub / toner sbb akn memburukkan lg keadaan kulit. Lepas perlu kurangkan makanan berminyak terutamanya ayam goreng. Kita kena terima masalah ini sebagai ujian dari Allah dan bersabar serta berusaha utk mencari ubatnya.

  11. sayang…dulu muke akak pun jerawat satu muka…asal pegi shopping complex je semua promoter dtg promot barang…cilakak betul…org pdg pun jijik…yg laki blind date ngan kite..mlm tu da x contact dah…deym…dlm masa yg sama siap ada sakit kulit satu badan lg…lg teruk dr idup ko dik…dugaan akak ni…then doc kat pakar kulit HKL bg akak ubt tuk sakit kulit n ubat mkn tuk jerawat…nama ubat tu RETIN-A…sebijik sehari je…die mengecutkn liang minyak…so kulit jd sgt2 kering2…mmg kene selalu sapu pelembab n minum air…bibir pun kering siap terkupas berdarah2…kene pakai vaseline…mkn tuk jangkamasa 5-6 bulan…hasilnya…tara…jerawat ilang…muka pun putih melepak…kat klinik swasta pun bole dpt ubt tu…tp kene consult doktor dulu ..sbb ubt tu byk gak kesan sampingan…cuba la yer

  12. Amalkan petua kesihatan semula jadi. Dan lagi satu, awal biarkan cakap orang. Mulut tempayan boleh tutup. Mulut orang ni kena bagi kaki baru senyap

  13. Mungkin hormon kot..sbb dlu masa sekolah sampai lah dlm umur 18 tahun gitu sy menghidp jerawat yg teruk juga..tp tidaklah jerawat batu tp boleh dikatakan xde satu ruang pun kat muka ni yg licin..semua dipenuhi jerawat..tp bila dah start degree dia makin kecut..time tu hormon dah tak membuak2 agaknya..hehe..tp time tu sy ad amik supplement aurawhite gak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *