Jika Ada Kelahiran Seterusnya

Hi semua, confession kali nie saya buat short and simple memandangkan confession saya yang pertama tidak berjaya melepasi tapisan admin, hahaha..

Saya anak kedua dari 6 orang adik beradik, ayah saya meninggal tahun 2016, ketika itu saya berada dalam semester akhir di universiti. Dan sekarang ini ibu saya menyandang tugas sebagai ketua keluarga. Saya pula selepas tamat sahaja pengajian saya merantau mencari rezeki di negari orang.

Kakak sulung saya sudah berkahwin tetapi mereka tinggal bersama dengan ibu saya. Dengan alasan itu adalah wasiat arwah ayah saya. Tetapi cara mereka layan ibu saya macam mereka layan orang gaji.

Sudahlah Ibu saya penat seharian mencari rezeki sepanjang hari apabila pulang ke rumah terpaksa kena masak, basuh pinggan mangkuk dan dia kena cuci kain sampai larut malam sebab subuh tu dia kena keluar lagi dari rumah mencari rezeki.

Kamu pasti tertanya-tanya, kenapa cari kerja jauh. Sebenarnya saya membawa diri jauh dari keluarga saya. Saya berjauh hati dengan kakak sulung saya yang melayan ibu saya seperti itu.

Saya tau dia anak sulung anak kesayangan arwah ayah saya tapi wasiat ayah buat saya menangis dalam hati, hanya kakak sulung saya diwasiatkan untuk menjaga ibu saya, takkan saya langsung tak boleh jaga ibu? Atau wasiat itu dibuat2 oleh kakak saya. Entahlah ..

Sebagai seorang anak kedua, saya dibesarkan dengan penuh kesederhanaan tetapi kakak saya dibesarkan dgn penuh kemewahan (cerita ini terlalu panjang, next time mungkin saya boleh kongsikan dgn tajuk “si anak kedua di anak tirikan hahaha).

Ibulah yang selalu memanjakan saya dan selalu back up saya kalau ada orang marah2 saya, dan selalu nak cari kesalahan saya sahaja. Sebab itu saya sayang ibu sangat2 sebab ibu tak pernah pilih kasih terhadap anak2nya.

Sekarang ini, saya bekerja dgn satu syarikat swasta yang terkemuka di malaysia. Gaji pun boleh tahan, boleh saya hantar duit tiap2 bulan dengan ibu tapi saya dengar2 duit itu ibu habiskan semua untuk belanja dapur sahaja.

Saya hantar duit untuk keperluan ibu dan adik2 tapi dihabiskan kepada orang yang sepatutnya perlu berdikari dan perlu mencari duit sendiri.

Saya sedih. Tiap2 hari saya ingat ibu dekat kampung. Saya punya tahap sedih campur rindu tu sampai badan saya boleh susut hingga 38kg.

Doakan rezeki saya semakin banyak yang teman2 supaya saya boleh bawa ibu saya berpindah dari kampung dan saya boleh bagi ibu saya berehat sepuas-puasnya. Ibu pun makin tua, badan pun bukan sihat sangat sebab terlalu berkerja keras setiap hari.

Semoga Ibu sihat selalu. Selamat Hari Ibu untuk semua superwomen diluar sana especially my Ibu.

– Gadis kecil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *