Kawan Batu Api

Kawan Batu Api

Hi, Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Mubarak buat warga muslim dan pembaca IIUM Confessions nie.. 1st sekali aku ucapkan terima kasih kerana sudi siarkan confession aku nie. Cerita aku macam nie, aku nie dah bekerja di sebuah syarikat nie hampir 5 tahun jugak lah.

Seawal aku masuk kerja kat syarikat tu aku satu jabatan dengan seorang kakak yang berumur lingkungan 40 an dan berjawatan eksekutif dan sudah pun berkhidmat hampir 3 tahun ketika aku masuk di syarikat tersebut, selama aku bekerja dengan dia hampir selalu aku seolah dibuli dan ditindas dengan dia.

Dia tikam aku belakang, caras kerja aku dan burukkan aku dengan bos. Tapi tu tak melemahkan langsung untuk aku terus bekerja kat syarikat tu memandangkan layanan Bos-bos yang sangat baik yang membuatkan aku kuat lagi adalah dekat dengan rumah aku. So diam tak diam tahun lepas akhirnya genap 6 tahun kakak tu berkhidmat dan dia membuat keputusan untuk berhenti atas masalah personalnya.

Nak dijadikan cerita, pemberhentian kakak tersebut telah diganti dengan staff baru, aku namakan maya lah dalam lingkungan umur 30 an tua dari aku. Maka bermula la episod drama yang aku sendiri tak sanggup nak teruskan kerja di syarikat tu walaupun bos aku tersangat lah baik dan sangat tolak ansur dengan staff.

Pada mula kemasukan maya tu aku rasa macam tak ada apa-apa masalah berbangkit dengan dia semuanya elok, tapi 1 minggu lepas tu ada lagi staff baru yang masuk konon nya untuk membantu keje-keje si maya nie lah. Dan selepas tu kami pun berkawan lah seperti biasa sampai lah 1 hari dimana staf baru yang bernama sue ni tegur aku dengan cara yang agak kurang sopan dan mengeluarkan kata yang kesat dan kasar ketika aku sedang memandu sewaktu kami keluar makan tengah hari,

Katanya dia minta aku langgar lampu isyarat kononnya aku bawak terlalu lembap bagi dia, Naik kereta aku kot.. wahhh aku memang panas la masa tu, cuma nasib la aku tak letak kan tepi jalan masa tu, dan memang hari tu kemuncak segala-galanya.

Kemuncak dari peristiwa tu, tiba-tiba sue datang serang tempat duduk aku dan bertanya kononnya aku ada tak puas hati dengan dia.. aku agak terkejut lah kerana setahu aku si sue nie bukan berani mana pon nak serang-serang cari pasal suka-suka ke melainkan ada orang yang mengapikan dia.

Dan malam tu dalam group whataps, maya seolah memulakan sesuatu yang kononnya supaya aku dan sue berbaik tapi hakikatnya cara dia seperti menambah api yang marak.dia ibarat bakar line aku dengan sue, bukan sekadar dengan aku malah dalam group tu habis rakan-rakan ofis yang dah lama bekerja dengan aku pun dia babitkan sekali sampai memburuk dan mencemarkan nama aku.. Allahhuakbarr.. Dia siap pertahankan si sue tu padahal lupa yang aku yang bantu dia masa mula-mula masuk 2, 3 bulan lepas.kau baru masuk kot dah macam besar kepala.

Dan sekarang nie bukan sekadar sue, angkara maya punya perangai habis lagi 2, 3 orang rakan yang pernah kenal aku seolah pandang aku lain sangat..padahal mereka tau aku tak pernah buat masalah dengan sesiapa pon selama aku bekerja kat situ, kerana mulut maya aku terus dah tak bertegur sapa dengan rakan2 yang lain, cukup sekadar perbualan tentang kerja. Aku betul-betul tawar hati dengan 2, 3 orang rakan yang lain termasuk sue dan maya, hilang kepercayaan aku pada mereka sebabkan maya yang menjadi batu api antara kami.

Aku betul-betul dah penat sangat nak hadap maya dan sue, terutama maya.. Semenjak pergaduhan tu dia seolah-olah memerhati gerak geri aku dan kadang-kadang berlagak baik sesuci malaikat di depan aku walhal dia akan mengadu dekat kawan-kawan lain tiap kali nampak keburukan aku. Dah la tempat aku kerja nie majoriti orang cina, melayu hanyalah beberapa kerat sahaja.

Buat masa ni cina kat tempat aku kerja sangat bagus tak pernah buat apa-apa masalah pun. Melayu yang sekerat tu yang selalu buat masalah dengan aku. Sampai lah ke hari ni aku tak tau apa masalah si maya tu. Adakala dia rasa nak bertegur dengan aku dia akan tegur tapi hati dia tak seperti yang aku nampak, orang cakap depan malaikat belakang nauzubillah tuhan je yang tahu.

Dan setiap kali aku berborak atau mengusik rakan yang lain dia seolah-olah jadi kan benda tu bahan gaduh dan kononnya jenis nak “backup member” so setiap ayat yang aku keluar walau sekadar gurauan dia plak yang sensitif seolah macam kawan aku tu keluarga dia plak, sedangkan kawan tu tak kisah apa pon dengan gurauan aku..

Dan sekarang aku betul-betul tersangkut dengan dua ekor makhluk tu, aku betul-betul benci dan meluat dengan mereka berdua, masing-masing bermuka-muka dan aku sendiri tidak pernah pon bertegur sapa dengan dorang berdua semenjak peristiwa tu, maya jelah yang aku nampak seolah-olah macam terhegeh-hegeh nak berkawan dengan ku.. Padahal acah-acah baik je depan aku. Belakang aku dia la paling kuat mengutuk aku dan api kan semua orang kononnya aku nie jahat. Ahh aku tak peduli lah. Aku dah malas nak ambik tau hal dorang.

Plan aku sekarang tahun depan nak berhenti jelah. Kalau ikut hati tahun nie jugak lepas raya aku nak berhenti tapi memandangkan aku baru transfer department so banyak lagi benda aku kene belajar. Aku betul-betul penat sangat dari mula aku masuk sampai la ke harini, 5 tahun berturut-turut aku kerja kat syarikat tu seolah aku hadap benda yang sama, tak habis-habis berdepan dengan manusia bertopeng iblis macam ni.

Aku dah tak kisah pergi kerja tak ada orang nak kawan pon yang penting cukup bulan aku dapat gaji boleh bantu suami dan keluarga aku. Lagi pon masa aku banyak dengan keluarga dari kawan-kawan, masa aku susahpon takkan ada kawan nak tolong.cuma sekarang aku berharap semoga Allah memakbulkan setiap doa aku dan memberi pembalasan dan petunjuk pada mereka-mereka yang busuk hati dan niat jahat dengan aku. Aminnnn!!!

P/s : masa mula2 maya masuk dia penah bagitau yang dia ada history kene pulau dengan kawan tempat kerja lama dia, kau rasa??? sampai dia berhenti kerja la jugak kes tu, memang patutlah.. Tengok perangai pun dah tau. Tunggulah suatu masa nanti bila roda tu berputar pasti kau takkan sentiasa duduk di atas.

~ Selamat berbuka Puasa.

– Lieyzsk88 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit