Jika Boleh Diputar Kembali Masa, Aku Tak Pilih Untuk Bersu4mi

Assalamualaikum, Aku perkenalkan diri aku sebagai Aina. Berumur awal 30an. Aku sekarang bekerja dalam sektor pendidikan swasta. Aku mempunyai suami yang seusia denganku.

Dia bekerja sebagai seorang Eksekutif di sebuah syarikat besar di KL. Kami bercinta selama 2 tahun kemudian berkahwin. Dan Alhamdulillah kami telah dikurniakan seorang anak lelaki berusia 1 tahun 2 bulan.

Pada awal perkahwinan, aku memang bahagia. Mana taknya, aku berkahwin dengan pilihan hati sendiri. Tapi lama kelamaan aku tidak lagi merasa bahagia sebagai seorang isteri. Suamiku seorang kaki game dan kerjanya hari hari menghadap PC. Di rumah memang ada satu bilik khas untuk dia bermain game.

Tiap kali celik mata, atau balik dari kerja dia akan duduk dalam bilik PC nya. Aku jadi lagi penat dan lagi terasa keseorangan bila ada anak.

Dia langsung tidak membantu aku dalam pengurusan anak, dari awal anak bangun, mandi, makan, buat susu, tukar pampers, kemas rumah, main dengan anak semuanya aku. Tu belum part uruskan dia lagi, aku masak, kemas tempat tidur, siapkan pakaian, layan dia selayaknya sebagai suami. Dia hanya makan, tidur & menghadap PC nya sehari suntuk.

Aku pernah suarakan hal ini. Aku minta dia kurangkan game, bagi perhatian atau tolong aku kalau tak banyak, tolong tengokkan anak waktu aku masak pun aku dah bersyukur dah. Bila aku suarakan, Dia akan cepat marah dan mengatakan dia dah buat tanggungjawab dia untuk cari rezeki.

Aku tak nafikan gaji dia lagi tinggi dari aku. Dia bayarkan sewa rumah dan kereta dia, dan juga belanja dapur dan belanja susu & pampers anak. Aku juga bekerja, aku bayar kereta aku, aku tolong dia bayar utilities, pengasuh anak. Dan tolong topup belanja lain kalau dia perlukan .

Tapi nak kata soal tanggungjawab, Nafkah aku sebagai isteri pun dia dah lama tak tunaikan. Kalau ada sesuatu yang aku teringin nak makan dia akan ungkit banyak kali dan mengatakan aku membazir. Aku diamkan.

Yang aku ingat sampai sekarang, aku tengah sarat mengandung, dia dapat duit KWSP RM10,000 dia bukan sediakan perbelanjaan nak dapat anak tapi dia beli barang PC hingga kan aku nak beranak pun aku terpaksa pergi jual loceng emas di kedai sebab tak cukup duit.

Aku tak kisah dia nak spend duit dia tapi takboleh ke dia simpan sikit duit belanja isteri dan anak sampaikan nak beranak pun kena bergadai? Lagi kau nak cerita tentang tanggungjawab.

Sekarang ni aku dah tawar hati. Aku penat, Aku seperti yang berjuang seorang diri tanpa suami. Aku rasa lebih baik aku membesarkan anak tanpa suami.

Sekarang aku pun rasa lebih baik takda suami Sebab aku boleh buat semua benda sendiri. Anak pun tak perlu seorang ayah yang takda fungsi dalam hidup dia.

Cuma aku taktahu macam mana nak keluar dari perkahwinan toksik ini. Aku masih fikirkan malu keluarga & hak penjagaan anak kalau kami berpisah. Tapi hati aku? Masih berjuang seorang diri ibarat tanpa suami. Kalau aku boleh undur balik masa, aku taknak bersuami.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *