Assalamu’alaikum kepada pembaca sekalian, kali ini confessor ingin berkongsi satu kisah yang agak pendek namun sekurang-kurangnya dapat memberi pengetahuan tambahan untuk kita juga.
Kisah ini berkaitan pengalaman keluarga saya melihat jin Islam berkeliaran dalam rumah tetapi bukan dalam bentuk rupa yang asli.
*Asy-Syibli adalah seorang ‘ulamak yang membahaskan tentang alam jin dalam satu kitab bernama Ãkãmul Marjãn Fî Ahkãmil Jãn.
Confessor akan susun kronologi cerita bermula dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
2018
Seingat saya pada tahun itu, kakak sayang yang sulung ternampak seorang budak kecil berdiri di depan kakinya sewaktu dia sedang tidur.
Pada masa ini kakak saya tidur di ruang tamu dan ruang tamu rumah kami ditemani cahaya lampu dari luar melalui kaca tingkap.
Kita dapat bayangkan budak itu kelihatan samar-samar dalam gelap namun nyata.
Pada tahun yang sama, ibu saya juga mengalami hal seperti itu tapi jin yang lain.
Jin itu datang dalam bentuk rupa seperti saya, berpakaian gamis putih namun wajahnya tidak kelihatan dengan jelas. Jin itu sambil merenung ibu saya, ibu saya terjaga dan keakutan pada masa itu.
Kejadian ini berlaku pada waktu sebelum subuh. Selepas itu, ibu saya datang gerakkan saya bangun dari tidur dan bertanya:
“Kau tak pergi ke masjid?”
Saya menjawab:
“Eh, tak. Baru bangun je ni.”
Ibu saya mengatakan lagi:
“Bukan tadi kau dah pergi?”
Saya pada masa itu tidak terasa pelik sangat sebab saya menganggap ibu saya mamai selepas bangun dari tidur.
Saya memang berpakaian gamis putih untuk pergi ke masjid, kadang-kadang gamis warna lain selain putih.
*Perbezaan gamis dengan jubah adalah, gamis adalah pakaian baju panjang yang ada butang atau zip.
Manakala jubah adalah sejenis pakaian yang sama dengan gamis tapi di tengah-tengahnya terbahagi dua dan tidak ada butang, sama seperti baju konvokesyen.
Selain itu, ayah saya juga mengalami hal yang serupa.
Seorang “budak” kecil datang tiba-tiba dan berada di belakang ayah saya di sebelah kanannya ketika ayah saya sedang mengerjakan solat fardhu subuh. Selepas itu, budak tadi ghaib.
Kalau nak kata anak saudara saya, bukan. Sebab anak saudara saya sedang nyenyak tidur pada masa itu.
2020 (bulan Ramadhan)
Ibu kami biasanya akan gerak sahur pada jam 4/5 pagi, ibu saya akan gerakkan kakak kami bangun sahur dahulu selepas itu baru kami.
Kakak saya mengatakan bahawa dia digerak 2 kali padahal ibu saya hanya gerak kakak saya bangun sahur sekali sahaja. Kakak saya kata, ada “someone” yang ikut di belakang ibu saya pada waktu itu.
Sedikit tambahan, ini berlaku pada waktu kecil saya. Saya naik ke atas, pada tangga itu kami letakkan perangkap tikus.
Tiba-tiba saya nampak ada satu kobaran api menyala-nyala dan terpadam, lalu muncul seekor tikus padahal sangkar tadi kosong. Ini kisah betul yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri.
Tak logik dek akal tikus itu memang ada dalam sangkar, kalau tidak dah lama tikus itu menggelupur panas atau nyawa-nyawa ikan. Tangga itu gelap dan ditemani sedikit cahaya dari arah dapur.
Jadi apa yang saya dapat simpulkan adalah jin yang ada di rumah kami adalah jin yang beragama Islam (menurut pendapat saya).
Imam An-Nawawi mengatakan dalam kitabnya ‘Alamul Jin Was-Syaitan, jin makan tulang belulang dan jika kita mahu sedekahkan makanan untuk mereka maka makanan itu perlu diikat dan diletakkan di tempat yang tidak dilalui oleh manusia,
Ini adalah sebagai adab kita terhadap mereka sepertimana adab kita dengan sesama manusia ketika memberi sedekah.
Saya mengamalkan perkara itu, dan ini mungkin yang mengakibatkan mereka datang menjelma kepada ahli keluarga saya, saya tidak tahu apakah tujuan kedatangan mereka. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Saya belum pernah melihat jin baik sebelum ataupun pada saat ini, hanya ahli keluarga saya sahaja dan kawan saya.
Wallãhu a’lam.
– As-Syibli (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit