Aku terjebak membaca kisah di sini bermula tahun ni. Aku ade banyak cerita nak diceritakan maklum la seronok bila cerita disiarkan dan ada pendapat-pendapat yg positif menyokong emosi yang negatif. Medium ni sangat sesuai bagiku untuk dibaca kerana ianya menjaga aib orang dan pada masa yang sama dapat meluahkan apa yang terbuku di dada.
So kisah aku. Aku seorang pelajar (part time) dan telah berkahwin. Berumur pertengahan 30 an. Dengan izin ALLAH kami dapat membeli sebuah rumah yang pada pandanganku sejuk mata memandang. Jiran aku semua nya sebangsa dan seagama dengaku.
Aku cuba ringkaskan. Rumah kami pemaju bagi pagar dawai hijau keliling rumah. Kami ingin menjaga privasi dan naikkan pagar batu sekeliling rumah. Sebelum naikkan pagar ni kedua2 jiran telah diberitahu kami nak naikkan pagar keliling rumah duit kami dahulukan..bila ade bayarla sikit2 pun takpe. Tiada tanda2 bantahan waima penolakan. Alhamdulillah kerja jalan order la batu bata bagai. Sepanjang proses construction jiran kami gembira, hari-hari datang rumah tengok kerja mana yang ok mana yang tak ok. Siap tanya beli bahan berapa, kos plaster berapa dan boleh pulak ade special request dari salah seorang jiran kami eh! tambah pagar kecilla..ok2 no problem…yang penting kita kongsi bayar ye. Kami memang naif. Kami ye kan dan tunaikan permintaan kecil mereka, sebab hubungan kami baik sangat baik asalnya. Alhamdulillah selesai. Kami pun keluarkan bil. Wah disini mula nya sesuatu yang kami tak sangka. Macam mana nak cerita mak aku pernah cakap dengan duit kita akan kenal hati budi seseorang. Duit boleh memutuskan silaturrahim walau adik beradik. Ternyata teori mak terbukti. Masa nak keluarkan bil kami berkira-kira macam mana ni nak bahagi dua terus atau macam mana. Takut juga nak minta duit orang al-maklum la kami bina pagar ni utk keselesaan kami, tak mungkin kami nak aniaya jiran kami Jadi kami minta diaorg bayar sikit sahaja dari kos sebenar. Kos plaster luar dalam batu dan sebagainya (untuk rumah keluasan 3000 kaki persegi) kami kira cecah 10k (mungkin lebih). Kami mintak yang sebelah kiri 2k kanan 1k. Dengan harapan mereka berpuas hati dan consider kami juga. Aduh..masa mula-mula bagitau tu boleh pulak yang jiran belah kiri bagitau eh aku ingat ratus2 je kenapa sampai 2k. Time tu entah knp rasa tahap kesabaran tu tipis. Aku senyum dan pandang ke bawah dalam hati.. ko bodoh ke apa pagar punya panjang ko harapkan ratus2 ko renovate rumah sekangkang kera ko tu pun cecah ribu riban ini kan pulak aku. Dalam hati dah start mencarut dah. Sebab penerimaan dia dan apa yang kami telah consider tak sama. Kami beriya jaga hati jiran kami tapi dia boleh pulak buat blurrrr. Kes kitorang ni kan ibarat korang ade kedai, pastu pelanggan datang ambil barang time bayar kat kaunter bila dah total up harganya RM320 pastu mencarut cakap pasal mahal duit tak cukup dan sebagainya. Masa ambik tu tak tengok pulak harga berapa. Kuang ajaq la kan.
Atas nasihat bini aku yang sabarnya mencecah langit ke tujuh. Kami pendam kan. Bini aku cakap “wakaf kan je la bang. Mana tau hasilnya kita tuai di alam sana”. Aku cakap no way! banyak kot kita berabis. Kita mintak pun bukan keseluruhan kos. Dan worst come to wort nak habaq memang kitorang tak mengukur baju di badan sendiri. Duit tak cukup untuk plaster so tanpa bersalah kitorang skip bayar rumah dan kereta 2 bulan. Duit tu kitorang guna utk top up kos yang tak cukup tu. Bangang betul aku rasa. Ini kesilapan terbesar aku. Makilah kalau korang nak maki pun. Disebabkan kitorang skip bayar kereta dan rumah kena panalty setahun. Total intrest kene bayar 3k ke 4k. Bapak kitorang berabis. Bergolok gadai untuk kesenangan bersama jiran-jiran kami. Sebenarnya kalau tak payah plaster rumah diorang banyak giler jimat. Yang ni aku tak pernah citer kat sapa pun bini aku je yang tau hal ni. Ini punca knp aku marah sangat dengan jiran aku. Aku nak senangkan diorang sampai aku pulak bergolok gadai pastu aku mintak tak banyak boleh pulak complain bagai. Ini pengajaran aku oiii aku taubat. Aku rasa bodoh pun ada. Sama ada korang boleh terima atau tak alasan aku hanyalah “menjaga hati jiran”. Bapak bangang aku rasa. Lagi satu sebenarnya aku tak tau kalau skip bayar rumah dan kereta kene penalty. Aku ingat boleh skip macam tu je. Adui!
Sepanjang tempoh ini. Dua tahun dah berlalu. Isteri aku memainkan peranan untuk sejukkan aku. Aku sumpah pelik dengan bini aku. Dia marah tapi dia tak tunjuk langsung dengan jiran2 kami yang mangkuk ayun tu. Paling tinggi tahap kemarahan dia adalah diam! Korang nak tau kisah yang menghangatkan salur darah aku. Boleh pulak diorg beli kereta, perabut dan pergi bercuti bersama-sama insan tersayang dengan tanpa malu menunjuk pada kami yang sedangkan mereka tau tanggungjawab mereka pada kami belum langsai. Aku rasa macam nak maki je depan2. Tapi bini aku cakap sudahlah kita yang salah. Kita silap tafsir. Bini aku cakap kalau ade hak kita atas rezeki mereka akan dapat jua satu hari nanti. Yang bini aku duk ulang-ulang doa orang yang teraniaya tu makbul ALLAH pelihara, mana tau kesabaran yang tinggi ni as sebab kita ke syurga ALLAH. Satu hari ALLAH nak tunjuk kata-kata bini aku ni sohih. Aku biasanya tak kerja hari sabtu. Memang sebab off sabtu ahad. Satu hari tu bos soh datang kerja sabtu tapi bini aku kata janganla dia tak sihat. Aku punya jahat aku tinggalkan jugak dia. Alah demam je kot. Aku pergi jugak kerja, tetiba petang aku balik. Ape kes ni???? Aku tengok kereta baru jiran yang hutang aku tak reti bayar tu remuk. Aku malas nak layann aku masuk terus. Lantak la situ. Tapi sempat dia sapa aku masa tengah buka pagar. Wei macam mana kereta aku boleh kene langgar, patut kereta ko la, “sebab???” aku tanya dengan nada yang tinggi..dalam hati nak cari pasal ni…”tak la kan biasa kereta ko parking luar..si polan tu baru nak belajar manual dia undur kene kereta aku dah la aku baru beli kereta aku ni” Oh korang paham tak bayangkan ABC. Biasa kereta aku duduk kat B. Since aku dengan tanpa sengaja telah kerja hari ni A langgar C. Dalam hati sungguh benar cakap bini aku ALLAH pelihara kami. Kalau tak kereta kami pergi cari rezeki akan ke bengkel dan kami dah la sesak takde duit nak repair bagai. Fuh! padan muka dalam hati aku cakap mujur aku tak kena. Tapi dalam pada padan muka tu aku dengar dia jaja kepelikan kenapa kereta dia yang kene langgar patut kereta aku tu satu taman. Eiiii angin betul. Tak tau terima hakikat betul. Nauzubillah! Dalam tempoh 1 tahun kami struggle tau, sebab kene langsaikan intrest bank dan sebagainya..isteri aku banyak sabarkan aku, korang tau dia tak henti-henti buat baik pada jiran yang aniaya kami. Anak diorang dapat straight A, dia boleh beli hamper (tapi lepas aku izinkanla aku cakap beli yang paling murah), pastu diorang buat birthday party, kenduri semua bagai bini aku selamba pergi..aku pelik tahap gaban dia xde rasa sakit hati ke. Hutang tu kami langsai bersama tekanan kami sama-sama rasa. Tapi yang bezanya dia cool tapi aku hangin. Kalau dia sakit hati aku nampak dia solat malam. Nangis sorang-sorang. Sayup2 aku dengar dia mintak macam2. Aku sedih jugak tapi sebab hati aku sakit aku selalu doakan yang buruk2 untuk jiran kami tu. Contohnya harap2 la diorang kene berenti kerja xde duit biar diorang rasa apa yang kami rasa. Sakit tol hati ade duit pergi bercuti, beli kereta baru hak kami tak ditunaikan. Worst came to worst aku nampak bini aku pun boikot diorg bila dia tak bercakap lagi dengan jiran kami. Mungkin dia pun putus harap. Dia hanya senyum, pastu masuk rumah terus buat houkeeping. Aku pulak kalau stress ungkit pasal pagar tu pastu dia nangis. Itu je la yang dia tau. Skang kami dah kembali normal. Intrest penalty dah langsai. Hidup kami makin stabil. Apa yang aku pelik rezeki kami tak putus. Bukan bermakna kami rezeki melimpah-limpah. Tapi atas kesusahan yang aku rasa ni belum pernah aku tak de duit beli susu anak. Bos bagi bonus time raya. Punya la syokk biasa tunggu hujung tahun. Sebaliknya berlaku pada jiran kami warded la, anak jatuh motor la dan macam-macam lagi. Maaf ye bukan aku nak riak aku jujur nak cerita apa yang berlaku pada kami. Sepanjang kami susah isteri aku selalu soh aku sedekah 4 ringgit kat masjid masa solat jumaat. Tiga ringgit untuk kami dan seringgit untuk arwah mak aku. Kalau aku cakap aku lupa dia punya tarik muka macam la aku tak bagi nafkah batin kat dia. Yela korang bayangkan duit ade 10 ringgit aku nak isi minyak motor lagi, nak makan lagi tapi dia soh jugak sedekah 4 ringgit kat masjid tak haruuuu ke mana cukup. Tapi sebab malas kene boikot dengan bini aku, aku buat jugak. Korang tau macam mana aku lunch hari jumaat? Aku datang paling awal masjid. Kat masjid ade sedia kan pisang free itu la lunch aku kadang-kang kalau bertuah ade org sedekah kat masjid nasi lemak itu la makanan aku. Sumpah sedih giler struggle semata-mata kami salah langkah. Tapi pagi kalau hari jumat aku sarapan kat rumah berat la nasi kosong dengan telur kicap, aku melantak 2 pinggan. Bekal air masak tak tinggal.
sekian cerita aku.
Sekarang aku nak buat matematik tambahan sikit untuk korang fikir. Semalam aku dengar jiran hujung taman aku nak bertumbuk. Puncanya pasal taik burung. Jiran aku yang hujung ni memang pembersih tahap gaban. Aku nak gambarkan pun susah. Cukupla kalau aku cakap aku basuh langsir setahun sekali. Di basuh langsir hari-hari kot. Hahaha ini gambaran ok. Puncanya jiran satu lagi suka bagi makan burung-burung merpati, dengan harapan kebaikan dia pada makhluk ALLAH iaitu burung merpati tu akan dihisap ALLAH sebagai kebaikan. Burung2 tu jadi jinak dan buat sarang dan mengeluarkan sisa kumbahan di beranda jiran lagi satu. Paham tak. Boleh la kot. So diorang serang menyerang dan ugut mengugut. perkara jadi lebih besar mereka mencari kroni untuk bersatu dan menyerang antara satu sama lain. Tiba bab aku yang nak kena rekruit jadi kroni (dia citer la pung pang pung pang orang sana tu jahat nak mampos, kuang asam, kuang garam dan sebagainya) Aku hanya gelak dalam hati. Kesusahan dia tu tu tak setanding kami. Pasal taik burung! Piiii rahhhhh…tolongla, aku dah rasa lebih perit dari tu. Aku tanya dia bini dia x cakap apa ke dia dok nak bertumbuk bagai. Dia cakap bini dia join sekali pergi serang rumah musuh. Hahahaha aku gelak guling-guling dalam hati. Korang rasa kes sapa paling berat? Ikutla korang rasa sapa pun tapi bagi aku kes aku la lagi berat. Tapi penerimaan kami tak sama.
Saat itu aku sedar aku ade permata dalam hidup aku. Permata yang aku lupa setelah 6 tahun, dia terlalu biasa bagi aku. Hampir aku lupa keinginan untuk membahagiakan dia. Hampir aku lupa dia istimewa. Dengan peristiwa ini aku sedar dan kembali dari ke alpaan aku. Dia wanita teristimewa yang ALLAH hadiahkan untuk aku. Susah senang dengan aku. Sejukkan aku ajar aku erti sabar yang tak semua orang boleh. Sebut mudah tapi nak buat belum tentu ada upaya. Bini aku ada keupayaan itu. Aku rasa sangat bertuah. Kini kami kembali stabil. kamu semua belajarlah sesuatu dari cerita tak logik kami ni (tapi ini kisah benar). Kisah jiran dan pagar kami. Kisah jiran dan burung merpati. Bila aku kenang ia memang lucu. Untuk pengetahun korang aku dah boleh cool sikit tapi erti kata maaf belum terbuka buat mereka yang menganiaya kami. Kalau lah diorg cakap taknak kongsi atau cakap awal2 kami tak nak bayar. Aku tak buang duit. Duit aku sure cukup2 untuk rumah kami.
– Telur Kicap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit