Jiran Gila dan Tak Guna II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jiran-gila-dan-tak-guna/).

Hai, nak sambung cerita hari tu, maaf atas penulisan yang tak seberapa dan menulis artikel dalam keadaan mencarut dan penuh emosi pada cerita yang pertama.

Saya nak cerita sambungan yang ayah saya kena serang disebabkan bomba datang ke rumah dan perselisihan faham berlaku disebabkan isu anjing dan isu tembok rumah.

Sekarang baru tahu jalan cerita secara terperinci. Yang pertama, Saya tinggal di area Pasir Gudang, Taman Kota Masai. Saja beritahu, manalah tahu jiran saya ada terbaca confession ni.

Punca utama, adalah jiran saya yang panggil bomba disebabkan kucing dia berada di atas bumbung. Yang saya cerita ni jiran yang lain, bukan MS yang serang ayah saya disebabkan isu tembok rumah dan isu anjing.

Jiran yang lain tu saya namakan sebagai Cik Ani (bukan nama sebenar). Yang panggil bomba sebab kucing dia kat atas bumbung beberapa hari.

Cik Ani (bukan nama sebenar), ada lima orang anak, semua perempuan. Seorang dah berkahwin, tinggal empat orang tak berkahwin.

Dua orang sudah bekerja, lagi dua tu belajar lagi. Dia menyewa kat rumah tu pada awal tahun 2019. Kira orang baru lah. Dia dari Kuantan,

Pahang berhijrah ke negeri Johor disebabkan suami dia bekerja di Johor.

Nak dijadikan cerita kenapa saya cerita tentang Cik Ani. Jiran yang selang satu rumah daripada rumah saya. Dia punca utama.

Cik Ani seseorang jiran yang kuat cemburu dan dengki. Mulut dia memang jahat dan suka melagakan jiran. Dia nak buat jiran tetangga ni bergaduh. Mungkin tak suka hidup aman damai.

Pada tahun lepas macam tu, mulanya dia nak buat mak saya dengan jiran sebelah kanan bergaduh (bukan dengan MS). Cik Ani dia mengata macam-macam tentang jiran sebelah kanan kepada mak saya.

Lepastu dia mengata mak saya pula dengan jiran sebelah kanan tu pulak. Kononnya nak buat mak saya bergaduh dengan jiran sebelah kanan. Tetapi tak terjadi. Akhirnya diketahui ketika mereka berbual bersama. Cerita ni dah lama.

Kenapa saya cakap Cik Ani punca utama. Disebab mulut dia. Rupanya baru saya tahu Cik Ani dia yang bercakap dengan MS tentang kami dengan jiran sebelah kanan ada mengata si MS tu.

Tu yang si MS tu marah teruk. Padahal mak saya bukanlah seseorang yang suka mengata orang. Bukan sahaja isu anjing dan isu tembok rumah yang baru-baru ini berlaku.

Kejadian pergaduhan yang teruk berlaku antara jiran selepas Cik Ani selepas dia berpindah pada minggu lepas.

Tuan rumah nak jual rumah, dah ada pembeli. Jadi dia terpaksa keluar dari rumah tersebut. Kini, dia menyewa di Jalan Kuini, Taman Kota Masai.

Saya rasa ada benda yang tak kena dengan Cik Ani. Saya bukan nak fitnah ke apa.

Dua ke tiga minggu lepas macam tu (sebelum dia berpindah), pada pukul lapan malam, mak saya ternampak yang Cik Ani, berulang alik dari rumah MS tu.

Mak saya pun buka tingkap tegurlah buat apa tu. Dia dalam keadaan tergesa-gesa dan nak cepat dia cakap lah takde papelah. Mungkin ada simbah sesuatu. Tetapi, kalau fikir balik mana ada orang nak siram pokok jiran lain kan.

Pada bulan-bulan lepas, Saya pun ada ternampak dia simbah air kat rumah jiran saya sebelah kanan. Saya fikir mungkin untuk tanaman sebab dia suka tanam pokok bunga. Tapi kalau terfikir balik, takkan semua pokok bunga jiran lain pun dia nak siram.

Sebab kami berjiran bergaduh teruk lepas dia berpindah. Ye lah masalah kecil pun nak bergaduh. Tu yang macam rasa ada benda yang tak kena. Saya rasa dia main cara halus.

Hati orang kalau dah penuh dengan hasad dengki macam-macam boleh jadi. Korang anggap je lah ni cerita dongeng kalau tak betul. Sebab tak nak buat fitnah dan tuduh melulu. Selesai cerita ni.

Isu terbaru, Pada pukul tujuh pagi, MS pergi serang jiran sebelah kanan. Pada minggu lepas dia serang kami sekeluarga. Kali ni jiran sebelah kanan pula yang kena serang. Pakcik jiran sebelah kanan kebetulan kat luar.

Dia pergi halau anjing tu, sebab MS baru balik rumah. MS datang terus marah-marah pakcik jiran sebelah kanan tu. Sebab halau anjing dia.

Lepastu Dia kata kami ada mengata dia sebab Cik Ani beritahu yang kami berjiran ada mengata atau kata lain mengumpat tentang dia macam-macam.

Sebelum ni memang tak ada mengata tentang MS tu. Paling-paling pun tentang anjing dan isu kena serang baru-baru ni. Lepastu boleh pulak MS tu kaitkan dengan anak pakcik tu.

Tanaman ayah saya pun dikaitkan sekali. Tanam pokok kat depan rumah ayah saya, bukan rumah dia pun. Padahal takde kena mengena pun. Yang sekarang ni isu anjing yang dibincangkan.

Ibu Bapa saya tak buat laporan polis. Ibu Bapa saya terlampau baik bagi mereka peluang.

Tetapi saya dah nasihatkan mereka buat laporan polis dan lapor dekat majlis. Ibu Bapa saya takut MS menggunakan cara halus. Mereka tak nak memperbesarkan isu ini.

Tu yang Ibu Bapa saya tak laporkan dengan polis dan majlis. Ayah saya cuma ambil tindakan memasang CCTV sahaja. Jiran sebelah kanan tu ada laporkan dekat AJK tetapi tak boleh nak buat apa. Isu ni satu jalan dah tahu.

Saya berharap dan berdoa, MS dan Cik Ani ditimpa balasan yang setimpal. Biar mereka melutut meminta maaf. Pada masa itu, tiada maaf bagimu. Biar Allah yang balas. Sekian.

– Sara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *