jiran oh jiran

Hi assalamualaikum semua.

Aku masih seorang pelajar tapi bukan student uialah. Selalu sangat aku habiskan masa baca confessions dekat sini. Aku rasa banyak yang aku dapat dari sini. So aku just nak cerita pasai jiran. Aku ni datang dari keluarga yang biasa biasa ja tak kaya sangat tapi alhamdulillah semua cukup. Aku tinggai dekat rumah ni dah 21 tahun sama usia dengan umur aku. Jiran sebelah rumah aku pon sama. Bagi aku depa baik la jugak tapi certain time ja aku rasa. Aku rasa marah sangat sebab jiran aku suka sangat ambik kesempatan dekat mak ayah aku. Haritu anak dia bertunang, so buatlah majlis makan makan. Mak aku tengah sakit time tu tak sihat sangatlah. Tapi dia pujuk mak aku suruh tolong masak untuk tetamu. Mak aku ni jenis kesian dekat orang. So dia pon tolonglah masak. Jiran aku ni memang jemput ramai gila la. Kami satu family semua tolong la kupas bawang etc dari pagi. Biasalah kan, mak aku cakap kita kena tolong sebab kita hidup berjirankan.

Baru baru ni, kakak aku pulak bertunang. Tapi kami buat biasa biasa ja la. Seringkas yang mungkin tapi still jemput jiran, sedara-mara semua. Biasalah, kami masak semua sendiri. Banyak gila menu tapi masak sendiri ja la dekat rumah. Mak ayah aku ada jugak bagitau jiran aku yang kami nak buat kenduri kecil. Dia mcm oooo ja. Waktu kenduri pon dia tak mai makan lagi la sampai lima enam kali kami kena dok panggil. Sedangkan dia duduk sebelah rumah aku kot. Bulan sept nanti, anak jiran aku tu dah nak nikah. Tapi aku dah pesan awai awai dekat mak ayah aku. Tolonglah jangan terlalu sibukkan diri sangat nanti. Sebab aku tau, mak ayah aku akan bertungkus-lumus gila. Bukannya aku tak mau, tapi selalunya kami ja yang buat itu-ini. Bukannya nak minta balasan, tapi bila kami buat apa apa mesti mai makan pon puas panggil.

Dari kecik lagi aku rasa, kami adik beradik macam kuli jiran aku tu. Terutama sekali akulah. Aku ingat lagi, dia selalu panggil aku suruh tolong beli rempah kari atau ais kiub atau apa apa ja yang dia nak masak. Aku pon ha okay boleh boleh. Sekalinya aku tengok anak dia terbongkang dekat ruang tamu tengok tv. Sumpah banyak kali gila. Aku ni jenis orang selalu ingat apa orang buat. So banyak kali sangat dia selalu panggil aku nak suruh pi kedai sampai kadang kadang aku buat tak dengaq ja. Bukan nak biadap tapi tu la anak dia pon ada….yang aku geramnya dengan jiran aku tu selalu bangga banggakan jiran sebelah lagi. Aku tak kisah pon kalau dia nak bangga apa pon. Tapi mcm kalau dengan family aku ni kami macam pencacai dia tapi kalau dengan family jiran satu lagi dia agungkan.

Kalau cerita sedih ja mai berdrama dekat mak aku. Kalau nak berhuha ja cari jiran sorang lagi. Aku bukan nak cakaplah, kadang-kadang aku rasa dia takut mak ayah aku ada lebih dari apa dia ada. Selalu mcm kalau result exam, so far famiky kami lebih baik. Bukan nak bangga, tapi alhamdulillah. Contoh anak jiran sorang lagi spm dapat 4a, dia cerita satu taman pandainya anak B tu dapat masuk universiti bla bla. Sedangkan kakak aku dapat 8a spm dulu, dia tanya ‘hg dapat berapa?’ Kakak aku pon jawab la alhamdulillah 8. Dia mcm oooo ja pastu masuk rumah. Aku selalu la buat kesimpulan sendiri, maksudnya kami ni tak boleh lebih la apa apa dari anak dia atau jiran aku si B tu. Kadang-kadang mak ayah aku beli benda baru, contohnya perabot ka kereta baru ka apa apa kalau dia tau mesti dia mai rumah aku pastu dok cakap dekat mak ayah aku banyak pulak duit hg duit beli beli semua ni. Ya Allah, geram gila aku dengaq.

Dalam tahun ni jugak, kami satu family terima ujian. Aku rasa ujian ni paling besaq dalam hidup aku. Abang aku meninggai sbb accident. Sedih kami tak payah cakap la. Abang aku rapat la jugak dengan anak jiran sebelah rumah aku tu. Anak dia aku tau la mmg sedih. Suami si jiran aku ni aku tau dia pon baik. Yang si isteri dia tu la. Kadang kadang aku rasa dia selalu berlakon ja semua kesedihan dia. Aku tak kisah pon kalau dia tak sedih, tapi kalau orang mai rumah aku nak ziarah mak ayah aku, nnt dia pon mai jugak la setiap kali orang mai tu. Pastu, mesti dia dok sendu teriak teriak la kata dia selalu teringat abang aku. Tapi part yang aku paling marah sekali, kami buat tahlil 3 malam. Lepas tahlil kan ada makan makan. Time orang ramai  mai makan tu, jiran aku yang si makcik A perasan yang anak anak si B tak mai makan. Dia boleh suruh aku panggil anak anak si B. Aku pon okay la pi la panggil. Tiga-tiga malam macam tu. Last sekali malam ketiga tu, dia nak suruh panggil lagi. Aku pon cakap la ‘kami buat tahlil dekat abang. Kalau rasa nak mai-mai la’ sebab aku dah gersm sangat. Hari last tahlil tu la mak aku mmg sedih sangat. So dia mmg tak makan apa lagi. Mak cik aku ada simpan lauk dah utk mak aku makan bila dia rasa dia okay. Tapi jiran aku si A ni dia masuk rumah dia cedok lauk tu semua utk rumah dia dan dia bagi dekat si B. Siap ambik lauk bagi mak mertua dia jugak kot. Pastu mak aku bukak la periuk tengok semua kosong. Kesian gila dekat mak aku time tu.

Aku selalu pesan dekat mak ayah aku, kalau aku terbiadap nnt aku mintak maaf. Aku rasa aku punya sabaq dengan jiran aku dah habis limit dah. Aku mmg rasa nnt kalau dia mai rumah aku, aku nak teguq dia. Janganlah ambik kesempatan dekat mak ayah aku. Doakan kami sekeluarga bahagia dunia & akhirat! Kami semua tak sabaq nak berkumpul satu family di syurga nanti sebab semua rindu abang sangat. Sorry kalau bahasa aku agak kasaq. Thanks for reading. Assalamualaikum