Assalamualaikum semua. Aku Putih, berusia penghujung 20an. Aku menetap di utara. Sesuai dengan tajuk yang diberikan, aku ingin minta pandangan para pembaca tentang masalah aku ini.
Aku ada jiran anak beranak. Aku namakan si anak perempuan sebagai R dan si ibu sebagai H. Mereka tinggal berdua sahaja.
Cerita bermula bila, jiran-jiran dapat tangkap R bawak masuk lelaki dalam rumah pada bulan puasa yang lepas. Masa tangkapan dilakukan H ada bersama R dan lelaki tersebut.
Lupa aku nak bagitahu H lumpuh separuh badan tapi boleh berjalan dengan memapah pada dinding. H yang keluar bukak pintu pada malam tersebut.
H keluar marah- marah dengan kata2 kesat serta menghina beberapa orang yang tangkap R. Pada malam itu suami aku pun salah seorang yang pergi tangkap mereka.
Keesokan harinya H mula dok menjaja cerita pada orang lain yang lalu depan rumahnya yang kami nie jahat dan suka ambil tahu tepi kain dia. Yela sebab kami jiran sebelah dia je dan kami jugak tahu kisah silam anaknya.
Kisah silam R kami tahu sebab sebelum dengan lelaki yang kena tangkap nie, R penah bersekedudukan dengan kawan suami aku yang aku namakan sebagai M.
M dengan R pernah duduk sekali like husband and wife tanpa jiran-jiran dapat tahu yang mereka bukan suami isteri. Pada masa tu H tak duduk sekali dengan mereka. Dan kami pun balik berkursus di selatan tanah air.
Kami dapat tahu yang M tak jadi nak pergi temuduga untuk berkahwin dengan R (korang pikir la sendiri M dan suami aku kerja apa ye).
So 1 tempat kerja dah heboh yang M tak jadi kahwin dan M juga mintak ditukarkan dengan segera ke negeri lain. M tak dedahkan secara terperinci kenapa dia berbuat demikian.
Kami balik daripada kursus dan M pun mintak tolong suami aku untuk ambikkan barang M yang tertinggal dirumah R. Tapi R nak suruh M datang sendiri untuk ambik barang dia. R juga ada bercerita mengenai hubungan dia dan M.
Kata R, M dah ada orang lain dan M mengatakan faktor R yang banyak hutang juga buatkan buat M tak jadi berkahwin dengan R.
Kebetulan masa tu aku mengandung dan R pun bercerita la yang dia pernah czer. U guy rasa? Aku dengar pun aku kelu dan tak balas apa apa pun daripada perbualan kami.
Long story short, M berkahwin dengan wanita lain. Dan R mula membawa H tinggal bersamanya.
Mula2 R dan H okey sahaja dengan kami tapi selepas kejadian tangkapan tu H mula lakukan provokasi dengan jiran jiran.
Setiap hari ada sahaja provokasi yang dilakukan H dengan menghembas pintu ketika jiran jiran duduk bersembang petang dan ketuk penyapu dengan kuat setiap jam.
Kami jiran jiran memang akrab ye. Cuma dia anak beranak je kami 1 lorong pulaukan. Bukan sebab kes anaknya tapi lebih kebiadapan ibunya.
Baru2 nie R tunang dengan lelaki yang ditangkap bersama R tu. Tapi R buat majlis tunang dalam garaj rumahnya. Tapi tak bagitahu jiran2 yang dia nak buat majlis.
Tetamu yang bertandang ramai sampi duduk di kawasan depan rumah aku dan depan rumah jiran. Sampai kami nak keluar kereta pun jadi serba salah.
Sudah la laluan masuk rumah aku dan R nie pada arah yang sama sebab kami menyewa pada tuan yang sama.
Aku harap para pembaca bole bagi aku sikit pandangan tentang masalah aku nak hadap jiran yang tak ada common sense dan tak ada rasa malu macam nie.
Terima kasih pada yang baca sampai habis cerita aku tunggang langang nie.
Ikhlas,
– Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Satu je la nak cakap. Melayu ni kalau berzina laju je nk tangkap, beranak tak kawen cepat je nak judge. Tak fikir mungkin dia pernah kena sexual assault sampai mengandung ke. Tapi kalau bab dera sampai bunuh pun taktau ape cer, bab jiran makan anak makan tahun pun buat dek je. Ahahahaaaa…
rasanya awak yang jiran toksid tu.
Abaikan je la dia. Boleh kot kan? Benda yg dorg canang tu tak betul jd takyah la takut pape or terkesan sgt dgn apa diorg ckp.
Lg 1, jiran2 semua kamcing kan. Diorg yg dipulaukan. Jd awak berada di pihak majoriti. Takyah la amek hati dgn org2 mcm tu. buang masa je.
Klaw aq di tempat tu, aq pindah je ke tempat lain yg lbh selesa.. (awk mnyewa je kan..?) ..mmang lah mcm kita yg terpaksa ‘mngalah’ dan melibatkan kos jugak, tp klau dah hari2 mngadap org2 yg mcm tu, sanggup ke, klau sehari dua mcm kita dduk ‘homestay’ xpe la jugak, tp klau mkn tahun nk menghadapinya, rse nya aw x sanggup, yg akn dtg x tau lagi apa yg akn terjadi, (n bakal suami R tu xtau lg mcmne plak, kan..) klaw kenal dia ok, xper gak, tp klaw dia pon 2×5 or lagi teruk dari R & H, mmg ‘havoc’ la jdi nya.. so sbelom ‘bergaduh besar’ d kmdn hari, baiklah ‘berundur secara terhormat’ dari sekarang ni.. hanya pandangan dr ‘orang luar’, awk tentu lbh arif.. wallahu a’lam