Jiwa Yang Hancur, Disiat Beribu Kali

Untuk part I, (https://iiumc.com/jiwa-kecilku-ingin-meronta/).

Salam. Hai buat semua pembaca confessions… Dünya nak sambung kisah yang korang nantikan tu. Harapnya menjawab.

Aku bila dah besar ni, aku nak lah berdamai dengan masa lalu aku yang pahit. Tapi, bukan mudah yer. Aku masih simpan rasa marah tu pada ayah.

“Aku kecewa dibesarkan dalam keluarga yang kurang kasih sayang. Kalau nak bermanja dengan keluarga sendiri, mesti janggal lagi-lagi bersembang terlalu lama dengan ayah. Ye la nk kena ‘eye contact’ kan”

Mak aku kata, ayah aku baran sebab dia ikut arwah ayah dia (tok wan) aku. Garang orangnya bila dengan anak-anak dia.

Ayah ni jenis baran yang tak boleh bincang dah. Kalau anak-anak buat silap atau bantah pendapat dia. Mesti kena masa tu juga. Apa yang ada dekat dia, nasib badan la kau kena sebat.

Tapi sejak aku sekolah menengah, duduk asrama, ayah dah kurang pukul aku dah, sebab jauhkan lagi pun aku dah besar. Jarang balik rumah.

Walaupun aku jarang balik, aku tetap akan rasa ada je benda yang tak kena jadi kat rumah.

Bila aku balik cuti sekolah. Ayah tiada di rumah, mak akan luah cerita kat aku. Sebab aku je yang selalu duduk bersembang tanya keadaan mak, tanya apa yang jadi.

Mak cerita dengan aku, waktu nak sarapan pagi tu, tengah makan la. Adik laki aku buat silap apa tah, ke ayah ada suruh dia, tapi dia tak nak buat atau bantah macam tu la. Aku tak ingat.

Ayah aku datang dia punya gila tu. Dia simbah air kopi panas dalam cawan dia kat adik aku. Menangis mengelupor adik aku sakit. Ye la panas. Bebal betul orang tua tu!

Mak aku cepat-cepat tarik adik aku bawa ke bilik air. Terus mak jiruskan air kolah kat dia sampai lenjun dia. Nak redakan panas kena air kopi tadi.

“Gila ke buat macam tu kat anak, teruk anak aku siap kau” berang la mak aku. Terkeluar marah dia.

Tapikan ada satu pagi tu. Rutin pagi nak ke sekolah.

Adik perempuan aku pernah buat hal tak nak pergi sekolah. Dia sampai kena rotan dengan ranting kayu pokok depan sekolah. Sampai guru besar keluar. Suruh ayah bawak balik adik aku.

Kawan-kawan dalam kelas tanya, “kenapa ayah kau pukul adik kau macam tu”. Yang aku malu, tahan sebak mata berkaca je masa tu.

Kesemua kami adik beradik pernah kena pukul. Antara ada yang kena teruk dengan tak je. İkut la nasib masing-masing.

Aku ingat lagi, aku dah habis spm la. Dapat tawaran masuk plkn. Ajak la ayah dengan satu family la ikut. Lepas satu kedai, ke satu kedai yang lain. Sebab bukan semua barang yang kita cari tu ada dalam satu kedai tu.

Korang tau tak. Aku kena maki dalam kereta masa kat trafic light.

“Hangpa ingat aku ni pencacai (hamba) hangpa ka, nak ikut rentak hangpa? Nak usung pi sana sini” sambil dia hentak stereng kereta dengan kuat.

Aku beli barang nak masuk kem pun, pakai duit sendiri. Duit dapat masa biasiswa sekolah dulu. Bukan guna duit ayah pun…

Aku masa tu dah berjurai airmata, tersedu menangis. Mak aku pun berkaca mata dia. Aku tau mak tengah sedih juga.

Sampai je rumah, aku terus keluar dari kereta tak pandang muka dia, hampir seminggu juga tak bercakap dengan ayah. Punya ‘protes’ tu.

Bila sesekali aku duduk berdua, sembang dari hati ke hati dengan mak. Aku terdetik nak tanya.

Aku : “Kenapa mak tak buat laporan polis je sebab ayah pukul kami teruk sampai luka”

Mak : “sebab masa tu undang-undang pukul anak kat malaysia tak kuat lagi”

Aku : “Kenapa mak tak nak minta cerai atau fasakh je dengan ayah sebab dah melampau, buat kami anak-anak teruk sampai macam tu”

Mak : “sebab mak fikir anak-anak, kalau mak tak fikir anak dah lama bercerai dengan bapak kau, tinggalkan korang”

Aku tau mak terkilan dengar soalan aku. Mak pandang aku terus diam. kami terus sambung borak topik lain pula sebab nak ubah suasana muram tadi.

Aku tak boleh la, kenapa lah mak aku jadi macam tu, macam orang bodoh, senang di injak suami sendiri dengan keluarga suami dia.

Macam mana la, mak aku lalui dengan hati sekental batu konkrit tu. Aku sendiri pun tak sekuat dia.

Kalau ayah pukul kami dia pertahankan anak-anak dia tapi tak buat report polis. Sebab mak aku tak pandai bawa kereta kot dan tiada duit sendiri di tangan dia.

Yang pak cik, mak cik sedara, nenek semua tak berfungsi. Apa yang jadi dalam rumah tu tengok diam je. Konon diorg tak nak masuk campur la.

Sejak mak berhenti kerja kilang, duduk kampung ayah. Ayah aku kedekut pahit nak beli barang makeup, beli baju baru untuk mak. Makin hari penampilan mak aku macam bibik dalam rumah usang nenek aku tu.

Ayah aku jangan cakap la, dia dapat gaji je berganti baju, kasut, minyak wangi mahal dia pakai.

Untuk anak bini dia kalau dia nak belikan pun atas ihsan dia. Tak boleh beli baju atau barang mahal macam dia. Katanya lari bajet kalau nak berbelanja untuk family sendiri.

Suka berfoya dengan kawan-kawan, tukang habis kan duit dia. Enjoy pergi karaoke, balik lewat malam. Macam orang tak de live macam perangai bujang dia. Padahal dah berkeluarga.

Bila habis duit, melepek kat rumah tak lepak luar. Tanya anak bini sebab nak meminjam duit beli rokok. Kiteorg ni anak sampai kena korek tabung tau sebab nak tolong bagi duit rokok dia.

Bila senang tengah duit banyak, dihinanya kami ni. Susah baru lembut je cakap dengan kami.

Sekarang aku lega, nenek dah tak duduk serumah dengan kami. Sebab dah ada rumah sendiri.

Nenek sekarang pun dah uzur sangat dia. Muka cengkung je, nyanyok! sampai kami ni pun dia tak kenal. Kali ni dia duduk dengan anak kesayangan dia, jaga la sampai akhir hayat nanti harapnya begitulah.

Aku perhati je ipar duai mak, nenek masing-masing dah dapat balasan tuhan.

Ye la, dulu masa sihat tengah bahagia. Diorg lah tukang adu domba, fitnah cerita bukan-bukan hal mak aku. Sampai ayah asyik nak ajak mak bergaduh je. Semoga diorang ambil ikhtibar dan berubah la.

Ayah makin hari makin tua ni, dia tak de lah buang tabiat lagi nak pukul kami. Kami dah besarkan.

Cuma satu je tak berubah lagi. Mulut kaki maki dia je la. Jangan berani buat salah dengan dia. Nasib telinga kau la mendengarnya nanti.

Ayah pun dah dapat karma dia. Kawan-kawan yang dia sanjung, kawan kikis dia semua tinggalkan dia. Tak nak berjumpa lagi sebab dia dah jatuh susah, duduk kampung.

Aku selalu pegang kata-kata hati aku. Takkan selamanya sengsara dan berduka jiwa. Tuhan akan hadiahkan nanti orang yang terbaik untuk aku, boleh bahagiakan aku sebelum aku menutup mata nanti.

Sebab aku terlalu sangat idamkan keluarga bahagia dan harmoni bila berumah tangga nanti. Doakan untuk saya yer semua.

“Kerana setiap dari kita berhak merasa bahagia, dicintai, dibelai dengan penuh kasih sayang”

Sekian….

– Dünya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *