Jodoh atau Bodoh

Aku ialah seorang pelajar postgraduate di salah satu universiti di Malaysia. Umur aku 30 tahun dan bakal habis pengajian.

Senior selalu cakap di akhir pengajian kita akan diuji dengan macam2 seperti kehilangan orang tua, putus cinta dan sebagainya.

Tapi sebaliknya bagi aku, aku diuji dengan kehadiran lelaki yang cuba berkenalan secara serious. Aku akui hidup aku hanya disekelilingi dengan buku-buku, keluarga dan diri sendiri.

Kawan-kawan aku boleh dikira dengan jadi kerana aku seornag yang introvert, cepat penat bila keluar outing. Haha… Aku lebih suka memerap dan membaca.

Aku tak pernah bercinta kerana aku dibesarkan dengan keluarga yang memberi kasih sayang yang cukup. Untuk apa aku menagih kasih sayang yang lain. Aku tak reti untuk sayang orang lebih dari diri aku.

Oleh itu, aku tak berkawan lebih dari seorang kawan dengan lelaki. Aku mempunyai ramai lelaki, even guy bestfriend. Tapi hanya kawan.

Jika aku stress dengan hidup aku, aku akan balik kampung untuk 3-5 hari. Tapi sejak dah berumur 30 tahun, mama suruh aku mencari boyfriend or aku bakal dijodohkan dengan pilihan keluarga. Cliché! Haha..

Aku mempunyai impian untuk bekerja di luar negara, disebabkan impian ini, aku tak rasa perlu bercinta dan kahwin kerana ia akan memberhentikan impian aku untuk bekerja di luar negara.

Ini aku punya thinking & aku juga suka lelaki dari luar negara kerana mereka mempunyai pemikiran yang supportive terhadap gf/wife.

They celebrate each other’s achievements.

Cut it short, aku joined dating apps (Tinder & Omi). Disebabkan aku mempunyai self-love yang tinggi, aku tidak mudah terjerat dengan cinta2 lelaki di sini. Ada yang mengaku sudah ada GF.. hahaha..

Aku rasa aku boleh hasilkan satu thesis master tentang psychology lelaki di dating apps.

Kebanyakkan mereka rasa tak layak untuk aku kerana mempunyai education yang tinggi. Bagi aku pula, aku tak pandang semua tu, melainkan attitude and agama. Objektif aku sangat clear iaitu hidup untuk akhirat.

Oh, aku mempunyai background agama yang agak strong & aku boleh berdebat tentang agama. Aku punya empathy dekat orang sangat tinggi.

Di Omi, aku berkenalan dengan 2 lelaki yang begitu cepat menurutku. Aku namakan, A & B.

Awal perkenalan A sudah memberitahu ibunya tentang diriku. Ibunya juga bukan calang-calang orang kerana pernah menyelia pelajar2 di institusi tinggi. A begitu excited untuk berjumpa ku.

Tapi aku sangat sibuk dengan thesisku. B pula juga menyatakan hajatnya untuk berkenalan secara serious. Namun B sangat busy dengan his work.

Aku suka lelaki yang sibuk dengan kerja2 because it’s so sexy. Hahaha… B seorang yang berhati-hati dalam pertuturan dan B sangat aware segala perubahan mood aku. Aku senang dengan B.

Kisah yang aku nak ceritakan adalah kisah A, yang mana, aku memerlukan pendapat korang. Aku memang slow bab2 camni. Aigooo~~

Aku telah berjumpa dengan A sebanyak 2 kali. Kali pertama berjumpa pada waktu lunch memandangkan kami juga sibuk dengan diri masing-masing.

A terus menyatakan business dia, tentang hal keluarga dia yang sangat complex itu. Dahlaaa hari tersebut, sehari lepas kena booster injection. Tak boleh digest aku dengan semua itu. Imagine, aku balik terus tidor sebab pening. Haha..

Objektif utama berjumpa hanyalah untuk kenal-kenal, tapi terus begini introduction dia. Hahaha. A dilahirkan dalam keluarga berada dan sangat open minded. A ada mengatakan dia seorang yang nakal.

Bagi aku, nakal lelaki normal la, kerna semua lelaki nakal. Then, kami balik & sibuk dengan kerja masing2. A minta jumpa untuk lunch following week, and aku setuju kerana A nak berbincang ‘tentang kita’.

Di sinilah segalanya terjadi. A seorang yang suka pegang-pegang dan aku pantang lelaki pegang aku. Memang aku hangin. Takde pape, dah pegang-pegang memang hangin la aku.

A terkejut beruk yang aku masih virgin kerana according to his dictionary, mana ada perempuan yang virgin sekarang.

Yela, dah dia hidup lavish dan perempuan datang dan pergi. A mengaku yang dia pernah tido dengan ex-tunang dia 6 years ago.

Diaorang tak jadi kahwin kerana waktu A balik to suprisekan fiancé dia, A terkejut tengok tunang dia slept with another guy. So dia broken teruk la, till dia jumpa aku recently.

Lepas tu A excited bila dia tahu yang sangat menjaga diri aku & aku dah terdiam time tu. To process all of these again memang aku macam ‘What the helllll is happening?’.

Aku tak cukup KL untuk semua ni. Macam novel or drama pukul 7 petang. Hahaha….. Lepas makan, dia hantar aku balik, dan dia tak tahu aku masih analyse dia. A cakap dia serious dengan aku & nak jumpa parent aku.

Tapi aku macam blurrr. A lagi sekali cuba memeluk aku, arghhh! Siot punya jantan. And aku actually tak dela ayu sangat, kerana aku tertampar A sebab aku rasa dia tak hormat aku as perempuan.

He should protect my dignity yang selama ini aku jaga if nak halalkan aku. Ini bukan ke Jannah, tapi jahanam. Jangan senang-senang buat aku macam perempuan murahan.

Balik aku nangis sebab aku rasa jijik dengan diri aku diperlakukan seperti tu. Aku solat taubat, hajat & istikharah. Aku berdoa if lelaki sebegini hadir, aku rela menjadi single.

A mesej aku tanya kenapa aku seperti bad mood. Dia tak faham okay kesilapan dia. Aku cakap aku pening & nak tidur.

Pukul 3 pagi, aku bangun & solat taubat. Aku nangis lagi. Aku tak suka dipegang & diperlakukan sebegitu. Then, aku mesej A panjang lebar yang aku tak nak berkawan dengan serious dah kerana aku nak menjaga maruah aku & aku memberi few tazkirah kepadanya.

Hahahahaha… Bagi A, if perempuan jadi gf dia, he wants all the attention to him. Aku tak boleh memberi lelaki seperti ini peluang.

Bahaya! Aku sedar perempuan mudah lemah dengan pujuk rayu. Huhu…Aku decide to end the game.

Keesokkannya, A mesej aku seperti tiada apa2. Aku Tanya baca ke tak & dia cakap okay je. Dia cuba. Aku takut untuk berjumpa dengan A if dia apa2 kan aku lagi.

Namun A seperti tidak mahu berundur. Aku memberitahu yang aku busy and block him. Dia calls aku guna number lain. Argh! So stress..

Maybe ini dugaan aku yang cuba menjaga keimananku. Till now, aku rasa berdosa dengan apa dia. Aku tak rasa aku cukup bagus untuk membimbing A ke arah yang baik.

Iye, aku persiapkan diri dengan agama just in case husband aku tu baru masuk Islam. Hihi… Tapi untuk guide lelaki Islam untuk balik ke lumrah ni.. hmmmm..

Aku pernah Tanya dia solat cukup waktu & puasa tak. Dia cakap ‘ingat dia jahat sangat ke? Itu kehidupan dia 6 tahun dulu.’

Make it worst, ex-fiance dia still contact him sebab teringat dia. A pulak sangat transparent dengan kehidupan dia & ex-fiance siap hantar naked photos because she still miss him.

Fyi, she’s already married with kids. Time husband dia tak de, dia cari A. Hanginnnn la aku. Aku faham laaa lelaki yang jenis gentle memang akan tolong ex diorang. Tapi apa ke bodoh hantar naked photos?

A cakap dia dah block that girl for me. Aku cakap don’t do it for me, but do it for Allah.

I teringat kata2 Nukman Ali Khan ;’ Sometimes your ‘past’ might be a gift from Allah. for you to be a better person in future’. Cukup berubahkah A?

Tapi aku still benci A & aku dh kurang percaya. I don’t know. Serabut la dengan nak siapkan thesis. Now, aku cuba sibukkan diri & tak reply mesej A sangat. Huhu..

– We (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *