Jodoh Dan Solat Istikharah

Salam 10 ramadhan untuk semua umat islam! Hari ni aku ade benda nak spill berkaitan jodoh & solat istikharah..

Nak teruskan baca, boleh.. Kalau tak nak, boleh skip.. Cerita ni sekadar bacaan suka² je.. Lawak bagi aku.. Tapi tak tahulah korang rasa tak lawak cerita ni.. 

Aku nikah dengan suami aku tanpa bercinta pun.. Kitorang kenal² gitu je.. Kebetulan pernah sekolah di sekolah yang sama.. Kat sekolah dulu aku tak kenal pun dia..

Waktu suami aku ajak nikah, aku tak bagi jawapan ‘ya’ mahupun ‘tidak’ sebab time tu aku memang berkawan dengan ramai orang.. Umur pun muda lagi bagi aku waktu tu.. 24,25 tahun..

Aku cuma ambil masa berfikir dalam² & bagitahu aku nak buat solat istikharah dulu.. Yelah, nak serius dalam 1 hubungan ni bukannya boleh buat main².. Tanggungjawab besar.. 

Aku ceritalah dekat ibu aku pasal ada orang ajak aku bernikah.. Time tu adalah dalam 2 3 orang kenalan aku yang ajak bernikah..

Ibu aku tanya aku pilih yang mana? Kita ni perempuan, pilih imam biar betul².. Jangan sampai tersalah pilih imam.. Imam yang aku nak elak adalah imam yang awal perkenalan dah nampak redflag (kedekut, ringan tangan, malas kerja dll yang negatiflah senang cerita)

So, aku yang tengah tapis calon imam ni buatlah solat istikharah.. Mohon petunjuk Allah..

Korang kena tahu ya, jawapan Allah kepada solat istikharah kita sebenarnya bukan dalam bentuk mimpi sahaja sebab mimpi pun kadang² hanyalah mainan syaitan..

Bila dah seminggu berturut² buat solat istikharah, ibu aku pun tanyalah aku apa jawapannya..

Ok, kat sini ada lawak sikit ya.. Aku memang dapat mimpi.. Dalam mimpi, yang aku nampak bukan muka orangnya.. Tapi PERUT orangnya!!!

Aku cakap kat ibu aku, aku nampak perut je.. Orangnya aku tak nampak.. Ibu aku dah berdekah gelak.. Dia suruh aku teka perut siapa yang aku nampak.. Manalah aku tahu perut siapa sebab aku tak selak baju orang semata² nak tengok perut. 

Jawapan Allah kepada solat istikharah aku tu, aku dapat rasa dalam hati.. Aku selesa dengan siapa..

Aku boleh tunjuk perangai aku luar dalam tanpa selindung berpura² ayu sopan lemah lembut gittuhhhh.. Lagi 1, Allah tunjukkan perangai sorang² calon imam aku tu.. Dan yang lulus adalah suami aku, encik lesung pipit.. 

Aku bagitahu dia kalau betul serius, datanglah jumpa ayah & ibu aku.. Tanpa bagi banyak alasan bodoh, dia memang berani datang mengadap ayah & ibu aku..

“Pakcik makcik, saya suka anak pakcik makcik.. Saya nak datang bawak rombongan merisik”… Ahaaaa gitulah ceritanya…

Lepas dah bertahun hidup bersama suami aku ni, anak pun dah 2 orang.. Aku tetiba teringat PERUT yang dalam mimpi aku dulu tu.. Eh, betullah tu perut suami aku!!! Hahaha..

Itu sahaja lah cerita dari aku, pendek je..

Sekian… Selamat berpuasa semua!

– Mrs MFI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Pengalaman istikarah aku sendiri la, aku xdpt petunjuk dri mimpi. Dapat petunjuk pom halus yg amat. Kata org penuh makna tersirat. Aku plak jenis benak sikit bila nak paham benda2 tersirat ni. Jd aku bt solat hajat jugak mintak Allah tunjuk terang2 kat aku, sape jodoh dunia akhirat aku dan jauhkam aku dri lelaki yg bkn jodoh aku. Ha nok, bru nampak laki aku. Dan aku bt solat hajat dgn istikarah tu bkn sehari dua tau tp setahun beb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *