Kerjaya Atau Mak

Hi semua. Saya Coklat, berdasarkan tajuk di atas semestinya saya sekarang sedang tersepit antara kerja dan mak.

Saya orang Sabah dan sebelum ni saya belajar di semenanjung.

Selepas tu saya bekerja di semenanjung juga disebabkan saya gagal untuk mencari pekerjaan di negeri sendiri,

Lagipun pada saya peluang bekerja di semenanjung lebih banyak dan saya boleh luaskan karier saya.

Oh lupa pula saya anak pertama perempuan daripada 3 beradik. Kedua-dua adik saya lelaki.

Rezeki adik adik saya untuk belajar dan bekerja di sabah. Jadi mereka berdua lebih banyak luangkan masa dan menjaga mak saya.

Selepas setahun saya bina kerjaya di semenanjung ada beberapa hal yang terjadi di tempat kerja menyebabkan saya terpaksa pulang ke kampung sebentar dan berkira kira untuk mencari pekerjaan disini.

Namun sayangnya sudah beberapa bulan saya mencari peluang di sabah tak ada satupun panggilan yang saya terima.

Tetapi selepas saya mencari di selangor saya mendapat beberapa interview dan ada panggilan kerja.

Tetapi mak saya tak rela, dia nak saya menjaga dia disebabkan saya tak pernah menjaga dia sepanjang saya membesar. Hanya adik2 saya saja yang sering menjaga dia.

Disebabkan saya seorang saja perempuan dia nak saya kerja di sabah.

Kalau boleh dia nak saya menjadi kakitangan kerajaan. Biarlah berehat dahulu daripada bekerja katanya sambil menunggu panggilan kerajaan.

Disebabkan hal ini saya sering bertengkar dengan mak.

Saya cuma mahukan persetujuan dia. Kami bukan orang berada, disebabkan itu saya mahu bekerja di semenanjung untuk meningkatkan taraf hidup keluarga kami.

Saya tersepit. Saya mahu kerjaya saya berkembang tapi pada masa yang sama saya sayang mak saya dan saya mahukan redhanya.

Apa patut saya buat? Saya dah buntu.

Saya seorang yang tak boleh menganggur lama kerana saya merasakan diri ini tak berguna.

Apa nasihat yang boleh diberi kepada saya?

– Coklat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *