Jodoh Psiko Dari Baituljannah

Hi Assalamualaikum. Lately ramai aku baca confessor yang cerita pasal laman web cari jodoh khususnya Baituljannah. Aku tak salahkan portal ni. Tapi ketahuilah bahawa setiap manusia itu perangainya berbeza. Tak semestinya yang masuk portal tu semua betul-betul.

Antara confession yang boleh di baca,

(https://iiumc.com/mencari-jodoh-di-baituljannah/)

(https://iiumc.com/suami-dari-baituljannah/)

Aku pun dulu pernah terjebak dengan portal ni (selepas banyak kali dikecewakan huhu) tapi malangnya terkena dengan mamat psiko. Aku namakan dia dengan H lahh senang yee.

Masa awal2 aku masuk portal tu, aku kenal dengan H. Muka memang helokk. Kalau sesiapa yang pernah join portal ni mesti tahu yang sesiapa yang masuk, tidak dibenarkan untuk contact diluar. Maksudnya hanya borak dalam tuu je. Tak boleh bagi nombor telefon atau apa2 yang personal.

Berbalik pada H, awal2 dia nk mintak fb aku. Then aku time tu tak fikir apa lah, bagi je. Pastu start contact. Kebetulan H ni duduk dekat je dengan rumah aku. Lebih kurang 15min je.

Long to short, first aku jumpe, nampak lah dia nie budak masjid. Tiap waktu pergi masjid. Okay dah cun. Start jumpa tuu, kiteorang tiap2 hari dating dari 8pagi-12malam. Mesti korang fikir aku tk kerja kee. Time tuu aku cuti sem sebenarnya. Tapi lagi 2 minggu nak naik sem lah kononya (gatai nak cari jodoh hahaha).

Dating waktu tu okay je. Tapi dah hari2 aku dah start rasa tak selesa. Dia ni baru nak cari kerja. So aku lah yang tolong buatkan resume, update SPA untuk dia, hantar dia pergi hantar borang kerja etc. Balik terus dating. Makan2. Dannn aku mula rasa something pasal dia nie sebab duit dia tak pernah keluar se sen pun.

Dia ada kereta, tapi tak pernah offer amek aku. Aku je amek dia kt rumah dia setiap hari. Itu satu hal, nak makan pun sama. Dia pernah nak makan makanan korea, aku pun okay je layan, last2 aku jugak bayar. Mukaa diaa banyakkk happy eaa. Duit aku yang susut. Hahahaha.

Macam aku mention kat atas, kiteorang dating sampai 12 malam. So makan malam lah kan, akuu jugak keluar duit. Kadang2 aku saja order air masak, dia yang order sedap2. Last2 muka aku jgk bayar. Hahaha.. Malam lepas makan, hantar dia balik dan sampai rumah kena on the phone (otp) dengan dia sampai tidur.

Benda ni berlarutan seminggu. Aku dah mula rasa tak tahan bila aku rasa dia cuba gunakan aku dan kongkong aku. Aku nak jogging dia tak bagi, lepas tuu marah2 aku sebab senyap2 pergi jogging.

Lepas tu dia akan suruh aku minta maaf dengan diaa. Nak minta maaf ada skema yee anak2. Kena minta maaf, pastu nyatakan kesalahan dan akhiri dengan penyesalan dan tidak akn ulangi kesalahan itu. Aku dah mula rasa tak tahan.

Dia juga kuat cemburu even dengan abang aku sendiri. Pernah 1 day, abang aku balik dari kerja (dia kerja jauh, seminggu sekali je balik rumah), aku mula2 tu dah janji dengan H nak pergi bank sama2. Tapi sebab tetiba abang aku balik, kena lah masak kan.

Pastu aku cakap lah sorry tak jadi teman. Kena masakkan abang saya. Lepastu dia tetiba angin. Cakap aku lebihkan abang aku. Hahahahah tu abang aku kot. Adik mana tak sayang abang. And you are not part of my family pun. So of course akan lebihkan abang kandung.

Dia pun cemburu dengan kawan2 baik aku yang semuanya perempuan. Dia tak bagi aku jumpa kawan2 aku sekejap pun. Kena jumpa diaaa je hari2. Siap hasut kawan2 aku tu akan tinggalkn aku (alhamdulillah sampai sekarang still berkawan dan jumpa lagi).

Dan perangai dia yang paling pelik, bila malam otp dengan dia, diaa akan jadi lelakii yang pervert. Cakap benda2 lucah macam, ‘malam2 awak pakai bra ke? Nanti dah kahwin jangan pakai tau. Panties pakai kee? Malam2 nanti abang bukak kay’.. Korang boleh imagine takk apa aku rasa time tuu. Seramm dooooo.

Banyak benda psiko dia buat. Hubungan terpaksa ni hanya berlaku 2 minggu jee. Dan aku berhabis duit sebab dia dekat 1.5k (Bodohnya sis) tapi alhamdulillah benda ni dah berlalu 3 tahun lalu. Tapi aku tahu jee dia ada sebab masih friend dengan aku kat fb hahahaha.

Time frame 2 minggu jee tapi aku boleh bayang terseksanya aku time tu. Ingatlah, budak masjid ke apa kau jangan cepat judge. Dapat jenis camni meranaaa. Kalau ada yang nak aku cerita kisah pelik dia lagi boleh lah komen. Untuk peringatan bersamaa hehe.

Sekiannn. Terima kasih.

– Hampir menjadi Mangsa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *