Jodoh Tak Disangka

Hai nama aku Nurul. Aku sudah kahwin semasa umur aku 24 tahun, tahun 2022. Aku surirumah. Kini aku tinggal di Kuala Langat.

Suamiku bernama Faziq 2 tahun dari umur aku. Mempunyai 5 orang adik – beradik.

Perkenalkan aku dengan suami aku ni sangat la singkat, aku rasa macam tak percaya. Aku cuma fikir positif je mungkin doa aku Allah dah makbulkan.

Disini aku nak berkongsi cerita benar selama aku kenal dengan suami aku.

Sebelum tu pada tahun 2019 aku belum kenal lagi siapa suami aku dan pada aku dijemput untuk menunaikan umrah pada umur aku 21 tahun.

Aku menunaikan umrah bersama dengan keluarga aku. Sewaktu aku berada di Tanah Suci aku sentiasa doa untuk mendapat jodoh yang baik agamanya, boleh membimbing aku dan boleh menerima kekurangan aku.

Pada tahun 2019 juga aku dapat rezeki untuk sambung belajar di Kolej Komuniti yang berada di Kuala Lumpur.

Setahun lebih masa berlalu aku pun intern di Shah Alam selama 4 bulan. Kemudian aku diterima untuk kerja part time di tempat aku intern dulu selama 4 bulan.

Disini la bermulanya kisah macam mana aku kenal dengan suami aku. Pada awal bulan 3 tahun 2022 aku mendapat mesej text dan gambar dari Ayah aku. Waktu tu aku baru je balik dari kerja.

Ayah aku berkata, “Along Ayah nak kenalkan sorang anak kawan Ayah kepada Along namanya Faziq umurnya 26 tahun ketika itu, kalau Along berkenan bagitau kat Ayah ye.”

Aku pun reply mesej Ayah aku. “Ye Ayah, nanti Along fikirkan dulu macam mana ye Ayah.” Hampir sebulan aku senyapkan diri.

Selepas aku senyapkan diri Ayah aku bertanya balik kat aku, “Along macam mana dengan anak kawan Ayah tu Along setuju tak?”

Kemudian aku pun jawab “Nanti dulu la Ayah Along nak kenal-kenal dulu la Ayah”. Tiba-tiba…

Tiba – tiba pada 18 May 2022 ada seorang yang aku tak kenal mesej aku dan ya, orangnya ialah Faziq yang mesej aku.

Dia dapat nombor aku dari Ayah aku dan diberi kepada Abah Faziq, Abah foward pula ke Mama Faziq.

Hampir setiap hari Faziq teks aku Pagi, Petang, Siang, Malam tak pernah miss walaupun sehari tapi dia akan senyap bila nak kerja.

Time tu aku tak rasa apa – apa, aku hanya anggap Faziq tu sebagai kawan biasa je.

Seminggu berlalu selepas itu aku mula merasakan hati aku mula suka pada Faziq, sebab Faziq tetap akan mesej aku dan wish aku macam biasa.

Aku rasa waktu tu Faziq ambil berat sangat dengan aku. Sampailah suatu hari tu pada 28 May 2022 aku nak balik Kuala Langat dan aku minta Ayah ambil aku lepas aku balik kerja.

Sebelum tu aku ada la tanya Faziq boleh ke nak ambil aku kat tempat kerja dan dia minta mama ikut. Jadinya aku on je la tak la jadi awkward sangat kan. Faziq sampai kat tempat kerja aku pada pukul 6 lebih.

Dari Shah Alam ke Kuala Langat dalam 1 jam lebih untuk sampai rumah. Masa dalam perjalanan nak balik aku sangat tak jangka benda ni akan berlaku.

Aku gelarkan mama Faziq ni sebagai Maa. Mulanya Maa tanya serba sedikit pasal latar belakang aku. Tiba – tiba Maa tanya pasal…

Tiba – tiba aku terkejut dan tergamam Maa cakap, “Abang jom cari kedai cincin Maa nak ukur jari Nurul” (maklumlah aku nak cari cincin punya la susah nak dapat size sebab jari aku size kecik).

Nak dipendekkan cerita malam tu juga Maa nak melamar aku tanpa pengetahuan Mama Ayah aku.

Aku sekali lagi terkejut dan tergamam. Aku cuma bagitau Mama & Ayah aku yang Maa nak datang rumah dalam 4 orang.

Setibanya Maa tiba di rumah aku, aku hanya tersenyum bila jumpa Mama & Ayah aku. Mereka berborak kosong hampir 1 jam ye. Setelah 1 jam Abah pun buka cerita pasal dia nak meminang aku.

Masa family Faziq balik aku ada tanya kat Mama & Ayah aku dorang restu ke aku berkahwin dengan Faziq dan Mama & Ayah tengok Faziq macam mana. Alhamdulillah Mama & Ayah aku restu aku nak kahwin.

Pada 17.7.2022 kami bertunang. Kami bertunang tidak lama, hanya 2 bulan selapas itu kami nikah. Kami buat secara kecil-kecilan. Jemput sedara mara terdekat. Pada 24.09.2022 aku selamat bernikah.

Sebenarnya aku nikah pada 1.10.2022 tapi aku percepatkan tarikh tu atas sebab aku nak konvo masa tu. Suami aku ada tanya “awak nak nikah ke nak konvo?” dan aku pilih konvo. Nasib dia tak marah ye.

Dan pada masa yang sama adik ipar aku nak buat majlis sanding so Maa minta aku buat sekali majlis belah lelaki sekali selama setahun ya tangguh dan booking dewan.

Dan sekarang aku belum mempunyai anak. Aku nak korang doakan aku untuk mendapat zuriat yang baik pula.

Terima kasih..

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *