Jodoh Tidak Kesampaian

Diberi gelaran “Cik Apple” sebagai nama samaran. Saya sentiasa follow page ni dari semasa ke semasa. Memandangkan topik “jodoh” makin bermain di fikir jadi terlintas ingin menulis di sini.

Saya mula menggunakan FB dating 2-3 bulan yang lalu. Saya tapis sebaik yang mungkin mengikut ciri2 yang saya mahu. Sehingga mempunyai perasaan dekat seseorang yang saya berjumpa disitu.

Kami tidak pernah bersua muka. Hanya berteman chat dan tidak juga tukar number. Saya beri gelaran dia L.

L ada memberi numbernya kepada saya namun saya rasa saya belum bersedia untuk taaruf di ws sebab personal number dan hanya orang tertentu je saya approve. (risau sebab sebelum ni kerap diganggu dengan orang lain yang ingin berkenalan)

L mengajak untuk bersemuka dengannya kerna dia risau saya tidak menerima dia dengan rupa parasnya. Namun bagi saya rupa paras tak penting jika dua2 “click”.

Jadi, saya selidik semua tentang L tanpa L sedar. Jadi boleh dikatakan 60% tu dah tahu tentang perangai dia and semua tentang dia termasuk ahli keluarga. Sebab bagi saya , date to marry.

L kerap berjumpa perempuan lain. (Mungkin dia pun masih mencari sebab saya masih belajar) kadang L bagi harapan kadang L macam tak nak. Saya risau jadi saya lakukan phase ghosting, sebab tak nak nampak kita beria.

Nak dijadikan cerita L berkenalan dengan kawan saya di apps tersebut. Dia ingin menjadikan kawan saya pasangan hidupnya (sepertimana dia berkata kepada saya tempoh hari) saya terkejut.

Tapi saya masih berdiam diri kerna L masih jawab chat saya. tapi, dia jawab chat saya lebih lewat dari kawan saya.

Saya rasa dia seorang yang bagus dengan agama dan hormat orang tua. Namun perwatakkan yang begini membuatkan saya rasa macam dia “murah”.

Jadi saya terus tanya niat dia berkawan dengan saya macamana? Dia memberitahu, dia ingin menghalalkan saya cuma saya seperti tidak endah tentangnya.

Siapa je sanggup dengar lelaki lain cerita tentang perempuan lain? Keluar sana sini berduaduaan. Nak kata L ni terlebih jujur pun, iya juga.

Jadi kami berdua bersepakat untuk lakukan solat istikharah. Tiada petunjuk lagi setakat ni tapi apa yang saya nampak L memang sengaja reply lambat.

Para pembaca sekalian, patutkah saya move on dari lelaki seperti ini? Adakah semua laki memang jenis keluar je dengan mana2 perempuan yang baru dikenali?

– Cik Apple (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *