Kucing Oh Kucing

Assalamualaikum semua pembaca. Pertama sekali saya nak minta maaf sekiranya penulisan saya kurang baik.

Nama saya Ani (bukan nama sebenar), berusia lewat 30an, mempunyai seorang anak dan bekerja di sektor awam.

Ceritanya begini. Kami mempunyai banyak kucing. Kucing-kucing ini bukanlah kucing peliharaan kami melainkan kucing-kucing yang dibuang orang ke kawasan perumahan kami.

Bukan keluarga kami sahaja malahan jiran-jiran juga mempunyai banyak kucing yang dipelihara kerana dibuang.

Saya sebenarnya amat penat memelihara kucing-kucing ini tambahan pula saya bukanlah pencinta kucing tetapi bukan juga pembenci kucing.

Saya tidak pernah sekalipun memukul kucing cuma saya akan marah dan mengomel sendiri sekiranya kucing-kucing ini nakal.

Saya bekerja dari pagi hingga petang, perlu menghantar dan menjemput anak dua kali ke sekolah rendah dan sekolah agama. Anak saya hiper aktif. Di rumah pula kerja saya tidak pernah habis.

Kebanyakan masa saya melakukan semua kerja sendiri kerana suami sering bekerja di luar kawasan. Saya juga tidak mempunyai saudara-mara di daerah saya bekerja. Semuanya tertanggung di atas bahu sendiri.

Adakalanya saya stress dengan kucing-kucing ini lebih- lebih lagi perlu membersihkan najis sampai saya tak lalu makan kerana bau najis tu asyik terhidu di hidung walaupun saya sudah mandi dan membersihkan diri.

Dulu saya pernah menjaga arwah nenek yang lumpuh, tukar diapers dan membersihkan najis nenek tetapi saya tak loya dan rasa geli.

Berbeza dengan membersihkan najis kucing ni.

Kucing-kucing tersebut sentiasa dikurung dalam kandang kerana jika dilepaskan anjing-anjing akan menyerang dan menggigit.

Sekiranya dilepaskan, kucing-kucing itu boleh membuang najis di tanah. Ada seekor kucing telah digigit anjing dan sampai sekarang kucing itu tidak boleh berjalan.

Bekas gigitan anjing itu masih luka walaupun sudah dijahit oleh doktor haiwan.

Kucing inilah yang paling membuat saya stress kerana apabila membuang air besar, seluruh badannya akan terkena najis kerana ia hanya mampu mengensot.

Saya perlu menghabiskan masa selama 30 minit sebelum kerja dan selepas balik kerja untuk mengurus kucing-kucing tersebut.

Saya pernah terfikir untuk membuang kucing-kucing itu ke tempat lain namun saya tidak sampai hati pula.

Semakin lama kucing ni semakin membanyak kerana asyik mengandung.

Jiran-jiran lain juga sudah fed up dengan kucing-kucing yang datang ke rumah mereka kerana selalu merosakkan tanaman, kencing dan buang air di dalam rumah.

Saya dah cuba untuk fikir baik-baik namun tak taulah. Selagi kucing-kucing ni berada dalam jagaan kami, saya stress.

– Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *