Judgmental n benci – https://iiumc.com/forumv2/
Salam.
Utk girls yg rasa down sbb dia rasa dia tak lawa, aku prnh rasa apa yg korang rasa, bertahun2 dh. N aku hrp korang xyh la rse down sgt. :) Aku Betty. Tu bukan nama sebenar aku. Masa aku sekolah rndh org pggl aku mcm tu. Sbb aku chubby and x comel. Prnh tgk citer Ugly Betty x? Org ckp aku lg hodoh dr heroin dia.sumpah buruk gila muka aku. Aku selalu kena buli sebab aku xcantik cam gurls lain. Selalu kna hina siap ada yang duk kutuk2 aku ni x laku. Padahal baru drjh 6. Aku xtau la cemane org blh kisah psl comel xcomel ni. Aku selalu nangis sbb kne kutuk, sampai ada masa aku mengamuk g pecahkan cermin sebab benci gila tgk muka aku.
Naik form 1, lg kaw2 aku kena kutuk. Aku pakai glass sbb rabun. Time tu jerawat dh start naik smpai penuh muka. Again, aku selalu kena buli. Tapi aku tekad g sklh nk belajar. Lantak la org buli aku pun. Lantak la org gelakkn muka aku pun. Aku xphm kenapa people r so judgemental. Sbb chubby n muka penuh jerawat org gelak. setiap hari kne dgr students kutuk2 girls yg xlawa cm aku. Wth dowh. Smpai form 4 pun, aku still kena buli. Sbb xthn kne buli, aku tekad utk berubah. Pnh aku xmkn nasik brbln2 n mkn sekali sehari je. Tu pun biskut @ roti je.Aku exercise. Aku byk pakai cosmetic products. Last2 time form 5 aku kurus. Muka aku dh ok. Dh xde jerawat. Org pn dh xbuli aku. Mula2 rse happy. Tapi aku dh tawar hati gila. Org confess aku sakitkn hati dia kaw2. Nak2 klu yg pernah buli aku.
Lps spm, masa reunion sekolah rndh xde org knl aku sape. Sedih gila. Ada la dua org, tu pun sebab dorang selalu pujuk aku pas aku kena buli. Aku syg dorang n ckp dgn dorg je time reunion tu. Org lain muka maintain sama. Aku dh byk berubah. Bila dorg igt balik and member aku 2 org tu convince kn dorg aku ni betty, sume trkejut. Wth. Org dh mula ckp2 dgn aku. Org dh xpggl aku betty. Aku rse happy. Ad member lelaki confess. Aku bg balik everything yg dia kutuk dulu. Aku kan betty. hodoh. chubby. xcantik. xde pape.xcantik mcm org tu. xcantik macam org ni. Kau yg buli org tu senang la duk ckp maafkn je la, benda lama. Mmg la ak maafkn tp ak pn dh tawar hati. U know what, words can be only forgiven, but not forgotten. Ni bukan setakat words. Kena hina throughout the years. dari sekolah rendah sampaila skolah menengah. aku marah sumpah seranah dia kaw2. Serius aku menyampah gila dgn lelaki species pndg rupa. ape dorang igt dorang tu hensem sgt ke.
Sampai skrg dh masuk uni pun aku still brdendam ngn lelaki. Dulu dorg buli aku. n aku buli balik. Bertahun2 kena kutuk. Malas dh aku nak hadap species judgmental mcm ni. Aku tak tahu kenapa, aku rasa best gila sakitkan hati lelaki. Aku tahu yg buli aku bertahun2 dulu org lain. Tapi, nak buat macam mana. Dah judgmental sgt, bg reason, suka sebab cantik, sbb kulit flawless. Geli aku dengar.Igt sweet ke cmtu. Camharam alasan. Dh tu klu ttbe aku excident jd xlawa hilang la suka dorg kan.Aku bg harapan palsu. Buat2 layan je. Sampai masa, aku minta break and sumpah seranah dorang. Aku suka bila dorang nangis rayu2 sebab aku minta break. tak tahu sampai bila aku akan berdendam. sorry klu ada yg rse aku kejam. N lg 1 ak benci, spesis yg duk igt aku mekap pakai shawl belit2 ni sbb nk impress dorg. Ak mekap sbb aku nk rse lg konfiden. mmg aku ni lack confident. Setiap org ada cara dia utk rasa lg konfiden. Aku malas nk iron tudung. so nk senang pakai la shawl yg keras tu. xsume pakai shawl belit2 ni sbnrnya sbb nk acah2 hijabister n impress lelaki.please la jgn rasa diri kau tu special gila smpai kitorang duk mekap2 n pakai baju cecantik ni sbb korang. urgh.
Aku rindu aku yg dulu. Cuba kalau aku stay betty yg dulu. xde org akn suka aku.aku pun xperlu la bls dendam. Even selalu kena buli, time tu la aku kenal sape yg ikhlas kawan ngn aku. Wlpn dh xde org pggl aku betty,come to think of it, ak xmenyesal pernah jadi betty and aku harap aku still akan jadi betty yg xpandang rupa. aku prnh rse sakitnya kne hina sbb hodoh, sbb tu aku xpernah rasa it is right untuk ckp org tu hodoh jz because dia gemuk @hitam@byk jerawat n so on. after all tu sume pinjaman. Utk org yg pernah hina aku, bila fikir balik, aku spttnye berterima kasih gila kt dorang, sbb tunjukkan aku species manusia yg aku xnk jadi.
– CikUglyBetty