Jujur Aku Cemburu Dengan Mereka

Assalamualaikum semua. Ini posting pertama aku dekat sini. Baru nak berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Jujur sebenarnya niat aku nak cuba tulis surat kepada Menteri Pendidikan kita Dr. Maszlee Malik.

Tapi memikirkan diri ni masih cetek lagi dengan ilmu pengetahuan dan isu semasa, jadi aku cuba kongsikan dekat sini dulu. Apa yang aku nak kongsi dekat sini bukan isu rumah tangga atau pon ‘confession’ yang selalu korang baca tapi lebih kepada nak bertukar idea.

Nama aku Lily (macam biasa pastilah bukan nama sebenar), orang melayu dan aku ada satu masalah! Masalah dia ialah aku jeles dengan kawan-kawan aku yang berbangsa cina dan india. Untuk pengetahuan korang aku seorang yang amat menyokong perpaduan antara kaum.

Aku dibesarkan dengan jiran-jiran sebelah rumah yang berbangsa selain melayu. Mak aku dulu pon pernah mengasuh anak jiran kami yang berbangsa cina. Jadi bila ada isu pergaduhan antara kaum, aku rasa tak ‘best’ la..kenapa perlu bergaduh?

Apa masalah aku dengan diorang ialah, sejak aku mengenali kepentingan bahasa, semakin menjadi-jadi tahap ‘jealous’ aku. Kenapa diorang boleh bercakap banyak bahasa tapi aku tak boleh? Kenapa diorang boleh tahu lebih satu bahasa dari aku?

Kalau kawan cina, diorang boleh bercakap dalam bahasa mandarin, ‘english’ dan melayu. Kalau india, ‘vise versa’. Kenapa aku hanya tahu bahasa melayu dan inggeris sahaja? Mesti korang cakap, pergilah ambil kelas belajar bahasa yang aku nak, sekarang dah melambak dekat mana-mana pon ada. Betul tu!

Aku sebenarnya ambil mandarin masa zaman universiti, tapi hanya sekadar ‘basic’ sahaja. Dan kelas tu pon bukan murah ye sebab aku belajar di universiti swasta. Disebabkan aku ambil kelas tu, alhamdulillah aku boleh lah faham sikit-sikit ‘conversation’ atau ‘movie’ dalam mandarin. ‘Okay’ lah cukup ‘introduction’.

Isu yang aku nak bangkitkan sebenarnya ialah kenapa dua bahasa ni (mandarin dan tamil) tak dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah selain bahasa melayu.

Mungkin ada antara korang yang berpendapat bahasa melayu kan bahasa kebangsaan, cukuplah bahasa ni sebagai medium perhubungan antara semua kaum. Dan mungkin juga antara korang mengatakan ini akan menambahkan bebanan dekat anak-anak kita. Tapi ini pendapat aku, mungkin sama.. mungkin tidak dengan korang:

1. Kita merupakan negara yang istimewa sebab memiliki pelbagai kaum yang tinggal sebumbung sejak zaman kemerdekaan. Kenapa kita tak gunakan keunikan ni sebagai ‘advantageous’ kepada diri kita?

Aku bukan nak menafikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tapi aku nak jadikan bahasa lain ni sebagai ‘value added’ kepada diri kita yang melayu ni. Sayang.. bagi aku kita ada peluang yang berharga tapi kita sia-siakan.

Cuba bayangkan kalau korang tahu bercakap dua bahasa lagi selain melayu dan ‘english’. Antara ‘benefits’ yang aku boleh senaraikan ialah:

a) Bahasa menjadikan kita lebih mengenali sesuatu bangsa. Jadi bila kita mengenali dengan lebih dekat, kita lebih memahami membawa kepada rasa tolak ansur dan hormat.

b) Kita dah tak ada masalah nak ke negara cina atau india. Konfem boleh hidup! “You want me to speak in chinese, I can! in Tamil, of course, I can!”. Malah, aku rasa lebih senang orang melayu nak menceburi perniagaan bila di negara besar seperti China dan India bila kita boleh ‘communicate’ direct tanpa translator.

c) Dah takkan ada isu bila kau minta kerja dan requirement dia ialah “Mandarin speaks only”. Kita boleh! Malaysia boleh!

d) Untuk lebih cepat kuasai sesuatu bahasa ialah kita kena selalu bercakap. Tiada masalah untuk kita ‘apply’ kan disebabkan kita boleh praktikkan dengan orang sekeliling kita yang ‘native speaker’.

d) Mengetahui banyak bahasa ni sebenarnya boleh meningkatkan ‘confidence level’ kita. Betul kan?

e) ‘Job opportunity’ sebagai translator pon kita boleh cuba.

f) Tidak ke korang rasa rakyat malaysia akan dipandang tinggi sebab mampu bercakap dalam semua bahasa yang dimiliki setiap kaum di negara kita.

g) Tiada lagi masalah kita ditipu atau diumpat dalam bahasa lain. Okay ini ‘extra’ je.

Setakat yang ini je mampu senaraikan dulu, sebenarnya banyak ‘time’ berfikir tadi tapi tak terkeluar pula semasa menulis.

2. Kenapa aku sarankan bahasa-bahasa ni diajarkan sejak dibangku sekolah lagi ialah disebabkan nak beri peluang sama rata kepada semua. Melayu boleh belajar bahasa cina india, cina boleh belajar india, india boleh belajar cina. Semua secara percuma. Maka tidak perlulah kita mencari kelas-kelas tambahan yang berbayar untuk belajar bahasa yang kita minat.

Lagi satu, ‘range’ umur dari sekolah rendah hingga ke menengah adalah peringkat umur yang paling sesuai untuk kuasai bahasa baru (menurut apa yang aku baca).

Kalau mengikut pendapat aku, untuk mengelakkan mata pelajaran ini sebagai bebanan, kita boleh ‘construct it with fun and active learning not exam based’. ‘At the end we expect them to able speak and apply it in daily life’.

Belajar kerana suka bukan dipaksa maka otak dan hati akan menerima. Setakat inilah pendapat aku. Apa kata korang? Berapa ramai yang akan baca post ni pon aku tak tahu. Harap-harap adalah orang baca, haha.

Sekian,

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *