Assalamualaikum.
Aku harap penulisan aku kalini diapproved oleh para admin sekalian. Alhamdulillah aku dah habis belajar. Tengah cari kerja. Tapi aku ada masalah, iaitu hilang keyakinan. Aku ni manusia biasa yang tak sempurna kejadiannya. Bersyukurlah kalian dikurniakan fizikal yang sempurna.
Aku dilahirkan juling sebelah. Atau dalam erti kata lain juling itik. Ada jugak yang panggil juling ular. Entahlah nak. Juling ni pulak terbahagi kepada dua. Ada yang juling keluar ( maksudnya disini juling mata nya kesebelah tepi ) ada yang juling kedalam ( maksudnya juling ke sebelah hidung lah ). Betulkan aku kalau aku salah bagi penerangan.
Jadi bila melibatkan kerja, aku jadi hilang keyakinan. Nak bergaul. Terutama sekali dengan lelaki. Aku ni memang takde lah kawan lelaki. Jadi aku lebih berkawan dengan perempuan. Dah besar ni aku jadi makin takut kalau – kalau ada yang tegur pasal mata ku. Serius aku ni jadi macam hilang keyakinan. Low self confidence. Memang zero. Dari segi nak berjalan tepi manusia lain pun aku malu. Takut – takut orang akan kata kat mata aku.
Aku pun nak kerja jugak. Bila dah kerja tu kenalah pandai bergaul. Tapi masalahnya, keyakinan aku hilang sebab kelemahan aku ni. Jadi aku mohon pada sesiapa yang mengalami kekurangan fizikal ni, silalah bagi aku semangat atau kata – kata yang boleh yakinkan aku bahawa kita semua ni sama sahaja. Aku tahu bukan aku seorang je yang ada masalah ni. Masih ramai kat luar sana.
Abang – abang atau kakak – kakak di luar sana yang dah berjaya menyakinkan diri anda dengan kelemahan fizikal anda, sharelah tips untuk aku dan yang lain – lain.
Aku juga berharap pada yang memandang rendah pada golongan seperti kami, tolonglah hentikan. Kami juga ada perasaan. Aku harap kita boleh bergaul seperti yang lain. Tak perlu memandang rendah kerana kita semua sama.
Sekian, terima kasih.
Pena,
Lily Nour
– Lily Nour
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit