Derita Ibu

Assalamualaikum semua..terima kasih admin sebab share kisah ni. Harap sudi baca luahan saya.

Alhamdulillah kerana saya masih diberi peluang untuk tinggal bersama sama dengan ibu saya dan semoga Allah terus memberi beliau dalam meneruskan kehidupan. Ibu saya berumur awal 60-an, masih berupaya melakukan kerja2 rumah namun hampir saban hari beliau mengadu tidak sedap badan, rasa tak selesa dibahagian belakang dan rasa panas, berdenyut-denyut dalam dada, kadang2 rasa sesak nafas. Setiap kali saya dengar rintihan ibu tu, sy hanya diam dan adakalanya sy iyekan sambil memandang sepi ke arah lain. Adik beradik lain yg turut dengar akan bagi semangat, tak pun tukar topik lain agar ibu lupa akan apa yg dikatakn tadi. Ayah pula menunduk tanda empati kepada ibu sambil menasihati supaya berzikir dan sentiasa ingat Allah. Jauh di sudut hati ini, sy rasa amat kesal kerana tak dapat membantu ibu jadi gembira seperti dulu. Sudah berbagai cara kami bawa ibu berubat samada rawatan hospital dan alternatif lain, tapi tetap tidak membuahkan hasil malah semakin hari ibu kata terasa sangat kt dlm badan dia berdenyut2.

Waktu kecik2 dulu ibu garang, suka marah2 kalau kami adik beradik degil, tapi biasalah bila usia dh meningkat kami pun dh besar ibu xpernah marah sekalipun. Tambahan lagi bila ibu disahkn ada darah tinggi, jadi kena control biar tekanan darah xnaik. Ibu akan makan ubat yg klinik bagi mcm biasa.

Start 3 tahun lepas lah yang ibu sakit pelik tu, masa tu ibu memng risau takut ada apa2 kat jantung yang rasa denyut2 tu, jadi beliau ke klinik untuk tanya doktor, tapi doktor ckp xde apa2, doktor bagi surat refer ke hospital besar untk buat rawatan lanjut. Pergi ke hospital, doktor mcm biasa akan tanya apa pesakit rasa lepastu akan rujuk balik surat dari klinik. Ada doktor ckp ibu ada gastrik lepas tu buat endoscope atas bawah, ibu ckp seksa..huhu. Doktor bagi ubat gastrik tapi ibu tetap macamtu. Buat xray pun xde apa2.. Buat Ct scan pun xde apa2. Memang la ibu xsakit sampai muntah2 atau terlantar tapi sy pelik, mesti ada sesuatu xkan ibu dapat rasa benda tu. Doktor pun xtahu apa yg ibu alami..Macam2 ubat ibu makan, ubat gastrik, kolestrol, cair darah, angin, ubat jantung. Setiap 3bulan akan ada check up ulang alik ke hospital. Tapi hasilnya tetap sama.

Pernah pergi ke beberapa klinik swasta, doktor situ pun ckp gastrik, angin la, tapi ada satu doktor ni cakap ibu ada abdominal aortic aneurysm n xde ubat, ubatnya hanya operation tapi xsesuai utk umur seperti ibu. Jadi xkan ibu kena tahan sampai bila2 rasa tu. Tapi kenapa doktor kat hospital ckp ibu xde apa2, xleh detect apa2.. Kami confius. Ibu lagi la risau, macam2 berlegar kat fikiran.

Mungkin ibu dah penat, jadi ibu diam dan tahankan saja, tapi sampai bila? sekali sekala nampak ibu tekan2 perut nya tanda xtahan. Kadang sampai keluar air mata mungkin perasaan ibu ketika tu bercampur baur. Apakah patut sy lakukan? Sy xmahu satu hari nanti sy menyesal kerana xcuba mencari jalan utk ibu sy kembali sihat seperti dulu. Mohon sesiapa yg ada pengalaman atau kenal sesiapa yg menderita sebegini turut berkongsi cerita atau pendapat atau setidak2 nya sokongan utk sy agar terus bagi semangat kat ibu.

Terima Kasih.
Maaf jika ada salah dan silap dalam luahan sy.

– insan berharap

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit