Jumud ke ak? – https://iiumc.com/forumv2/
Ak ni jenis spesies malu sikit dengan perempuan. Semuanya bermula sejak sekolah rendah.
Dulu time lepas abis upsr, biasalah budak2, rasa macam dah besar. Nampak orang lain ada phone, ak pon teringin jugak nk phone. Nampak org start couple, ak pon teringin la jugak nk couple.
Satu hari tu, tiba2 akan ter start bermesej dengan sorang perempuan ni, antara yg cun jugak la dalam kelas ak tu. Ak pon xingat dh macam mana ak boleh start mesej. Tapikan, ak nak cakap kat ko yang tengah baca ni, ni lah antara perasaan ak yg xleh ak lupa sampai la sekarang. Manis dia dah macam manisan kinafah(manisan arab) yang kalau kita makan tu, bacaan blood sugar tu x berkurang sebab insulin production xde. Macam tu lah lebih kurang analogi dia.
Siang malam ak bermesej dengan dia, dari soalan "dah makan ke belum?" hinggalah ucapan "gUd NiTezZ, sweEt dreAm" semuanya ak dah guna. Biasalah kalau dah lama berhubung ni, timbul lah perasaan suka kat dia. Apa lagi, ak layan jer la perasaan ak tu.
Tiba2, satu hari tu, ak dapat mesej dia cakap,
"Eh, ingat ea, kita ni kawan jer kan, xlebih pada tu"
Tergaman.
Kenapa ak dapat mesej macam ni?
Ada orang marah kat dia ke ak mesej dengan dia selama ni??
Rupa-rupanya selama ni ak bertepuk sebelah tangan.
Sejak pada tu, ak teruskan balik kehidupan ak seperti biasa tanpa memikirkan mana-mana perempuan.
Lepas dapat result UPSR, ak pon masuk sekolah menengah. Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun tu, semuanya
dipermudahkan.
Masuk la ak ke universiti. Bercakap dengan perempuan? Boleh dikira berapa kali ak bercakap dengan perempuan. Tu pon kalau bercakap dengan diorang, kalau terlibat dengan program ataupun uruskan sesuatu projek sebab kenalah professional dan xmenyusahkan orang lain. Kalau kat luar urusan kerja, dah macam dunia ni semuanya lelaki. Cakap dengan perempuan pon x, apatah lagi tegur.
Nak tau kenapa? Sebab sekarang fokusku hanyalah satu, habiskan study dulu, tunaikan harapan keluarga dan kalau nak kahwin, barulah pikir pasal semua ni balik.
Sebabnya, ak xnak benda yang ak rasa time ak darjah 6 dulu, berulang lagi.
– Kedai dalek Karsyak