assalamualaikum readers sekalian.
niat saya confess kan sini bukan untuk malukan sesiapa tapi cuma nak berkongsi kisah kawan saya. okay kisah dia macam ni kawan saya ni baik sangat orang nya dia suka sangat membantu orang sampai kadang2 benda tu backfired. kawan saya ni saya bagi nama Mat, bukanlah berduit sangat tapi bila orang minta pinjam duit mesti dia akan bagi. dia ada anak bini yang nak dijaga tapi dia suka lebihkan family abang dia. abang Mat, saya bagi nama Ali lah memang tak bekerja dan anak2 nya Mat lah yg tanggung dari makan minum sampai ke barang2 sekolah. sekarang anak2 Ali ni dah besar and dapat kerja gaji besar lah tapi dorang ni macam lupa diri pun ada. sejak dah banyak duit ni anak2 Ali ni suka menunjuk-nunjuk barang dorang yg branded tu. Isteri Ali juga dah pandai buat reunion dengan kawan2 lama dia sampai abaikan si Ali ni. jadi si Ali ni selalu lah ke rumah Mat untuk minta makan. sebabkan benda2 macam ni Mat selalu bergaduh dengan isteri dia sebab ye lah anak2 Ali tu kan banyak duit tapi kenapa abaikan bapak sendiri sampai bapa dia kena minta makan kat adik dia ? isteri Ali ni pula mentang2 anak2 dia bagi semua duit poket kat dia, dia sibuk berjimba sampai lupa jaga makan minum suami sendiri. tak faham lah saya dgn perangai dorg sekeluarga. yang saya pelik kenapa anak2 dia tak bagi duit belanja kat bapa dia sekali ? kadang2 anak2 Ali ni juga suka minta duit belanja dari Mat dan jadikan Mat sebagai drebar suruh hantar dorg kesana kemari macam tak tau yg Mat pun ada kerja dan family yg nak diuruskan.
yang paling buat saya marah bila anak2 Ali ni pandai suruh Mat ganti duit yg dia pinjamkan kepada Mat. Tidakkah mereka ingat yg selama ni duit dorg pergi belajar semua tu guna duit Mat ? kalau tanpa Mat mereka tak mungkin mampu ke sekolah apatah lagi ke universiti dan dapat kerja pangkat besar macam tu.
nasihat saya kepada semua ingatlah tangan yang membantu kita ketika kita susah dulu dan seharusnya apabila kita senang kita bantu balik mereka bukan layan mereka macam sampah. besides, tugas kita sebagai anak bukan terhadap mak kita saja tapi juga kepada bapa walaupun kita tak suka bapa kita. last but not least, isteri pula apa guna pergi umrah 100 kali tapi abaikan suami sebab sibuk berjimba dengan kawan ? pandai cakap orang tu jahat and hina tapi diri sendiri lupa nak dicermin. sekian saja luahan hati saya.
– no one
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
kesian anakbini mat. harap mereka sabar.
betul tu Zuraida Arshad. saya sokong
nyaknye ke ali, dok rok cetong nak control anok bini.