Kaf Ba Ro Kaf Alif Ta Nun

Assalamualaikum . Aku seorang perempuan dan seorang anak . Aku asyik baca kisah perempuan jadi macam 'bibik' dan lelaki pula goyang kaki . Kisah aku lain pula . Aku ada enam adik beradik dan boleh dikatakan semua rajin dan sangat ringan tulang . Aku sangat bahagia dan sangat bersyukur dapat adik-beradik macam ni dan aku rasa ini salah satu asbab segala benda yang kami buat terasa mudah dan selalu berjaya .

Kalau semua enam beradik ada dekat rumah (cuti) , segala kerja rumah mesti dibahagikan. Tapi sebenarnya memang dari dulu lagi kerja rumah dibahagikan . So bila sekarang semua dah besar automatik akan buat kerja masing-masing . Contohnya abang sulung aku kerjanya memang basuh dan jemur kain setiap hari . Abang aku ni , dia memang rajin gila , kalau malam-malam orang lain dah tidur , dialah yang angkut kain dari bilik ke bilik lepastu basuh . Esok pagi dia bangun dia jemur semua kain yang dia dah basuh . Sampai aku terfikir nanti kalau abang aku nak kahwin , aku nak interview bakal isteri dia . Kalau pemalas aku reject . Aku nak merasa juga ada kakak ipar yang rajin dan cerewet macam aku .kahkah . Padan muka . HAHA

Tapi yang aku cerita dekat atas ni sebenarnya aku nak relatekan dengan keberkatan . Aku nak nasihatkan supaya sudah-sudah lah merungut kata buat kerja rumah penat , basuh kain penat , sapu sampah penat atau bagi lelaki sudah-sudahlah cakap semua benda dalam rumah ni perempuan kena settlekan . Cuba korang fikir , sebenarnya apa yang korang tengah buat ( kemas rumah , memasak , sapu sampah) adalah korang sedang tolong ibu dan ayah korang . Setiap kali tulang , urat semua tu tengah berkerja ianya dikira oleh Allah . Lagi-lagi kalau hati kau memang ikhlas lagilah berganda pahalanya . Bukan setakat tu je , cuba time korang tengah tolong mak ayah tu , niat dalam hati ' Ya Allah , aku tolong umie lipat kain ni , bantu aku Ya Allah , mudahkan aku dalam menuntut ilmu, aku nak berjaya ' . haa macam tu , barulah rasa macam seronok gila tolong makayah buat kerja .

Bila makayah korang rasa gembira sebab anak-anak bantu buat kerja rumah , dorang pon dapat rasa rehat sekejap . Makayah pon dah berusia takkan nak suruh dorang jadi kuli batak kita lagi . Ingat dorang suka sangat ke tengok , anak-anak lepas makan tinggal pinggan atas meja , pemalas betul nak basuh . Kan dah kena pemalas dengan aku . Entah-entah makayah pon terasa hati sebab anak-anak buat macam . Jom lah ubah perangai . Berkat makayah tu memang penting untuk anak-anak . Nak mudahkan segala urusan mesti perlukan keberkatan makayah baru dapat berkat Allah . Sudahlah merungut buat kerja sikit dan keluar perkataan 'ah penat' . Nanti kalau makyah kita dah tade , kita nak tolong siapa lagi . Betul tak? Mak bebel tu normal sebab nak suruh anak jadi orang bukan suruh jadi katak .

Kalau kita dah matang , kita dapat rasa isu kemas rumah semua isu kecik . Yang jadi besar sebab kita penuh dengan rungutan dan berjiwa negatif . Tapi kena seimbang la . Lelaki ke perempuan ke takpayah jadi pemalas . Yang lelaki , jangan nak biar perempuan terkontang-kanting sorang-sorang macam bibik . Yang perempuan pulak , bila lelaki dah rajin jangan pulak hang yang perempuan duk goyang kaki . Kang keluar pulak isu 'lelakiku bibik , akulah raja' .

Akhir sekali , apa yang kita buat ni segalanya yang baik yang berkaitan dengan makayah ni , memang Allah akan bantu anak-anak dalam apa jua ketika dan keadaan , contohnya dalam pelajaran , perniagaan dan sebagainya . Tanpa doa makayah kita , kita tak akan berjaya seperti hari ini . Dah , pergi tolong mak hang . Jumpa lagi .

– cik meow

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

29 Comments

  1. setuju dgn pendapat ni utk apply pd diri sendiri..

    tp utk sesuatu yg lbh besar mcm nak ubah sesuatu norm dlm masyarakat terutama mentaliti yg kata kerja rmh kerja perempuan sahaja, ia perlukan sesuatu yg lbh bsr.. Kalau family anda tak macam tu bagus la, tapi jgn lupa disebalik tu ramai family yg lain macam tu.. Dan diorang lelaki2 ni one day akan berkahwin dan mungkin akan harapkan layanan yg sama dr isteri seperti apa mereka dpt dlm family mereka dulu sbb dah terbiasa. Dan benda ni yg akan wujudkan cycle yg sama dlm masyarakat

    dan bila ada ajakan utk break the cycle, seringkali golongan ni yg akan selalu dianggap tak ikhlas, berkira, mengungkit, feminis…. mmm bila golongan muslimin di mekah ditindas takdelah mereka disuruh bersabar, redha selamanya kan..sebaliknya ada seruan utk hijrh..

    utk mana2 confessor yg nak menegur post2 psl kerja rmh ni, tlg bezakan dulu merungut semata atau ada sesuatu yg lbh bsr nak disampaikan sebaliknya..

    • jujurnya sy agak kecewa bila mana ada lelaki yg mengaku confession2 mcm ni yg buat mereka berubah dan mula buat kerja rumah, ada juga nada2 sebaliknya drpd kaum wanita sendiri.. mmm

  2. Humaira Aris..masa bantu mama buat kerja2 rumah..mama pun niat skali moga2 Allah pon bantu kakak…permudahkan urusan kakak sebagaimana kakak mudahkan urusan kerja rumah mama

  3. Mohd Zulkifli Apih Klate Zuriana Mnor Murahkan Rezeki Mohd Zulfami Kalo hakak menjerit srh korangggsss buat keja tu sbb nk bagi2 keja hokeyyyy.. nasibla korangss dpt kakak yg suara mcm petir!!

  4. Untung.. xpernah tinggal dgn org yg jenis goyang kaki.. sbb tu boleh ckp camtu.
    Untung jgk.. sbb xpernah hidup dengan org jenis kepala besar pentingkan diri.. sbb tu boleh fikir benda yg sangat manis mcmtu :)

  5. family aku total ada 50 org. cik meow nk try x basuh pinggan n kemas rumah kami? masa tu cik meow akn lebih memahami.. tp, aku sentiasa bersyukur ada family.. alhamdulillah

  6. klu malas nak buat keja rumah.baik tak payah kawin,bina keluarga..nnt timbul isu “nak cari jodoh pulak”…dunia..dunia…ikik

  7. mase sy form 4 5, sy xdela rajin bljr, tp rajin tlg mak, kesian tgok mak wat keje sorang2. even esok lusa exam pun sy ttp buat keje rumah,sy kurg ulangkaji. mase spm dpt A+ satu je, tp alhamdulillah dpt smbung bljr kt cfs uia,kwn2 pun pelik, dan sy kira itu kberkatan sy menolong mak ayah n xpentingkan study semata mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *