Kahwin: Antara Adat atau Agama?

Assalamu'alaikum. Terima kasih kerana sudi menyiarkan perkongsian ini.

Setiap orang ingin berkahwin. Tipulah kalau ada orang cakap dia tak nak kahwin. Kahwin kan sunnah nabi. Dan kahwin juga menyempurnakan sebahagian dari agama seorang muslim. Tapi bila cakap soal kahwin mesti rasa pening kepala, kusut dan stress. Sebab apa? Sebab macam-macam prosedur untuk kahwin. Antara sebab yang menyusahkan sesuatu perkahwinan itu adalah adat orang Melayu itu sendiri. Hmmmm.

Satu isu yang paling sinonim dalam masyarakat kita bila bercakap soal kahwin ialah isu hantaran. "Berapa hantarannya?" "Murahnya." "Wah, tinggi hantaran dia. Mesti anak orang kaya ni" "Tak ada hantaran? Biar betik." Itulah antara reaksi masyarakat kita, murah salah, mahal salah, semua salah. Kerja nak mengata orang je. Setengah bakal pengantin terpaksa tunda tarikh perkahwinan gara-gara hantaran yang pihak perempuan minta tak cukup. Last2 tak jadi. Mana tak nya, letak hantaran 10K, yang si lelaki pulak baru je mula kerja gaji seribu je sebulan. Bila diperhatikan balik yang letak tinggi-tinggi ni biasanya kawasan kampung-kampung. Bukanlah menghina orang yang duduk di kampung tapi hakikatnya begitulah. Mungkin la nak guna duit hantaran tu untuk buat kenduri. Tapi apa salahnya buat secara kecil-kecilan je kalau rasa tak mampu untuk buat besar-besar. Bersederhana tu kan lebih baik. Kenapa nak disusahkan bakal menantu yang baru nak mulakan hidup berkeluarga?

Bila anak pergi dating, bawak anak dara ke hulu ke hilir mak bapak bagi pulak. Tapi bila anak nak kahwin jadi susah plak mak ayah nak bagi. Ini lagi satu masalah yang dah macam sebati dalam masyarakat kita. Sebab ni jugak la banyaknya kes buang bayi kat negara kita ni. Sebab hubungan yang terlarang ni. Bila dah terlanjur baru mak ayah nak menyesal. Kahwin. Nak buat apa lepas tu buatlah. Masa tu dah halal dah. Insha Allah rasa tanggungjawab itu lahir lepas kahwin. Sebab tu pentingnya kita mengaji. Bila mengaji baru kita tau mana betul, mana salah.

Wahai ibu bapa, permudahkanlah pernikahan anak anda. Perkahwinan itu mudah, tapi kita yang susahkan perkahwinan itu. Islam dah atur cantik dah untuk penganutnya. Kenapa kita gatal-gatal nak susahkan?Kalau bakal menantu tu baik,soleh/solehah, hormat orang tua kasi jalan je. Kalau susah sebelum kahwin, Insha Allah ada kesenangan selepasnya. Buat sahabat-sahabat yang ingin berkahwin, semoga dipermudahkan segala urusan. Banyakkan berdoa. Kerana doa itu kuncinya.

– Abu Rayyan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *