Kahwin – Apa tu?
Hai. Eh. Assalamualaikum.
Siapa kat sini usia dah masuk 20 an dan single? okay. Kita geng.
Alkisahnya. Dalam usia mcm ni. Usia di mana kita mula kembali kepada fitrah kita sebagai manusia biasa iaitu 'rasa ingin berpasangan'. Rasa tu akan meningkat bila tiba musim kahwin dalam kalangan member2 sampai kau rasa kau terperangkap dalam lubang kegelapan. Over betul analogi.
Kesannya, isu kahwin/berpasangan ni akan jadi topik almost yg akn dibincangkan dngn kawan2 paling tidak seminggu sekali. Paling cool kalau kau jarang atau langsung tak ada rasa nak bangkitkan isu kahwin ni. Itu pun kalau kau dah habis cool in handling perasaan kau sbb kau yakin semua ni "not in your hands". Ada org almost setiap hari setiap masa duk bincang sampai terkadang rasa 'kau ni takde life goal ke? life goal kau cuma marriage je ke?'.
Basically, kahwin ni sesuatu yang misteri. Misteri la, kau nampak kegembiraan di luar tapi kau tak tahu struggle dia macam mana untuk handle diri bila tahu perangai sebenar pasangan tambah tambah lagi bila diduga.
Ape kau ingat dugaan kahwin tu sekadar bluetick kat whatssapp? cemburu sebab ada org lain like/comment kt gmbr ig pasangan kau je ke? kemunculan org ketiga? Itu dalam drama tv je kak oi. Komitmen dan dugaan kahwin lebih tinggi daripada itu. Cinta tu bonus je.
'apesal cinta tu bonus je?'
Kau pernah dengar tak hati manusia ni bersifat bolak balik? Ada masa kau rasa sayang gila. Ada masa kau rasa 'eh, dia ni lagi'. Ada org perkahwinannya bertahan bukan ats rasa cinta. Tapi atas dasar rasa bertanggungjawab sesama sendiri walaupun rasa cinta tu dah pudar. Kira rasa tu dah bertukar kepada brotherhood la.
Kahwin ni sebenarnya satu kerjasama antara dua hamba Allah. Pernikahan di antara Adam dan Hawanya yg bersaksikan Allah SWT. Setiap tanggungjawab, kerja, ibadah, aktiviti, tingkah laku ketika diduga dari segi nikmat dan ujian semuanya akan dihitung.
Pernah tak dengar kisah 'Si suami koma terlibat dalam kemalangan jln raya?', 'Si isteri disahkan kanser tahap 4?', 'Pasangan ini melakukan pelbagai kerja untuk menanggung kos rawatan anak?','dia kehilangan anak masa dlm kandungan' etc etc. Nauzubillah, minta dijauhkan. Takde siapa yg nak diduga sebegini. Tapi, bila Allah kata "Jadi, Maka, Jadilah". Kita sendiri tak tahu kan jenis apa dugaan dari Allah untuk kita. Adakah nikmat ataupun ujian?
Jadi, pada pendapat aku, dalam konsep mencari calon ni. Kita bukan sekadar mencari pasangan untuk saling mencintai. Kita mencari team partner yg sebenar untuk dua kehidupan iaitu kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Team partner untuk sama2 berjuang tempuh dugaan di dunia dan team partner utk senang lenang di akhirat kelak. Eleh, kau jgn nak tipu. Kau nak cari team partner buat assignment pun memilih. Kalau yg bekerja pulak, nak cari employee as a team pun kena interview. Takkan la tiba2 utk lifetime partner cuma atas dasar suka dan cinta semata.
'Eh, kau single lagi. Apa kau tahu pasal kahwin?'
Hehe. Sebenarnya, aku dah penat tengok byk kes penceraian yg berlaku dpn mata. Aku sedih dan rasa seram bila tengok mudahnya penceraian zaman sekarang ni. Benda ni buat aku berfikir yg sesuatu perkahwinan ni sebenarnya bukan atas dasar saling mencintai sepenuhnya. Tapi sebenarnya atas rasa tanggungjawab to each other. Kalau pendapat aku tak sama dngn korg, aku minta maaf. Lain orang lain persepsinya.
Penat jgk aku menaip ni. Sampai sini lah aku share pendapat. Yg baik itu datang dari Allah. Yg tak baik tu datang dari diri ini sendiri.
Nah. pesanan ringkas yg ditulis penuh kasih sayang sesama makhluk.
Untuk yg masih single: Sama2 lah kita perbaiki dan kuatkan diri dari segi fizikal, rohani, dan mental. Kurangkanlah berangan lepas tgk drama tv tu. Jangan risau. Jodoh kau tengah struggle perbaiki diri. Kau pun kenalah baiki diri tu jgk.
Untuk yang dah berkahwin: "apa yg penting, Kerjasama".
Untuk bakal suami: Eh, Hi bro. Sihat ke?
Sekian, terima kasih kepada yang membaca sampai habis. Wallahua'lam.
– sopea sabirin (bukan nama sebenar)