Kahwin Bukan Agenda Utama

Ada apa pada kahwin? Cewwah. Ramai sekarang yg kahwin muda. Tahniah rezeki awal. Aku pun ada perasaan nak kahwin, semua orang ada rasa macam tu, cuma beza dia lambat atau cepat je lah kan. Tapi bagi aku kahwin ni bukan agenda utama aku.

Aku sangat annoyed bila kawan or family sembang pasal kahwin. Kesan byk tengok drama/novel melayu kot. Hahahah k gurau. Ye la sekarang kan ramai kahwin muda, lepas SPM pun dah kahwin siap boleh bg tips cemane nak hidup bahagia bersama pasangan lg tu. Ffuhh baru berapa bulan kahwin dah ada tips. Power.

Memang takde bf pun sbb aku ni hambar, tak reti nak manja² gedik² & malas nak tunjukkan effort yg mcm relationship goal tu kahkahkah. Pernah la ade pengalaman kecewa dgn lelaki tu pun dpt tau crush dah ade awek. Tu lah sape suruh hambar kan dah melepas. Hahah k gurau jerr. :'D

Kawan² aku kalau tak borak pasal nak kahwin or problem dgn bf tak sah. Boring topik yg sama jek. Aku baca je malas nak reply. Bila aku tau apa sbb dorg nak kahwin awal, sbb rasa berdosa couple lama², nak elak zina etc². Kebanyakan jawapan mcmtu la. Cliche ~

Bagi aku kahwin ni TANGGUNGJAWAB BESAR. Contoh paling dkt mak ayah yg boleh pertahankan perkahwinan sampai puluh tahun. Sampai pernah retak jgk hbgn mak ayah aku tp still boleh tampal dgn stapler lg lah sbb pikir pasal anak ramai mana nak campak kalau masing² berceraikan. Aku terkilan bila dpt tau. Sob sob.

Sebelum kahwin aku akan pastikan kewangan aku cukup utk aku & family. Tak kesah lah lambat pun. Aku kesian dgn adik bongsu aku, dia tak dpt merasa apa yg kakak sulung dia pernah rasa masa kecil dulu mcm kasih sayang & kemewahan.

Setakat ni boleh je hidup tanpa bf kat U ni janji ada kawan yg boleh menceriakan hari² aku tu pun dah cukup bersyukur. Aku cuma harap dapat habiskan degree dgn jayanya, dapat kerja utk bayar hutang pt & beli rumah utk family. Kalau larat boleh buat 2 kerja, sahut seruan kerajaan kononnya. Selesai semua tu baru boleh fikir pasal kahwin dgn aman kecuali lah kalau ade org nak sponsor rumah sejibik boleh kahwin awal. Kahakahakah.

Okay dah boleh stop tanya aku bila nak kahwin la, ada bf ke apa. Aku bosan dgn soalan yg aku tak pasti jawapannya. Yg pasti aku percaya ciptaan Allah semuanya ada pasangan, tak kat dunia kat alam lg satu. So keep calm & chill ok. :')

– Miss Cool

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *