Kahwin Dengan Orang Cina II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kahwin-dengan-orang-cina/).

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku sebelum ni. Kali ini aku nak cerita tentang penerimaan keluarga kami pulak. Diorang tak larang, cuma was was lah.

Aku ni simple je, tak nak menyusahkan semua orang terutama family dalam bab2 kahwin ni. Bagi aku, kalau family restu inshaallah ada keberkatan tu dalam perkahwinan. Aamiin.

Selepas perkenalan kami, aku terus bawa perempuan ni jumpa parents aku. Kebetulan time tu ayah aku suruh pickup kat klia baru balik mengerjakan umrah. Aku tak bagitahu pon aku bawak perempuan. Terkejut lah diorang bila tengok, nak2 cina plak tu.

Tapi diorang senyap je tak cakap apa2 pasal perempuan ni. Ayah aku ajak makan then berkenalan lah di situ. Mak aku banyak senyap, hehe tak pernah dia camtu, masih terkejut kot.

Tapi esok nya family besar aku berduyun2 call tanya betul ke aku ada awek cina. Terutama nya nenek aku. Dia tanya kau biar betul nak kahwin dengan Cina.

Nenek aku ni orang kampung, banyak tengok drama melayu kot. So dia takut lah family perempuan ni tak setuju, marah dan macam2 berlaku nanti.

Aku cakap lah kalau ada jodoh apa salah nya. Dia tak larang, cuma dia suruh pikir masak2 sebelum nikah.

Parents aku pon tanya juga betul ke nak kahwin dengan perempuan tu. Sebab tanggungjawab besar, kena bimbing dia. Kalau salah nanti kita yang akan dipersalahkan yakni dosa lah. Diorang takut sekerat jalan, terkapai2 lah perempuan ni nanti kalau dah masuk islam.

Aku diam, takde jawapan. Aku cuma jawab inshaallah akan buat yang terbaik. Kalau niat kita betul and murni inshaallah dipermudahkan Allah swt.

Ada jugak aku jumpa orang2 nak tanya pasal benda ni, pasal mix marriage. Yelah, takut jugak kan kahwin bukan benda yang remeh. Banyak jugak aku study macam procedure, pros and cons and macam2 lagi lah.

Lepas dah reda dengan culture shock family aku ni, baru lah diorang start mengorak langkah untuk tanya tentang perkahwinan.

Kalau ikotkan aku nak terus nikah je, jimat siket perbelanjaan. Tapi ayah aku tak setuju, kata nya tunang ni walaupun tak wajib tapi perlu untuk elakkan pandangan orang kat keluarga kita. Aku pon setuju lah, betul jugak. Takut ada bawa cerita tak sedap plak.

Mak aku dah start kabut. Dia lah yang cadangkan semua tarikh2 termasuk tarikh nikah. Aku ok je, asalkan diorang restu hubungan kami ni.

Family dia plak aku taktau, sebab aku tak tanya lebih kat wife aku ni tentang penerimaan diorang. Cuma nya ada satu permintaan dari ayah dia untuk letak nama family kat belakang nama anak2 aku nanti. Supaya taknak putus keturunan diorang. Aku ok je, tak haram pon kan letak.

Tentang majlis belah family dia pulak berbeza. Haa yang ni aku pon terkejut. Kalau nak buat reception belah perempuan, semua perbelanjaan ditanggung oleh pengantin lelaki. Gila aku cakap.

Mana ada duit. Dah habis kat kenduri belah aku, nak sponsor belah dia plak. Terus aku cakap tak payah buat belah dia

Aku ingatkan duit hantaran yang aku bagi tu dapatlah buat untuk perbelanjaan kenduri belah dia sikit. Tapi tidak, duit tu akan dibahagi dua untuk parents dia. Haha frust aku. Macam jual anak plak. Nasib baik diorang tak bantah sebab tak buat reception belah perempuan. Lega aku.

Cuma dalam banyak2 orang yang tanya aku ni, ada lah yang aku tak berapa suka. Ada yang cakap nanti habis kemelayuan tergadai lah. Orang cina kahwin dengan orang melayu sebab nak status anak2 bumiputera lah. Macam2. Taktau lah diorang ni kenapa berfikiran negatif.

Aku diam kan saja. Sebab mulut orang kan, susah kita nak puaskan hati orang ni. Bagi aku janji aku dah berjaya ajak seorang untuk peluk agama islam. Alhamdulillah. Mana tahu nanti perlahan2 family dia pulak akan terima islam.

Orang office pon semua taktau yang dia ni dah convert ke islam. Wife aku ni pon satu, ada ke nak sorok, dia pergi solat kat tempat jauh takde orang supaya tak nak orang tahu.

Bila tanya dia kata malu, tunggulah nanti bila dah kahwin baru orang tahu. Bila bagi kad kahwin terkejut lah semua orang bila tahu kahwin dengan aku and dia ni dah masuk islam.

Dalam tempoh tunang tu, dia ni rajin le pergi belajar ilmu2 agama, aku pon kadang2 join dia pergi kelas mengaji untuk bagi support dan teman dia.

Bab solat pulak, aku pon taktau camne mula2 dia solat. Sebab macam harini ucap syahadah, esok nya dia dah solat. Aku ada tanya hafal ke macam alfatihah semua tu. Dia cakap ustaz bagitau solat je, tentang bacaan perlahan2 baca walaupun tengok kertas (dirumikan).

Nenek aku ni tadi pulak push2 aku suruh dia ni pakai tudung. Aku plak stress, aku cakaplah sabar. Orang tu baru masuk islam, takkan nak terus paksa dia. Kang dia culture shock pulak and buka tudung lepastu lagi susah. Aku biarkan je, tunggu hidayah untuk bertudung pulak sampai.

Kalini aku nak share tentang fahaman orang kita ni, melayu lah yang kata cina ni rasis. Orang cina ni terbahagi kepada dua, satu yang sekolah biasa iaitu sekolah kebangsaan. Satu lagi yang sekolah vernakular lah.

Wife aku ni sekolah biasa, cakap melayu memang fasih, yang pelik nya cakap cina pulak tak fasih. Tu rugi lah, sebab anak aku tak dapat nak belajar bahasa mandarin.

Kat rumah family dia memang speaking english je, sikit2 je cakap mandarin. Kehidupan dalam masyarakat pulak memang bagus. Wife aku cakap dia memang ramai kawan melayu banding dengan kawan cina, aku pon taktau kenapa.

Macam family dia pulak, sikit pon takde pandang serong kat aku dan family. Memang diorang ni bersikap terbuka. Sedangkan akak ipar dia tu kira alimlah dalam buddha ni. Tetap layan kami dengan baik.

Bab makan pulak dia lebih suka makan makanan kampung macam nasi dengan lauk2 melayu lah. Dulu tak makan pedas, sekarang dah kahwin dengan aku, tak boleh pulak tak pedas.

Beza dengan orang cina yang sekolah vernakular ni. Kalau kau jumpa kat luar yang pelat2 yang tak reti cakap melayu tu haa diorang dibesarkan yang kedua ni lah. Sebab tu ada yang tak boleh adapt dengan orang melayu. Mungkin bermula dengan sekolah dah diterapkan camtu.

Benda ni apa yang aku nampak lah. Dan dipersetujui oleh wife aku. Memang ada ya orang cina nak anak2 dia sekolah biasa, sebab nak bercampur dengan masyarakat terutama nya orang melayu.

So kat sini kita boleh tahu dah mana silap nya kan. Tak bagus sebenar nya ada aliran2 dalam pendidikan ni, tapi macam dah terlambat je. Kalau mansuhkan nanti lain pulak cerita nya. Semua nya disebabkan politik.

Wallahualam. Nanti aku sambung lagi tentang abang nya pulak convert islam selepas dia. Tak pandai sebenar nya nak karang cerita ni. Tunggang terbalik jadi nya.

Harapan aku supaya semua masyarakat kita ubah persepsi kat orang cina. Mungkin ada yang tak setuju tapi takpelah pandangan orang berbeza2.

Sekian..

– Azroy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Aku dari sekolah cari awek cina… Sorang pun x nak kat aku… Hahahaahah… Tp member aku dapat…

  2. Alhamdulillah. Allah dah permudahkan urusan kau. Isteri aku pun seorang muallaf. Isteriku berperwatakan baik tapi degil. Tak terbuka hati untuk belajar islam sebab katanya setiap ustaz ada agenda sendiri. Kami baru dikurniakan anak lelaki tapi diletakkan nama cina. Dia juga tidak gemar bersosial dengan keluarga besar ku iaitu pakcik makcik dan sepupu sepupu ku. Buntu aku. Semoga urusanku juga dipermudahkan.

  3. Nice story, aku suka baca… Syukur ada family yg memahani dari kedua2 belah pihak..

    Tapi, sorry, aku x setuju bab budak aliran sekolah aliran x bercampur dgn kaum lain.. x boleh pukul rata macam ni.. aku n kawan2 aku sek aliran cina boleh je fasih melayu, nak dgn x nak je.. & of course kemahiran bahasa masing2, mcm kemahiran memasak, ada yg pandai ada yg xpandai.. BFF aku pun ramai malay, chns n indian.. ramai je rujuk aku utk tulisan cina.. malah skrg pun da ramai chns n indian yg boleh fasih malay & cina.. yg kalau kita tutup mata dengar percakapan dia, mmg sebiji mcm org melayu.. jiran2 aku pun chns malay semua ok sama2 celebrate raya cina n hari raya.. sudah2 la dah pertikaikan sekolah aliran ni.. sekolah aliran bukan sebab negara x majmuk, ok.. kitorg non malay yg “kaum fasih melayu” ni x suka menonjol2, so korg kena la perhatikan sekeliling, kenalilah kami ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *