kahwin muda

Firstly tengok tajuk mesti ramai yang fikir macam-macam. Ada yang baik, tak kurang ada yang buruk. Ya, ni cerita aku. Aku memang kahwin muda. Sekarang aku dan suami berumur 21. Kami baru je kahwin awal tahun ni. Waktu nak kahwin tu tak payah cakapla, mulut saudara mara dengan jiran keluar habis macam-macam cerita. Semuanya tak sedap didengar. Nasib baik mak dengan abah aku sokong walaupun jauh di sudut hati mereka aku tahu yang mereka lebih suka aku habiskan belajar dulu.
Mesti korang tertanya kan kenapa aku pilih untuk kahwin awal? Sebenarnya aku takut menjalinkan hubungan yang tidak halal. Korang bayangkanlah, bila couple ni setiap masa rasa nak mesej dan call je. Cemburu setiap masa kalau dia kena berhubung dengan setiap perempuanwalaupun atas alasan nak siapkan assignment.
Sekarang bila dah kahwin, alhamdulillah kami lebih memahami. cemburu tu perkara biasa tapi sebagai perempuan dan isteri aku cuba untuk bertolak ansur dan memahami keadaannya. Tambahan lagi sekarang aku sedang mengandung. alhamdulillah. Orang cakap macam-macam lagi tapi aku dah mula tak kisah. Aku lagi tahu keadaan aku. Tambahan lagi aku dan suami tinggal di kolej. Jadi peraturan kolej seperti menjaga hubunganlelaki dan perempuan tu harus dipatuhi jua. Alhamdulillah Allah kurniakan dia kepadaku. Sanggup keluar dari kolej malam2 hanya kerana nak memenuhu tekak aku mengidam macam2. Walaupun kami tak tinggal bersama namun kami sering solat jemaah di surau bersama2 jemaah lain. Syukur sangat.
Kepada kawan-kawan sekalian, tolonglah jangan terlalu stress dan kecewa bila melihat kawan-kawan yang lain sudah berumah tangga. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Lagi satu, mungkin Allah mahu kita bahagiakan mak abah kita dahulu. Tunaikan apa yang sepatutnya kita tunaikan sebagai seorang anak. Walaupun aku dah kahwin namun niat dan azam untuk berbakti kepada mak dan abah aku masih ada dan masih kuat.
One more, kalau lelaki tu sayangkan awak, ingatlah dia akan cuba halalkan awak walau cepat atau lambat bukan ajak awak berdating , pegang tangan je. Baby, bila lahir nanti jadilah anak yang baik dan beramal soleh tau. Penat mama naik turun tangga dengan baby pergi fakulti dengan baby.

with love,
Hana, suami dan baby

– hana

CREATE A POST